Speaker Berang Adun Bn Pas Berbaju Melayu Di Dun Selangor

SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Ng Suee Lim berang  dengan 3 Adun pembangkang berbaju Melayu ke sidang itu hari ini.
Beliau menggesa semua Adun “berpakaian sewajarnya” mengikut peraturan  DUN, selepas Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong), Dr Ahmad Yunus Hairi  (PAS-Sijangkang) dan Mohd Imran Tamrin (BN-Sungai Panjang) berbaju  Melayu serta bersongkok.
“Tolong patuhi peraturan mesyuarat. Saya hanya memberi nasihat kepada  beberapa orang daripada anda hari ini,” katanya sambil menambah lelaki  patut memakai sut ke DUN.
“Kelonggaran diberikan kepada Adun untuk memakai baju Melayu mereka apabila sidang diadakan pada Jumaat.”
Bagaimanapun, Shamsudin membantah dengan mempersoalkan Lim mengenai  kewujudan sebarang peraturan dalam peraturan mesyuarat mengenai kod  pakaian, khasnya yang melarang mereka daripada berpakaian tradisional.
“Saya rasa kami mematuhi peraturan. Juga, orang ramai akan gembira jika memakai baju Melayu.”
Yunus berkata, peraturan mesyuarat tidak menyentuh kod pakaian.
Ng mempertahankan pendiriannya dengan berkata, beliau diberikan kuasa  untuk membuat keputusan berhubung kod pakaian lelaki di bawah Peraturan  Mesyuarat 87(7) dan beliau sudah mengeluarkan surat jemputan berhubung  sidang DUN, di mana kod pakaian untuk lelaki serta wanita dinyatakan  dengan jelas.
Bagaimanapun, Imran berkata, surat jemputan itu tidak boleh dianggap sebahagian daripada peraturan mesyuarat.
“Saya faham akan ada pindaan kepada peraturan mesyuarat mengenai kod pakaian, tetapi hingga hari ini tiada usul untuknya.
“Selagi tiada peraturan menentang pemakaian baju Melayu, sesiapa pun mempunyai hak memakainya.”
Ng membalas dengan berkata, beliau tidak mahu memanjangkan isu kod pakaian itu.
“Saya mahu lihat anda semua memakai sut esok.”
#Sumber : FMT  
MR :  Baju Melayu adalah baju kebangsaan  
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/speaker-berang-adun-bn-pas-berbaju.html