Sparta Virtual Marathon
Alhamdulillah..
Semalam MY berjaya menghabiskan 5km larian dan submit dalam virtual run.. Bekan senang tau... sebab MY memang jenis yang tak rajin bersenam dan bersukan. Tapi disebabkan oleh darah tinggi dan diabetis MY yang payah nak turun tu, kena la paksa diri bersenam. Mana tahu boleh tingkatkan pembakaran gula dalam darah, boleh kurangkan kolestrol dan boleh repair semula penghasilan insulin dalam tubuh badan. Penat la makan ubat banyak banyak,..jemu.
Mama Yan ambil yang 5km run aje... Dia ada yang 5km, 10km, 21km dan 42km... Tapi untuk permulaan ni kita lari 5km ajelah. 5km aje pun ambil masa 2 hari. MY berlari keliling rumah aje. Malas nak keluar pagar. Segan. Dahla kat sini banyak anjing liar.
Baju tu saiz S sebab nak bagi anak, bukan saiz MY ye..
Dah habis larian tu.. dapatla e-certificate. Seronok bukan main dah... Jadilah kan... buat pemangkin untuk rajin rajin bersenam. Orang lain sehari sayur je dapat 5km.. MY rasa nak terbang melayang dah nak dapatkan 2.5km sehari..kihkihkih...
Selepas 22 tahun... kali terakhir berlari masa 1st year kat UTM
Ok, lepas ni Mama Yan ada lagi satu larian yang mula hujung bulan ni. Tapi macam dah tak sabar nak submit running lagi. Mungkin kena beli lagi yang tengah on sekarang. Nak kena ada benda benda macam ni baru rajin nak berlari rupanya... Kalau tak... layan tik tok petang petang lagi best..hahaha. Lagipun senang guna apps Jom Run ni rupanya. Bila kita dah beli larian yang kita nak tu, bila kita start RUN aje, dia dah auto calculate dalam virtual running kita.
Majulah larian untuk kesihatan!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2021/06/sparta-virtual-marathon.html