Spr Kaji Cadangan Erc Tubuh Agensi Penguatkuasaan Khas Pilihan Raya


THE MALAYSIAN TIMES


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti keperluan untuk menubuhkan agensi penguatkuasaan khas pilihan raya yang menggabungkan fungsi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusinya Datuk Azhar Azizan Harun berkata pihaknya mengambil maklum cadangan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) itu yang akan melibatkan penggubalan undang-undang baharu ataupun pindaan akta sedia ada.

“Dalam SPR sendiri kita ada jawatankuasa (yang) sedang kaji semua peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan akan mencadang untuk mengemaskinikannya. Dalam undang-undang sedia ada penguatkuasaan adalah di pihak polis bagi kesalahan am seperti ucapan kebencian, di SPRM pula untuk kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

“Sama ada mahu satu agensi khas gabungkan kedua-duanya, kita sedang melihat dan sudah tentu perlu melibatkan penggubalan undang-undang baharu atau pindaan sedia ada,” katanya pada sidang media Program Latihan Commonwealth Election Professional (CEP) di sini, hari ini.

Sementara itu, Azhar berkata CEP yang julung kali berlangsung di rantau Asia adalah untuk menyokong negara-negara anggota Komanwel dalam melaksanakan pilihan raya yang berwibawa dan berperanan melatih pegawai-pegawai pilihan raya secara profesional.

“Ia dihadiri seramai 19 peserta dari Bangladesh, India, Pakistan, Sri Lanka, Australia dan Malaysia sebagai tuan rumah.

“Terdapat lima topik yang dibincangkan dalam program ini iaitu Sistem Pilihan Raya: Mempromosikan Demokrasi Mampan, Pendaftaran Pengundi, Kesaksamaan Gender dan Pilihan Raya, Pendidikan Pengundi, dan Pilihan Raya Dalam Era Media Baharu,” katanya.

Azhar berkata dalam kesaksamaan gender, pihaknya berpendapat tidak perlu ada satu penguatkuasaan khas bagi kuota pembabitan calon wanita dalam pilihan raya di negara ini namun polisi perlu dilakukan bagi menggalakkan inisiatif itu.

“Ia boleh dilakukan tanpa undang-undang, tidak seperti Pakistan mereka mempunyai undang-undang untuk menguatkuasakan dasar bagi menggalakkan lebih ramai penyertaan wanita. Saya rasa di Malaysia kita perlu melihat naratifnya dahulu, cuba yang terbaik untuk bersetuju dengan dasar itu.

Sekiranya tidak berjaya, kita serahkan kepada pembuat dasar sama ada untuk menguatkuasakan dasar itu atau tidak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azhar berkata pihaknya sudah bersedia untuk menguruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak jika Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dalam tempoh terdekat.

“Kita tidak tahu langsung bila PRN Sarawak akan diadakan tapi semestinya langkah persediaan telah dimulakan, tak bermakna akan diadakan secepat mungkin tetapi sekretariat kita sudah bersedia,” katanya.—Bernama

 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/spr-kaji-cadangan-erc-tubuh-agensi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dilema Pengundi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai

Dilema Pengundi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 523 hits
Minggu lepas Mak saya menelefon dari kampung semata mata nak berbincang mengenai siapa yang patut diundi untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen P 165 Tanjung Piai Sebelum itu sudah beberapa orang wakil parti datang ke rumah Mak untuk menjalankan...
Malaysia Kaji Cadangan Perbadanan Muzik Malaysia Tun Mahathir

Malaysia Kaji Cadangan Perbadanan Muzik Malaysia Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 369 hits
Imam Shazly dan Razin Mestica di Majlis Townlhall bersama Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia 11 November 2019 PUTRAJAYA Kerajaan akan mengkaji cadangan penubuhan sebuah badan khas bagi mengawal selia industri seni muzik negara seperti Pe...
Strategi Dagangan Untuk Eur Usd Pada 13 November Donald Trump Mula Bersiap Sedia Untuk Pilihan Raya 2020

Strategi Dagangan Untuk Eur Usd Pada 13 November Donald Trump Mula Bersiap Sedia Untuk Pilihan Raya 2020

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 402 hits
Pasangan Mata Wang EUR USD Carta 4 Jam Seperti yang diperhatikan pada carta 4 jam pasangan mata wang EUR USD ini menyambung semula struktur penurunan harga dan mengukuh di bawah tahap Fibo 50 0 Walau bagaimanapun perbezaan harga baru telah ...
Bolivia Bentang Rang Undang Undang Pilihan Raya Baharu

Bolivia Bentang Rang Undang Undang Pilihan Raya Baharu

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 363 hits
Bolivia bentang rang undang undang pilihan raya baharu Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 21 Nov 2019 11 30PM
Pendaftaran Calon Pilihan Raya Parlimen Iran Bermula

Pendaftaran Calon Pilihan Raya Parlimen Iran Bermula

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 281 hits
Pendaftaran calon pilihan raya Parlimen Iran bermula Dikemas kini 46 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 Dec 2019 10 15PM
Majlis Keselamatan Pbb Gesa Somalia Adakan Pilihan Raya Telus

Majlis Keselamatan Pbb Gesa Somalia Adakan Pilihan Raya Telus

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 407 hits
Majlis Keselamatan PBB gesa Somalia adakan pilihan raya telus Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 26 Nov 2019 11 45
11 Makanan Khas Kalimantan Timur Nama Unik Dan Layak Dicoba

11 Makanan Khas Kalimantan Timur Nama Unik Dan Layak Dicoba

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 429 hits
Sudah pasti yang Namanya pelesir ke tempat baru harus mencoba makanan khas di tempat tersebut Makanan khas daerah Kalimantan Timur ada banyak namun ada sebagian yang memiliki nama unik dan tidak ada di daerah lain
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi