Tengku Permaisuri Selangor Bertitah Tiada Pihak Harus Ganggu Gugat Peranan Asal Uitm


Tengku Permaisuri Selangor Bertitah Tiada Pihak Harus Ganggu-Gugat Peranan Asal UiTM
SHAH ALAM, 3 Sept (Bernama) — Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, bertitah agar tiada mana-mana pihak mengganggu-gugat kedudukan serta peranan asal Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Selaku Pro-Canselor UiTM, baginda bertitah bahawa universiti tersebut mempunyai sejarah istimewa, khususnya dalam membina kecemerlangan dan jati diri bangsa Melayu serta bumiputera menerusi pendidikan tinggi.
“Penubuhan dan pembentukan UiTM dalam melindungi hak orang Melayu, Orang Asli serta anak-anak Negeri Sabah dan Sarawak yang selari dengan Akta 173 (1A), menurut Peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, akan terus dipelihara dengan utuh.
“Justeru, saya berharap agar tiada mana-mana pihak mengganggu-gugat kedudukan dan peranan asal universiti ini,” titah baginda pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102 Sidang Pertama di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) di sini, hari ini.
Terdahulu, Tengku Permaisuri Selangor berkenan mengurniakan ijazah sarjana kepada 237 graduan pascasiswazah bagi peringkat Doktor Falsafah dan Sarjana Kepakaran Klinikal hari ini.
Turut hadir Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin.
Baginda turut menzahirkan titah peringatan kepada generasi muda, khususnya para graduan, agar tidak pernah berasa jemu untuk terus menuntut ilmu meskipun setelah menamatkan pengajian.
“Pendidikan hendaklah sentiasa dijadikan agenda utama negara, yang wajib diperkasa bersesuaian dengan kehendak zaman dan keperluan masyarakat. Pendidikan bukan sekadar untuk melahirkan tenaga kerja, tetapi juga untuk membina insan berakhlak mulia serta berjiwa merdeka,” titah baginda.
Tengku Permaisuri Norashikin turut berpesan agar keterbukaan dalam berkongsi maklumat di media sosial, diurus dengan bijak bagi mengelakkan fitnah, berita palsu dan perbalahan yang boleh menggugat keharmonian negara.
BACA: Kadar Pengangguran Golongan Belia Meningkat – Steven Sim Baginda turut menyeru seluruh rakyat agar terus memelihara keharmonian serta menyanjung keamanan, kemakmuran dan hasil pembangunan yang telah diusahakan bersama.
“Ibarat sebuah rumah yang kita dirikan dengan jerih payah sendiri, jika roboh, kita jugalah yang kehilangan tempat berteduh. Begitu juga dengan tanah air ini, kita perlu sayang dan kita perlu hargai. Justeru, sama-samalah kita pelihara dan pertahankannya,”  titah baginda.
Dalam pada itu, Tengku Permaisuri Selangor menzahirkan ucapan tahniah kepada 24,643 graduan yang menamatkan pengajian mereka sempena konvokesyen kali ini.
Baginda turut mengucapkan tahniah kepada pensyarah Fakulti Sains Gunaan UiTM Dr Ahmad Sazali Hamzah atas penganugerahan gelaran Profesor Emeritus serta dedikasinya dalam memperkasa pendidikan, penyelidikan dan memartabatkan UiTM di persada antarabangsa.
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102 di DATC berlangsung bermula hari ini sehingga 20 Sept 2025, 17 hingga 18 Sept 2025 di UiTM cawangan Sarawak kampus Samarahan, dan 8 hingga 9 Okt 2025 di UiTM cawangan Sabah kampus Kota Kinabalu.
Sumber: BERNAMA
The post Tengku Permaisuri Selangor Bertitah Tiada Pihak Harus Ganggu-Gugat Peranan Asal UiTM appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/03/tengku-permaisuri-selangor-bertitah-tiada-pihak-harus-ganggu-gugat-peranan-asal-uitm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uitm Bangunkan Anak Bangsa Jangan Ganggu Kedudukan Amp Peranan Asal Tengku Permaisuri Norashikin

Uitm Bangunkan Anak Bangsa Jangan Ganggu Kedudukan Amp Peranan Asal Tengku Permaisuri Norashikin

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 4136 hits
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin mengingatkan supaya tiada pihak cuba menyentuh atau mengganggu kedudukan Universiti Teknologi Mara serta peranan asalnya dalam memberi pendidikan tinggi kepada orang Melayu Bumiputera ...
Idolise Or Loathe Tengku Zafrul He Could Be Groomed As Next Selangor Mb Even As Pmx S Successor

Idolise Or Loathe Tengku Zafrul He Could Be Groomed As Next Selangor Mb Even As Pmx S Successor

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 718 hits
IN THE hit streaming series Succession issues surrounding the changing of the guard is full of intrigue conjecture and no small amount of suspense Similarly who takes over from Datuk Seri Anwar Ibrahim as head of the Pakatan Harapan coaliti...
Insiden Pesawat Hornet Tudm Pihak Berkuasa Diminta Jalan Siasatan Menyeluruh Anwar

Insiden Pesawat Hornet Tudm Pihak Berkuasa Diminta Jalan Siasatan Menyeluruh Anwar

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 685 hits
Insiden Pesawat Hornet TUDM Pihak Berkuasa Diminta Jalan Siasatan Menyeluruh Anwar KUALA LUMPUR 22 Ogos Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kemalangan mel...
Fadhlina Sedia Teliti Pandangan Semua Pihak Tangani Isu Buli

Fadhlina Sedia Teliti Pandangan Semua Pihak Tangani Isu Buli

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 835 hits
Fadhlina Sedia Teliti Pandangan Semua Pihak Tangani Isu Buli KUALA LUMPUR 21 Ogos Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengalu alukan pandangan dan cadangan daripada semua pihak bagi memperkukuh aspek keselamatan serta menangani gejala buli di...
Puber Kedua 9 Hal Penting Yang Harus Kamu Tahu Antara Mitos Dan Faktanya

Puber Kedua 9 Hal Penting Yang Harus Kamu Tahu Antara Mitos Dan Faktanya

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 3325 hits
Puber kedua kerap jadi bahan obrolan hangat terutama ketika dikaitkan dengan perubahan gaya hidup selebriti Dari momen romantis Ari Lasso di Bali bersama pacar barunya hingga fakta dan mitosnya Artikel ini membongkar 9 hal penting yang haru...
Polis Mohon Bantuan Pihak Rakan Rakan Kesan Suspek Ugutan Terhadap Isteri Rafizi

Polis Mohon Bantuan Pihak Rakan Rakan Kesan Suspek Ugutan Terhadap Isteri Rafizi

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 1061 hits
Polis Mohon Bantuan Pihak Rakan Rakan Kesan Suspek Ugutan Terhadap Isteri Rafizi KUALA LUMPUR 26 Ogos Polis telah memohon bantuan daripada pihak rakan rakan bagi mengesan seorang individu warga asing dipercayai pemilik nombor telefon yang m...
Doakan Yang Terbaik Buat Anak Saya Polis Ambil Keterangan Pihak Sekolah

Doakan Yang Terbaik Buat Anak Saya Polis Ambil Keterangan Pihak Sekolah

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 1785 hits
Negara sekali lagi dikejutkan dengan insiden tragis melibatkan seorang pelajar yang terjatuh dari bangunan asrama sekolah Hati ibu mana yang tidak luluh melihat keadaan anak yang terlantar tidak sedarkan diri Lantaran kejadian itu polis kin...
Ini Fakta Sebenar Pihak Pdrm Sila Siasat

Ini Fakta Sebenar Pihak Pdrm Sila Siasat

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 434 hits
RMS Jika ada rakan terbaca posting ini dan tak tahu nak respon Ni fakta sebenar
Pihak Berkuasa Sita Ular Sawa Batik Dalam Simpanan Individu

Pihak Berkuasa Sita Ular Sawa Batik Dalam Simpanan Individu

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 570 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul hmetro com myULAR sawa batik yang dirampas pihak berkuasa FOTO Ihsan Polis Kuala Lumpur Polis menerusi Cawangan Risik Pasukan Simpanan Persekutuan Bukit Aman bersama Jabatan Perhilitan Negeri Selangor menyit...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik