Spr Sahkan Akaun Twitter Digodam


Darshini Kandasamy    Akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digodam selama beberapa jam bermula awal pagi semalam sebelum ia disedari kemudian pada tengah hari

Malaysiakini dimaklumkan mengenai situasi itu oleh seorang warganet, yang memberitahu akaun Twitternya disekat SPR setelah dia membangkitkan tentang aktiviti mencurigakan oleh akaun itu kira-kira jam 3 pagi pada 22 Mac.

“Saya berjaga sampai lepas lewat malam.

Oleh sebab saya mengaktifkan notifikasi untuk akaun rasmi SPR, saya perasan akaun itu mula membuat ciapan dan balasan-balasan yang pelik, tak ada kaitan dengan SPR.

“Nampaknya, ciapan balasan itu (dibuat) kepada puteri Agong, Tengku Jihan,” kata wartawan bebas Norman Goh kepada Malaysiakini.

Menurut Goh, akaun Twitter dengan nama @sprgovmy itu mula membuat ulang ciap terhadap hantaran-hantaran yang tidak berkaitan, termasuklah ciapan-ciapan berkaitan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah, puteri kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

K ata Goh, sekatannya hanya ditarik selepas tengah hari apabila SPR dipercayai dapat semula mengawal akaun mereka. Bagaimanapun, ada pengguna lain yang menyatakan akaun mereka terus disekat oleh akaun yang sama.

Dalam satu mesej yang dihantar kepada Goh pada 12.48 tengah hari dan dilihat Malaysiakini, SPR berkata: “Terdapat cubaan log masuk daripada satu pihak yang tidak dikenali. Kami telah berjaya menukar kata laluan.”

Apabila dihubungi, SPR mengesahkan penggodaman itu dan berkata akan menjalankan siasatan dalaman.

“SPR dimaklumkan oleh Goh pada Ahad, 22 Mac, kira-kira jam 12 tengah hari, tentang kegiatan luar biasa oleh akaun Twitter rasmi SPR. Goh dan beberapa pengikut akan Twitter SPR telah disekat oleh seorang individu yang belum dikenal pasti.

“SPR telah mengambil tindakan pantas menukar kata laluan bagi menghentikan penggodaman.
Cubaan menggodam oleh individu tidak dikenal pasti ini dikesan (bermula) sejak lewat malam Sabtu (21 Mac).

“SPR akan membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebaik saja siasatan dalaman selesai,” kata jurucakap komunikasi korporat kepada Malaysiakini.

Tambahnya lagi, sekatan terhadap akaun Goh dan beberapa yang lain juga telah ditarik balik.

Ketika artikel ini ditulis, semua hantaran terkini oleh @sprgovmy dibuang. Hantaran terkini yang dapat dilihat adalah satu kenyataan media oleh pengerusi SPR Azhar Azizan Harun pada 28 Februari lalu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/spr-sahkan-akaun-twitter-digodam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Akaun Twitter Yang Paling Menyeramkan

7 Akaun Twitter Yang Paling Menyeramkan

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 201 hits
Ada pelbagai jenis manusia di dunia begitu juga di media sosial berikut merupakan antara akaun twitter yang paling menyeramkan Jangan follow jika anda lemah semangat 1 ScaryAssPicss 2 HorrificPics 3 TheScaryStory 4 CreepyCatalog 5 Terrifyin...
1 Punca Yang Menyebabkan 99 9 Pengguna Akaun Microsoft Digodam

1 Punca Yang Menyebabkan 99 9 Pengguna Akaun Microsoft Digodam

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 184 hits
Ciri keselamatan penting yang tidak diaktifkan oleh pengguna akaun Microsoft menyebabkan berjuta akaun itu digodam sepanjang tahun lalu Dalam persidangan RSA Conference 2020 yang berlangsung pada lewat Februari lalu pakar keselamatan Micros...
Hina Ydp Agong Polis Cari Pemilik Akaun Facebook Jin Teik Loo

Hina Ydp Agong Polis Cari Pemilik Akaun Facebook Jin Teik Loo

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 454 hits
KUALA LUMPUR Polis membuka siasatan terhadap pemilik akaun Facebook Jin Teik Loo selepas dipercayai memuat naik gambar menghina Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan kenyataan berbaur penghinaan ke...
Boleh Keluarkan Kwsp Akaun 2 Rm500 Setiap Bulan Guna Wang Sebaik Mungkin Beli Barang Berpada Pada Pm

Boleh Keluarkan Kwsp Akaun 2 Rm500 Setiap Bulan Guna Wang Sebaik Mungkin Beli Barang Berpada Pada Pm

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 340 hits
Akibat penularan wabak Covid 19 ramai rakyat Malaysia mula berasa bimbang dengan ekonomi diri dan negara Ada yang mula terjejas dan tidak bergaji malahan ada yang kehilangan kerja ketika ini Prihatin dengan situasi yang dialami negara Perda...
Covid19 Boleh Keluar Caruman Kwsp Rm500 Sebulan Dari Akaun 2

Covid19 Boleh Keluar Caruman Kwsp Rm500 Sebulan Dari Akaun 2

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berkuat kuasa 1 April ini bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat Perdana Menteri berkata inisiatif pengeluar...
Kj Kembali Jadi Menteri Tak Sampai 2 Jam Abah Terus Trending Di Twitter

Kj Kembali Jadi Menteri Tak Sampai 2 Jam Abah Terus Trending Di Twitter

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 582 hits
HAMPIR dua minggu kemelut politik melanda negara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya mengumumkan barisan Kabinet yang baharu pada Isnin KJ kembali jadi menteri tak sampai 2 jam Abah terus trending di Twitter
Benarkan Pencarum Keluarkan Wang Akaun 2 Kwsp Netizen Sokong Cadangan Najib Razak

Benarkan Pencarum Keluarkan Wang Akaun 2 Kwsp Netizen Sokong Cadangan Najib Razak

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 275 hits
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja seharusnya mempertimbangkan cadangan memberi kelonggaran kepada para pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada baki akaun 2 mereka ketika negara dilanda pandemik COVID 19 Bekas Perdana Menteri Datuk Seri...
Najib Razak Cadang Pencarum Dibenarkan Keluar Wang Akaun 2 Kwsp Hadapi Covid 19

Najib Razak Cadang Pencarum Dibenarkan Keluar Wang Akaun 2 Kwsp Hadapi Covid 19

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 298 hits
Prihatin dengan keadaan isu semasa terutama wabak Covid 19 kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa mereka bakal memberikan bantuan kewangan kepada pihak yang memerlukan semalam ...
Arwah Tinggalkan 6 Anak Kecil Ustaz Ebit Kongsi Nombor Akaun Isteri Mangsa Covid

Arwah Tinggalkan 6 Anak Kecil Ustaz Ebit Kongsi Nombor Akaun Isteri Mangsa Covid

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 543 hits
Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew berkongsi mengenai pemergian mangsa wabak COVID 19 yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dua hari lalu Menerusi perkongsiannya di Facebook beliau mengenali arwah Muhammad Yusof Haron ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri