Spaghetti Terenak Citarasa Tempatan Anak Anak Suka Nih


Istimewa spaghetti kali ini , dah diberi sentuhan tempatan. Spaghetti ayam percik pun ada , diolah semula dengan rempah ratus. Tak lah asyik bolognese, carbonara dan aglio olio biasa aje kan. Cuba menu baru yang min kongsikan ni.
1. SALTED EGG & SOFT SHELL CRAB

BAHAN-BAHAN :
10 gm bawang bawang kecil (yang kuning)14 helai daun kari3 sudu kecil cili padi/dipotong kecil2 sudu makan lada benggala/didadu kecil3 sudu makan mentega4 sudu makan telur masin/sudah dihancurkan400 gm spaghetti4 sudu makan minyak masak @minyak zaitunSecubit garamSerbuk lada hitam secukup rasa2 ekor ketam lembut /saiz sederhanaBahan untuk salutan tepung :
8 sudu makan tepung jagung2 sudu makan serbuk paprikaGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
Cara masak pasta :
Rebus pasta ‘ala dente’, masukkan sedikit minyak zaitun agar tidak bergentel. Tos dan ketepikan.Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.Tumiskan bawang dan masukkan daun kari.Masukkan cili padi dan lada benggala dan selepas 5-10 saat, kecilkan api dan masukkan mentega.Apabila mentega cair masukkan telur masin. Teruskan memasak hingga keluar buihMasukkan spaghetti di dalam kuali dan masukkan garam dan lada hitam. Masukkan garam secukup rasa.Cara masak ketam lembut:
Gaulkan garam dan lada hitam secukup rasa.Salutkan ketam di dalam campuran tepungPanaskan minyak dalam kuali, dan goreng ketam dalam minyak penuh sehingga perang keemasan dan garing.Saiz hidangan : 2 orang makan
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Pasta
Keistimewaan : Pasta ini berasa lemak masin dengan rasa pedas cili yang enak
INFO CHEF : Sajian pasta fusion dengan penggunaaan telur asin dan cili padi, menu inovatif tepati selera tempatan.   
2. STIR FRIED BEEF

BAHAN-BAHAN :
200 gm pasta3 biji bawang kuning (kecil)60 gm daging cincang1/4 sudu teh cili padi/dicincang2 sudu besar lada benggala/ didadu kecil1 senduk air2 sudu makan daun ketumbar/dicincang halus1/2 sudu teh lada hitam3 1/2 makan minyak masakCARA MEMASAK :
Rebus spaghetti ala dente, letak sedikit minyak zaitun agar tidak melekat, toskan.Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana dan tumis bawang hingga garing.Besarkan api dan dan masukkan daging cincang, kacau rata.Apabila daging sudah kering airnya, masukkan cili padi dan lada benggala.Kemudian masukkan pasta dan gaul rataMasukkan lada hitam dan padamkan apiHiaskan dengan daun ketumbarSaiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta bersama kuah daging bercili, pedas menepati rasa.
Keistimewaan : Cili pada sebagai rencah daging, menjadikan pasta ini bercitarasa Asia
INFO CHEF : Anda boleh menambahkan kuantiti cili padi atau cili hidup jika mahu lebih pedas
3. AGLIO OLIO AYAM PERCIK

 BAHAN-BAHAN :
4 1/2 sudu makan minyak masak400 gm spaghetti2 sudu makan bawang putih cincang2 sudu makan lada benggala cincang1/2 sudu teh serbuk lada hitam1/2 sudu teh garam4 sudu makan daun ketumbar cincang12 potongan baji tomato ceri1/2 kiub stok ayamBahan ayam percik :
2 keping peha ayam (chicken chop)5 biji bawang kuning kecil /dikisar1 sudu teh serbuk kunyit2 sm lengkuas/ dikisar2 sm halia /dikisar40 ml santanGaram secukup rasa1 sudu makan pes cili kering1 batang serai /dikisarMinyak masak secukupnya untuk menumisPewarna kuningCARA MEMASAK :
Cara masak aglio olio pasta :
Rebus pasta ala dente dan toskan, letakkan sedikit minyak zaitun selapas tos supaya tidak melekat.Panaskan minyak dalam kuali, kepanasan sederhana. Masukkan bawang putih, tumis hingga perang dan masukkan tomato ceri.Selepas 5 saat, masukkan pasta ke dalam kuali, dan masukkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk stok ayam (jika suka)Siap untuk dihidang bersama kuah percik.Cara masak ayam percik :
Nyalakan api dalam kuali, dan masukkan bahan kisar.Tumis hingga naik bauMasukkan pes cili dan perisakan dengan garam, dan sedikit gula (jika suka). Masukkan ayam.Masukkan santan dan kacau perlahan, masukkan pewarnaAyam percik sedia dihidang bersama pasta.Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Pasta fusion 
Keistimewaan : Kuah ayam percik, rasa lazat citarasa Melayu 
INFO CHEF : Ayam boleh juga digoreng asing atau dipanggang. Tuangkan kuah ayam percik di atasnya.
4. SEAFOOD PESTO WITH BASIL

 BAHAN-BAHAN:
320 gm spaghetti220 gm kacang hijauMinyak zaitun dalam bekas semburan (olive oil spray)250 gm udang saiz sederhana (kelar dan buang urat di belakang )250 gm filet ikan (putih) potong jadi kepingan 2 smDaun selasih segar untuk hiasan2-3 biji buah zaitunBAHAN PES (PESTO);
1 cawan daun selasih1/3 daun parsli segar20 gm keju parmesan (diparut halus)2 sudu makan kacang pine (dibakar sebentar dalam oven)1 sudu teh (parutan halus kulit lemon)2 ulas bawang putih (dicincang halus)1 sudu makan minyak zaitun2 sudu makan air panasCARA MEMASAK :
Untuk membuat pesto masukkan daun selasih, parsli, keju parmesan, kacang pine, parutan kulit lemon dan bawang putih dalam pemproses makanan (food processor).Biarkan hingga dikisar halus, masukkan minyak zaitun dan air dan proses hingga sebati. Perasakan dengan garam dan lada hitam.Rebus spaghetti dalam periuk (saucepan) dalam air mendidih dan masukkan sedikit garam. Biarkan sehingga masak al dente. Masukkan pula kacang hijau semasa 2-3 min terakhir masakan.Tapiskan dan tinggalkan dalam 60 ml air dalamnya.Sementara itu panaskan kuali leper dalam suhu tinggi. Semburkan sedikit dengan minyak zaitun (olive oil spray) dan masukkan udang dan filet ikan dan kacau sekali sekala selama 3-4 minit hingga masak.Masukkan spaghetti , kacang dan adunan pesto tadi ke dalam kuali tadi. Tutup api dan gaul rata.Siap untuk hidangan.INFO CHEF : Kacang pine boleh didapati di pasaraya besar. Anda juga boleh menggantikannya dengan badam atau kacang walnut.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu Memasak : 15-20 minit
Cara Memasak : Rebus dan tumis
Jenis masakan : Barat
Keistimewaan : Kacang pine menjadikan pasta lebih berperisa. 
Terima kasih  :TRUST ISSUE KL, 102, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Wilayah Persekutuan KL
 Crystal Crown Hotel Petaling Jaya, 12 Lorong Utara A, off Jalan Utara, Petaling Jaya, Selangor
ANDA SEDANG MENCARI PETI SEJUK YANG MENGEKALKAN KESEGARAN BAHAN MASAKAN, JOM LAYARI DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :
[embedded content]
DAN JUGA RESIPI INI :
Mi Goreng Ketagih, Punyalah Sedap Memang Teringin Makan Lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/07/spaghetti-terenak-citarasa-tempatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebihan Nasi Jangan Dibuang Boleh Buat Nugget Nasi Anak Pasti Suka

Lebihan Nasi Jangan Dibuang Boleh Buat Nugget Nasi Anak Pasti Suka

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 414 hits
Lebihan nasi jangan dibuang sayang Apakata mama papa buatkan anak anak nugget nasi sendiri Lebih sihat dengan tambahan sayur sayur dan isi ayam di dalam adunan nugget Kalau nak tahu cara penyediaan nugget nasi boleh ikuti artikel penuh diba...
Kenapa Ibu Suka Menanam Soalan Cepumas Dari Anak 5 Tahun

Kenapa Ibu Suka Menanam Soalan Cepumas Dari Anak 5 Tahun

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 354 hits
Kenapa ibu suka menanam Soalan cepumas dari anak 5 tahun Pagi dan petang inilah rutin sekarang Sebelum pergi kerja akan menjenguk pepokoks tepi rumah ni Belek belek tumbesaran dia daun buah dah ada ke belum Kot ada siput ke ulat daun ulat w...
Aktiviti Mudah Murah Latih Anak Bersedia Menulis Seawal 2 3 Tahun Confirm Anak Suka

Aktiviti Mudah Murah Latih Anak Bersedia Menulis Seawal 2 3 Tahun Confirm Anak Suka

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 415 hits
Ibu bapa yang mempunyai anak anak di usia 2 hingga 3 tahun tidak boleh mengharapkan sesuatu yang lebih daripada mereka Waktu ini anda sepatutnya memberi pendedahan anak anak melakukan aktiviti menyeronokkan dulu Bukannya memaksa anak belaja...
Kalau Anak Suka Cakap Kasar Jerit Jerit Mungkin Itu Caranya Kita Bercakap Dengan Dia

Kalau Anak Suka Cakap Kasar Jerit Jerit Mungkin Itu Caranya Kita Bercakap Dengan Dia

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 635 hits
Biarpun anak anak masih kecil tetapi mereka juga mempunyai perasaan Jika dimarahi dengan herdikan atau jeritan ia akan membawa kesan terhadap emosi dan tumbesaran mereka Secara automatiknya mereka akan membesar menjadi individu yang kasar j...
Suka Suka Susun Manik Jadi Hiasan Cantik Ajak Anak Buat Mantapkan Skil Motor Dia

Suka Suka Susun Manik Jadi Hiasan Cantik Ajak Anak Buat Mantapkan Skil Motor Dia

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 689 hits
Untuk dekorasi sesuatu ruang dalam rumah kita perlu menjadi lebih kreatif untuk menghasilkan look yang cantik Tidak semestinya menggunakan bahan bahan bermodal besar kadang kadang barang murah pun boleh nampak mahal jika kena pada caranya U...
Latih Sensori Cara Fun Buatkan Dam Ular 3d Macam Ibu Ni Confirm Anak Suka

Latih Sensori Cara Fun Buatkan Dam Ular 3d Macam Ibu Ni Confirm Anak Suka

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 546 hits
Biarpun kita sudah boleh bawa anak anak keluar tapi masih ada keraguan dan rasa risau kan Kita tidak yakin yang persekitaran di luar benar benar bersih dan selamat untuk anak anak Bila dah lama tak keluar ni anak anak mula jadi bosan Sebaga...
Kerajaan Lebih Suka Ambil Syarikat It Dari Luar Berbanding Pakar Tempatan

Kerajaan Lebih Suka Ambil Syarikat It Dari Luar Berbanding Pakar Tempatan

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 273 hits
Sejak lebih dua dekad lalu rakyat Malaysia seringkali diingatkan untuk memajukan diri dalam bidang teknologi kerana bidang ini mampu menggerakkan dan memajukan Malaysia sekaligus menghasilkan modal ihsan yang berdaya saing Saranan ini secar...
5 Tipe Orang Yang Suka Ngerepotin Saat Main Ke Kosan Temanmu Pasti Banyak Yang Begini Nih

5 Tipe Orang Yang Suka Ngerepotin Saat Main Ke Kosan Temanmu Pasti Banyak Yang Begini Nih

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 286 hits
Namanya juga anak kos temen temen kayak gini nggak bisa kamu hindari Tapi kadang malah mereka ini yang nggak bikin bosen di perantauan
Belanja Anak Minum Petang Dengan Apam Milo 4 Bahan Mudah Sangat

Belanja Anak Minum Petang Dengan Apam Milo 4 Bahan Mudah Sangat

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 483 hits
Hujung minggu adalah waktu untuk anda mencuba pelbagai menu dan resipi untuk anak anak Tidak dapat menu serba lengkap menu ringkas seperti apam antara yang menjadi kesukaan anak anak serta seisi keluarga Paling menarik kerana apam cukup mud...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner