Splkpm Login


SPLKPM LOGIN(Log Masuk  Kemaskini dan Isi  splkpm.moe.gov.my )

 
Pernah dengar SPLG KPM?Biasanya guru-guru akan login SPLG KPM INDIVIDU atau SULDP akan login SPLG KPM untuk urusan pendaftaran kursus dan latihan.
SPLKPM juga dirujuk untuk tengok pelaporan bilangan hari LADAP dan tengok pelaporan bilangan markah CPD
APA ITU SPLKPM?
Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan yang juga dipanggil SPLKPM adalah sistem yang digunakan oleh guru untuk mendaftarkan kursus dan latihan.
Terdapat dua modul dalam SPLKPM iaitu MODUL INDIVIDU dan MODUL PENYELARAS
 
MODUL INDIVIDU
Modul ini dibangunkan bagi kegunaan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana dibwah Kementerian Pendidikan untuk merekod aktiviti LDP/ Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dilaksanakan di luar KPM disamping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.
LDP/ PPB yang didaftarkan menerusi modul ini perlu disemak dan disahkan diperingkat SULDP bagi membolehkan ianya dikira sebagai bilangan hadir berkursus bagi tahun semasa.
Pegawai yang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PPD perlu mengemaskini profil masing menerusi pangkalan data SPL KPM.
Manakala Pegawai & AKP yang berada sekolah perlu mengemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan Data eOperasi.
Semua Individu juga diminta menjawab TNA atau matrik kompitensi yang disediakan bagi nmembolehkan pihak pengurusan merancang LDP yang diperlukan.
 
MODUL PENYELARAS
Modul ini dibangunkan bagi membolehkan perekodan LDP/ PPB dilaksanakan oleh penganjur LDP/ PPB. Kaedah ini diharap mampu menyelaras pelaksanaan latihan staf di organisasi masing-masing.
Maklumat asas Pegawai yang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PPD perlu dikemaskini oleh SULDP/ Penyelaras latihan bagi membolehkan induvidu mengakses ke aplikasi SPLKPM dan eProfil.
SULDP/ Penyelaras juga boleh melihat analisis LDP yang dihadiri di organisasi, menjana sijil on-line, matrik kompitensi & TNA, tawaran kursus serta modul kewangan.
Nak tahu tentang DELIMa KPM : ID,LOG MASUK & CARA GUNA
LOGIN SPLKPM MODUL INDIVIDU
Anda perlu tahu cara login SPLKPM Modul Individu iaitu hanya perlu login SPLKPM setelah mengambil kursus online. Log masuk hanya untuk daftar dan kemaskini.
Berikut adalah cara login SPLKPM Modul Individu
Layari laman web rasmi SPLKPM di sini: https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/ Jangan silap taip SPLKM login pula. Pastikan taip penuh SPLKPM. Anda akan dapat lihat paparan Log Masuk Modul Individu Masukkan Nombor Kad Pengenalan Untuk makluman, anda perlu masukkan Nombor Kad Pengenalan dengan lengkap tanpa dash Masukkan Kata Laluan Jika anda terlupa, Kata Laluan asal ialah 4 digit yang di belakang Nombor Kad Pengenalan anda Tekan Hantar Akan terpapar mesej berikutSelamat Datang, No Kad Pengenalan dan Kata laluan diberi kebenaran untuk Akses Sistem+ Sila Tukar Kata Laluan sekiranya masih belum berbuat demikian bagi mengelakkan data dan maklumat diceroboh oleh pihak yang tidak berkepentingan. Klik Close Anda kini berada di dalam sistem SPLKPM Modul Individu Klik Pembelajaran Kendiri Lihat senarai Pembelajaran Kendiri Lihat e-Pembelajaran Klik Tambah Aktiviti Masukkan maklumat yang berkenaan Akhir sekali, hubungi admin SPLKPM sekolah anda untuk membuat sokongan dan pengesahan berdasarkan sijil yang diberikan. APA ITU SPLKPM MODUL INDIVIDU?
Modul Individu ini dibangunkan untuk kegunaan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merekod aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB).
Aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan di luar KPM di samping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.
SEMAKAN & PENGESAHAN SPLKPM MODUL INDIVIDU OLEH  SULDP
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang didaftarkan menerusi modul ini perlu disemak dan disahkan di peringkat Setiausaha Latihan dalam Perkhidmatan (SULDP).
Ini adalah untuk membolehkan ia dikira sebagai bilangan hadir berkursus bagi tahun semasa.
Setelah urusan pendaftaran, anda perlu menghubungi SULDP untuk disahkan.
CONTOH KURSUS ONLINE SPLKPM
Antara contoh kursus  adalah cadangan kursus online yang boleh anda ambil untuk mendapatkan mata kredit.
SPLKPM AKPK Hemah Bicara Hemat Belanja
Kursus Literasi Kewangan Secara Dalam Talian AKPK – Hemah Bicara Hemat Belanja adalah kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).
Semua warga KPM perlu melaksanakan kursus ini sehingga selesai.
Setelah tamat kursus, individu akan memperolehi 6 jam latihan (1 hari berkursus) dan diberikan 6 mata kredit (untuk PPP) melalui Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM)
Perlu login SPL KPM terlebih dahulu di https://splkpm.moe.gov.my Klik Senarai Kursus Dalam Senarai Kursus yang ada, pilih AKPK – Hemah Bicara Hemah Belanja Anda kini berada dalam paparan kursus online AKPK Klik Join Now Masukkan Email, Kata Laluan dan Nama Penuh Tekan butang Start Learning Masukkan Access Code HBKPM bagi warga KPM Tekan butang Join Now Masukkan maklumat yang dipinta seperti nama dan tempat bertugas Tekang butang Join HBHB Anda kini berada dalam paparan Selamat Datang Lihat panduan kursus Lihat syarat kursus dan 3 modul yang perlu dilaksanakan Laksana kurus secara online sehingga selesai Anda akan terima sijil tamat kursus Akses semula ke dalam SPL KPM dan rekodkan kursus melalui Modul Individu dalam aktiviti e-Pembelajaran.  
SPLKPM Rumahku AKPK
Anda boleh ambil kursus online Rumahku dari AKPK untuk mempelajari selok-belok pembelian rumah.
Klik sini: https://learn.akpk.org.my/courses/rumahku/
SPLKPM KURSUS STEM
Kursus ini ialah pendekatan mudah untuk guru, dalam mengikuti kursus STEM melalui aplikasi dalam telefon pintar.
Perlu login Schoology terlebih dahulu di https://schoology.com Pergi ke bahagian Menu Pada menu courses, pergi ke kursus STEM: Pendekatan Mudah Untuk Guru Pilih folder PANDUAN untuk langkah-langkah mendapatkan maklumat tentang kursus Pilih folder KANDUNGAN untuk memulakan proses pembelajaran Folder 1.0 Celik STEM mempunyai empat sub topik yang perlu diselesaikan mengikut urutan. Jika sudah selesai, sila ke folder berikutnya iaitu 2.0 STEM Dalam Kehidupan Seharian Sebelum tamat, sila lengkapkan soal selidik dalam folder PENUTUP SPLKPM EPSA
Anda juga boleh ambil kursus online e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA).
Klik sini: https://www.epsa.gov.my
SPLKPM WEBINAR
Anda juga boleh tonton webinar. Lihat sesi Live yang ada.
CARA DAFTAR & MENGIKUTI WEBINAR SPLKM

Berikut adalah cara daftar dan mengikuti webinar SPLKM:
Layari https://splkpm.moe.gov.my/ Login SPL KPM ‘Modul Individu’ menggunakan ID dan password Klik Webinar pada menu pembelajaran kendiri untuk lihat senarai sesi webinar Klik ikon ‘Klik untuk sertai’ Lihat sesi seminar (live) Setelah selesai sesi webinar, klik butang ‘Kemaskini status’ untuk direkod kehadiran kursus dalam SPL KPM Klik butang ‘Simpan’ untuk direkod bilangan jam berkursus Layari http://bit.ly/maklumbalaswebinarkpm untuk penilaian sesi webinar SULDP sahkan aktiviti webinar untuk dikira jam berkursus BORANG ULASAN WEBINAR SPLKPM
Berikut adalah cara isi borang ulasan webinar:

SPLKPM ULASAN BUKU (BOOK REVIEW)
Anda juga boleh buat ulasan buku, iaitu sinopsis mana-mana buku yang dibaca.
Perlu login SPLKPM untuk isi maklumat untuk buat book review termasuk:
Tajuk buku Penulis buku Bahasa buku Bilangan mukasurat Sinopsis buku Tarikh pembacaan Pembentangan Perlu diingatkan, anda perlu isi Borang Sinopsis Individu di Sekolah sebagai bukti pembacaan anda. KEMASKINI SPLKPM
Pegawai yang berkhidmat di bahagian berikut perlu kemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan data dan perlu login SPLKPM:
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kolej Matrikulasi Institut Pendidikan Guru (IPG) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Manakala Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang berada di sekolah perlu kemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan data eOperasi.
Semua individu juga diminta menjawab Training Needs Analysis (TNA) atau matriks kompetensi yang disediakan bagai membolehkan pihak pengurusan merancang LDP yang diperlukan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila rujuk manual pengguna yang lengkap.
The post SPLKPM LOGIN(Log Masuk  Kemaskini dan Isi  splkpm.moe.gov.my ) appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/splkpm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Membuat Halaman Login Dan Register Di Wordpress

Cara Membuat Halaman Login Dan Register Di Wordpress

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 282 hits
Membuat halaman dan register di WordPress memungkinkan seseorang bisa mengakses dashboard WordPress untuk tujuan tertentu Kebanyakan orang menggunakannya untuk membuat halaman member area di WordPress sehingga menciptakan sistem membership ...
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Jalan Jalan Ke Muzium Shah Alam Baru Serius Best

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga