Spa9 Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2023


Siapa yang sedang mencari pekerjaan dalam sektor awam, WAJIB kena daftar profil anda melalui SPA9 ini untuk memohon kerja kosong kerajaan.
Untuk makluman, SPA9 telah mula beroperasi pada 28 September 2020.
Anda juga digalakkan untuk mengemaskini maklumat peribadi atau memohon jawatan lain yang bersesuaian dari semasa ke semasa berdasarkan kekosongan yang diiiklankan.
Terkini, Menteri KKM memaklumkan bahawa terdapat 4,914 kekosongan jawatan tetap KKM akan ditawarkan, di mana permohonan akan dibuka mulai hari ini (6 Januari 2023) hingga 21 Januari 2023.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu terdiri daripada 4,263 jawatan pegawai perubatan, pegawai pergigian (335) dan pegawai farmasi (316).
Menurutnya, iklan kekosongan jawatan itu dibuka mulai hari ini sehingga 21 Januari.
“Saya berharap calon yang layak dapat mengisi permohonan dan mengemukakan segera maklumat yang lengkap,” katanya dalam ucapan Majlis Amanat Tahun Baharu 2023, di sini pada Jumaat.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang laman web SPA untuk makluman bersama, khususnya mereka yang sedang mencari kekosongan jawatan dalam sektor awam.
4,914 JAWATAN KOSONG TERKINI KKM (Tarikh tutup 21 Januari 2023) IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
======================================
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
IJAZAH (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL)
JAWATAN : PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43
KEKOSONGAN : 4,263
Tarikh tutup permohonan : 21 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam
Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
https://spa.gov.my/…/ijazah…/pegawai-perubatan-gred-ud41
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :
https://spa9.spa.gov.my/login
———————————–
JAWATAN : PEGAWAI FARMASI GRED UF41
KEKOSONGAN : 316
Tarikh tutup permohonan : 21 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam
Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
https://spa.gov.my/…/ijazah…/pegawai-farmasi-gred-uf41
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :
https://spa9.spa.gov.my/login
———————————–
JAWATAN : PEGAWAI PERGIGIAN GRED UG41
KEKOSONGAN : 335
Tarikh tutup permohonan : 21 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam
Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
https://spa.gov.my/…/ijazah…/pegawai-pergigian-gred-ug41
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :
https://spa9.spa.gov.my/login
Apakah SPA9? Sistem ini dibangunkan bagi mengoptimumkan penggunaan MyKad bagi mendapatkan pelbagai data calon termasuk maklumat akademik dan maklumat peribadi seterusnya membantu calon memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan pemohon.
Antara integrasi data dalam sistem SPA9 termasuklah:
Status pemegang kad OKU Status penerima bantuan eKasih Status kewarganegaraan Status pemilikan lesen memandu Lantikan SPA Maklumat kelulusan pengajian tinggi Maklumat kelulusan TVET Maklumat kelulusan STPM Maklumat kelulusan Lembaga Peperiksaan Malaysia Maklumat kelulusan sijil Matrikulasi KPM Berikut antara perbezaan ketara dan penambahbaikan yang telah dibuat pada sistem SPA9 baru berbanding SPA8i sebelum ini.
SPA9SPA8iMaklumat AkademikAutomatikManualMaklumat PeribadiAutomatikManualStatus KelayakanSesuai Dengan CalonMohon Jawatan Sesuka Hati Info lanjut sila rujuk infografik ini.
Login SPA9 Sistem terbaru SPA ini boleh diakses melalui link spa9.spa.gov.my
Penutupan SPA8i bagi melancarkan proses menaik taraf ke sistem SPA9 yang baru.
Sekiranya anda masih mencari peluang kerja kosong dalam perkhidmatan awam, adalah digalakkan untuk mendaftar ke dalam sistem tersebut.
Sekiranya layak, anda akan dipanggil menduduki peperiksaan online kemudian temuduga sebelum disahkan ke dalam jawatan.
Pendaftaran pekerjaan melalui SPA9 hanya terhad kepada permohonan pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis di mana kuasa pelantikan adalah terletak di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan Di Portal SPA 9 Seperti sistem sebelum ini, pemohon hanya dibenarkan untuk memohon 15 jawatan sahaja.
Tempoh sah laku setiap permohonan adalah selama satu tahun.
Setiap pendaftaran pekerjaan tertakluk kepada dasar “one step lower” iaitu:
Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan. Sekiranya tidak memenuhi syarat / kriteria yang dinyatakan, SPA berhak untuk membatalkan permohonan anda.
Anda juga dikehendaki untuk memastikan alamat emel yang digunakan betul dah senang untuk dihubungi terutama ketika penggilan peperiksaan / temuduga dan sebagainya.
Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui emel yang didaftarkan dalam SPA9, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.
Sila ikuti media sosial SPA untuk mendapatkan info kekosongan jawatan dalam sektor awam:
Twitter : SPA Malaysia Facebook : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Pendaftaran & Login SPA9 Kali Pertama CARA DAFTAR SPA 9
Untuk mendaftar, sila ikuti langkah berikut:
Layari pautan https://spa9.spa.gov.my/login Skrin Daftar Akaun Baru akan dipaparkan seperti di atas Isi Maklumat Pengguna. Pastikan semua medan bertanda *
diiisi. Sila isi bahagian soalan Keselamatan. Sila pastikan calon untuk
mengingati jawapan untuk soalan keselamatan bagi tujuan
penetapan semula kata laluan(reset). Masukkan kata laluan dan kod keselamatan. Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelum
menghantar pendaftaran tersebut. Klik “Daftar”. Pendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja Untuk mendaftar, Klik “Pendaftaran Pengguna“untuk ke Halaman Pendaftaran CARA LOGIN SPA9 UNTUK KALI PERTAMA
Setelah anda berjaya mendaftar, sila log masuk kali pertama dengan mengikut langkah ini:
Skrin Log Masuk akan dipaparkan seperti di atas:
Layari laman web https://spa9.spa.gov.my/login Sila masukkan No Kad Pengenalan Pemohon Masukkan Kata Laluan. Sila pastikan kata laluan yang
dimasukkan adalah seperti yang didaftarkan sebelum ini. Klik “Log Masuk”. Jika pemohon adalah pengguna kali pertama, sila klik “Pengguna Kali Pertama”. Jika pemohon ingin reset kata laluan, sila klik “Lupa Kata
Laluan”. *Rujuk manual penuh di bawah:
Manual_Pengguna_SPA9Download Maklumat Lanjut Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah sepanjang urusan menaik taraf, sila hubungi Hotline SPA di talian 03-8091 9000
atau
adukan pertanyaan melalui Sistem ePertanyaan SPA di pautan  https://aduan.spa.gov.my
atau
Rujuk Soalan Lazim (FAQ) di bawah:
Saya lupa kata laluan saya, bagaimanakah untuk login?
1. Jika pemohon ingin reset kata laluan, sila klik “Lupa Kata
Laluan”.
2. Skrin Tukar Kata Laluan akan dipaparkan.
3. Masukkan Kata Laluan Baru dan Sahkan Kata Laluan Baru.
4. Pastikan semua medan bertanda * diiisi.
5. Klik “Hantar”.
Bagaimanakah untuk saya mendaftar akaun SPA9? Klik pada ‘Pendaftaran Pengguna’ untuk mendaftarkan akaun baharu SPA9.

Pastikan No. Kad Pengenalan dan Nama Penuh dimasukkan sama seperti di dalam Kad Pengenalan, termasuk butiran seperti BINTI, BIN, A/P, A/L.
Saya tidak pernah mengambil subjek Nahu dan Sarf di
peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Kenapakah
subjek ini keluar pada maklumat akademik SPM saya dalam
SPA9? Keputusan SPM mulai tahun 2000 dalam SPA9 dijana secara automatik melalui integrasi data dengan pangkalan data di
Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Sekiranya terdapat perbezaan subjek/ gred yang dipaparkan dalam SPA9 dengan keputusan SPM yang sebenar, pemohon
adalah disarankan untuk mengemukakan permasalahan berserta salinan SPM ke alamat berikut: [email protected].
Saya telah memohon sebanyak 15 jawatan dalam SPA8i.
Kenapakah jumlah jawatan yang saya mohon berubah menjadi 10 sahaja? Perubahan kepada 10 jawatan berlaku kerana padanan pekerjaan (Job Matching) berdasarkan kelayakan yang telah diproses dalam SPA9 secara automatik.
Kenapakah pemegang Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor
Falsafah tidak boleh memohon jawatan di peringkat SPM? Kerana tidak memenuhi ketetapan One Step Lower.

Jawatan SPM hanya boleh dimohon jika pemohon mempunyai SPM atau Diploma sahaja.
Saya merupakan calon simpanan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19.
Adakah status calon simpanan saya akan terbatal sekiranya saya mengemas kini permohonan saya dalam SPA9? Tidak.
Status permohonan pemohon yang masih berada dalam tempoh sah calon simpanan tidak terjejas.
Saya mempunyai kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda
dan Ijazah Sarjana. Kenapakah hanya keputusan Ijazah Sarjana sahaja dipaparkan dalam SPA9? Keputusan pengajian tinggi yang dipaparkan secara automatik dalam SPA9 adalah mulai tahun 2014 dan seterusnya.
Sekiranya tidak dipaparkan, pemohon perlu klik ‘Tambah Keputusan’ untuk menambah kelayakan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/spa9/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=spa9

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Jawatan Kosong Terkini Kkm 2023

Permohonan Jawatan Kosong Terkini Kkm 2023

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 401 hits
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG TERKINI KKM 2023 Kepada anda yang ingin berkhidmat sebagai penjawat awam dalam Kementerian Kesihatan Malaysia semestinya anda ingin mengetahui jawatan kosong yang tersedia Disini kami akan kongsikan kepada anda Jaw...
Hari Pertama Masuk Kerja Ipuk Pimpin Apel Paparkan Agenda Prioritas Tahun 2023

Hari Pertama Masuk Kerja Ipuk Pimpin Apel Paparkan Agenda Prioritas Tahun 2023

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 163 hits
Dalam kesempatan tersebut Ipuk memaparkan sejumlah agenda yang akan menjadi prioritas penanganan Pemkab Banyuwangi Mulai dari pengurangan angka kemiskinan stunting perbaikan pelayanan publik pemulihan ekonomi hingga pembangunan infrastruktu...
Waspada Sindiket Bayar Tunai Kerja Kerajaan Spa Beri Amaran

Waspada Sindiket Bayar Tunai Kerja Kerajaan Spa Beri Amaran

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 113 hits
FMT ReportersTangkap layar komunikasi antara pencari kerja dengan sindiket menggunakan akaun palsu PETALING JAYA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam memberi amaran supaya orang ramai tidak terpedaya dengan penipuan tawaran kerja dalam perkhidmata...
Permohonan Jawatan Guru Ganti Tahun 2023

Permohonan Jawatan Guru Ganti Tahun 2023

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 230 hits
Permohonan Jawatan Guru Ganti Tahun 2023 Pengumuman terbaru mengenai pengambilan jawatan kosong bidang pendidikan yang telah dibuka pada tahun 2023 Untuk pengetahuan semua jawatan kosong adalah dibuka kepada rakyat Malaysia untuk dibuat per...
Jawatan Kosong Amanah Raya Berhad Arb 2023

Jawatan Kosong Amanah Raya Berhad Arb 2023

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 150 hits
Jawatan Kosong Amanah Raya Berhad ARB 2023 Amanah Raya Berhad kini mengalu alukan kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur kurang dari 18 tahun untuk memohon jawatan tetap kontrak yang ditawarkan sebagaimana berikut Sesiapa...
Jawatan Kosong Upsi 2023

Jawatan Kosong Upsi 2023

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 179 hits
Jawatan Kosong UPSI 2023 Universiti Pendidikan Sultan Idris Kad Pengenalan Ijazah Sarjana Muda Diploma Transkrip Akademik Sijil Matrikulasi KPM STPM STAM SPM SPVM SPMV SVM SKM PT3 PMR SRP atau setaraf Sijil Kokurikulum dan Lain lain dokumen...
Senarai Bantuan Kerajaan Bermula Januari 2023

Senarai Bantuan Kerajaan Bermula Januari 2023

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 227 hits
Senarai Bantuan Kerajaan Bermula Januari 2023 Membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesusahan adalah merupakan matlamat utama kerajaan Malaysia hari ini dibawah kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim Kerajaan mempunyai tekad yang tinggi dida...
Jawatan Kosong Di Jabatan Perdana Menteri Tahun 2023

Jawatan Kosong Di Jabatan Perdana Menteri Tahun 2023

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 173 hits
Jawatan kosong di jabatan Perdana menteri Jawatan Kosong Di Jabatan Perdana Menteri Tahun 2023 Info terkini Peluang kerjaya telah dibuka kepada rakyat Malaysia tahun 2023 bulan Januari Jawatan kosong telah ditawarkan kepada anda rakyat Mala...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint