Soulofjohor Johor Tubuh Majlis Digital E Dagang Normal Baharu Perniagaan Hasni


KOTA ISKANDAR – Kerajaan negeri menubuhkan Majlis Digital Johor bagi mempercepatkan proses dan hasrat untuk memiliki sebuah Bank Digital pada masa akan datang.
Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, pembentukan majlis berkenaan juga bagi membantu menerapkan budaya digital dalam kalangan peniaga dan rakyat negeri ini.
”Bagi membolehkan usaha untuk mewujudkan Bank Digital ini menjadi kenyataan, ia perlulah mempunyai masyarakat yang mempunyai gaya hidup dan menggunakan segala aspek digital sebagai gaya hidup seharian mereka,” katanya semasa melancarkan Kempen Johor E-Marketplace di ruang legar Aras 1, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, YB Tuan Mohd. Izhar Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani merangkap Pengerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB).
Pada majlis tersebut, Hasni turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PUJB, iaitu anak syarikat kumpulan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan Shopee Malaysia yang menganjurkan Kempen Johor E-Marketplace menerusi platform e-dagang Shopee berkenaan.
PUBJ diwakili Pengarah Eksekutifnya, Tuan Haji Ashari Kasnan, manakala Shopee Malaysia oleh Ketua Kluster Barangan Pengguna Bergerak Pantas (FMCG), Encik Tan Ming Kit.
Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut menegaskan, golongan usahawan perlu merebut peluang dan potensi besar e-dagang dalam memasarkan produk masing-masing kerana platform itu merupakan normal baharu dunia perniagaan yang semakin berkembang pesat.
Johor E-Marketplace yang berlangsung dari 9 Ogos hingga 31 Disember ini merupakan sebuah laman mikro khas yang akan menampilkan puluhan ribu produk hasil buatan peniaga Johor dalam pelbagai kategori seperti makanan ringan, fesyen serta peralatan rumah.
Kerajaan negeri turut memberi baucer sebanyak RM500,000 kepada pengguna membeli pelbagai jenis barangan yang dijual sempena kempen berkenaan.
”Kewujudan Johor E-Marketplace ini diyakini mampu memberikan impak positif dan memacu pertumbuhan ekonomi di Johor apatah lagi negeri ini merupakan antara kuasa baharu ekonomi Malaysia selain kedudukannya yang strategik, termasuk berjiran dengan sebuah negara maju, Singapura,” katanya.
Kempen Johor E-Marketplace juga merupakan penanda aras penerimaan rakyat di seluruh negara terhadap produk Johor, katanya.
“Justeru, kerajaan negeri berharap golongan usahawan perlu bersikap lebih proaktif dalam menyediakan diri untuk lebih berdaya saing.
”Usaha tersebut tidak akan berjaya jika usahawan tidak memainkan peranan dalam memastikan perniagaan yang diceburi mempunyai tahap kemampanan (sustainability) menerusi pembentukan pelan tindakan pembangunan perniagaan (business blueprint) yang jelas dan mempunyai visi,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/08/soulofjohor-johor-tubuh-majlis-digital-e-dagang-normal-baharu-perniagaan-hasni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Soulofjohor Kerajaan Negeri Johor Menubuhkan Majlis Digital Johor Hasni Johor

Soulofjohor Kerajaan Negeri Johor Menubuhkan Majlis Digital Johor Hasni Johor

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 343 hits
JOHOR BAHRU Kerajaan negeri Johor akan menubuhkan Majlis Digital Johor bagi menjayakan aspirasi dan hasrat dalam memiliki sebuah Digital Bank pada satu masa akan datang Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata selari dengan usaha ke...
Nak Tubuh Parti Baharu Nama Najib Juga Disebut

Nak Tubuh Parti Baharu Nama Najib Juga Disebut

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 405 hits
Sidang media khas bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai penubuhan parti baharu bertempat di Yayasan AlBukhary Kuala Lumpur petang tadi Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu dikatakan akan menubuhkan sebuah pa...
Dr Mahathir Dijangka Tubuh Parti Baharu Petang Ini

Dr Mahathir Dijangka Tubuh Parti Baharu Petang Ini

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 329 hits
KUALA LUMPUR Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menubuhkan sebuah parti baharu dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia pada petang ini Menurut sumber satu majlis pengumuman bagi penubuhan parti b...
Aktivis Gesa Tubuh Unit Integriti Perangi Rasuah Perniagaan

Aktivis Gesa Tubuh Unit Integriti Perangi Rasuah Perniagaan

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 185 hits
PETALING JAYA Sebuah Unit Integriti dan Tadbir Urus perlu ditubuhkan untuk memerangi rasuah serta penyelewengan lain di sektor swasta kata seorang aktivis anti rasuah hari ini Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia Akhb...
Sebagai Negeri Maju P Pinang Tubuh Perpustakaan Digital

Sebagai Negeri Maju P Pinang Tubuh Perpustakaan Digital

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 262 hits
P Pinang bina Perpustakaan Digital RM4 6 jutaKerajaan Negeri P Pinang telah berjaya membina RM4 6 juta Perpustakaan Digital Butterworth atau Butterworth Digital Library pertama di Seberang Perai Utara bagi memberi kemudahan kepada rakyat di...
Tubuh Parti Baharu Mahathir Tunggu Keputusan Mahkamah

Tubuh Parti Baharu Mahathir Tunggu Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 322 hits
Kita tunggu keputusan mahkamah sama ada buat parti atau tidak LANGKAWI 4 Zulhijjah 1441H Sabtu Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan menubuhkan sebuah parti baharu sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos depan tidak memihak ...
Kad Akses Jpn Johor Baharu

Kad Akses Jpn Johor Baharu

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 369 hits
Kad Akses JPN Johor Baharu Ni bukan entry baharu walaupun tajuk dia ada perkataan baharu Kisah bermula pun dah agak lama Bila nengok rakan rakan baharu penstrukturan dah mula memakai kad akses dengan warna cemerlang terpandang kad akses sen...
Tubuh Parti Baharu Bawa Lebih Banyak Perpecahan Orang Melayu

Tubuh Parti Baharu Bawa Lebih Banyak Perpecahan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 398 hits
9 total views 9 views today Tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan satu lagi parti politik Melayu disifatkan hanya menimbulkan lebih banyak perpecahan dalam kalangan orang Melayu di negara ini Pengerusi Badan Pimp...
Tun M Mungkin Tubuh Parti Baharu

Tun M Mungkin Tubuh Parti Baharu

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 370 hits
TUN Dr Mahathir Mohamad FOTO Ahmad Irham Mohd NoorBERNAMATUN Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan menubuhkan sebuah parti baharu sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos depan tidak memihak kepada pasukan beliau berhubung isu pe...
Saya Sakiti Semua Gosip Cinta Tersebar Minhyuk Monsta X Mohon Maaf Pada Peminat

Telefilem Joie De Vivre

Hari Penyu Sedunia Lima Fakta Menarik Mengenai Penyu

Teen Murder Suspect Preoccupied With Thoughts Of Younger Sibling Says Nancy

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2

Sharnaaz Ahmad Terima Ucapan Penuh Makna Daripada Noor Nabila Sempena Hari Bapa

Sst Expansion For Imported Food Aimed At High Income Earners Says Anwar

New Reasons Prevent Pages From Being Indexed On Site Tgktvonline Blogspot Com


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Popiah

Inilah Sensor Kamera Terkecil Di Dunia Bersaiz Sebutir Pasir

Mudahnya Bertukar Lelaki Macam Tukar Pampers Anak Dia Disindir Mudah Lekat Jodoh Netizen Tampil Backup Noor Nabila

Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Exploring The World S Quietest Place The Anechoic Chamber At Orfield Labs

Kenapa Thailand Dan Kemboja Berebut Kuil Preah Vihear Ini Jawapannya