Dr Mahathir Dijangka Tubuh Parti Baharu Petang Ini


KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menubuhkan sebuah parti baharu dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia pada petang ini.
Menurut sumber, satu majlis pengumuman bagi penubuhan parti baharu itu oleh kem Dr Mahathir bersama enam lagi pemimpin Bersatu yang dipecat difahamkan akan diadakan di sebuah hotel di Bangsar pada jam 4.30 petang nanti.
Bagaimanapun, perkara itu masih bergantung kepada keputusan kes saman dikemukakan Dr Mahathir dan lima pemimpin Bersatu lain bagi mencabar keputusan pemecatan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Pada 9 Jun lalu, Dr Mahathir dan enam yang lain mengemukakan saman ke atas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiga pemimpin Bersatu lain dan Pertubuhan Pendaftar (ROS) bagi mencabar keputusan pemecatan mereka dari jawatan masing-masing dalam Bersatu.
Lima yang lain adalah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang jawatan terakhir selaku Timbalan Presiden Bersatu; Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik; bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah dan bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya.
Dalam saman itu, plaintif memohon pengisytiharan, antaranya mereka adalah adalah ahli Bersatu sah, masih lagi memegang jawatan parti dan layak bertanding pemilihan parti.
Mereka memohon pengisytiharan supaya semua surat pemecatan ditandatangani Muhammad Suhaimi bertarikh 28 Mei lalu dan pengesahan melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti bertarikh 4 Jun lalu adalah tidak sah dan terbatal.
Bagaimanapun, peguam, Hanif Khatri menegaskan Syed Saddiq kemudiannya menarik balik tuntutan saman dikemukakan, bagaimanapun tuntutan lain akan diteruskan.
Pemecatan dibuat ke atas kem Dr Mahathir yang kini dipanggil Bersatu Blackout itu atas alasan berada dalam kedudukan pembangkang pada persidangan Dewan Rakyat yang diadakan 18 Mei lalu.
Susulan kes saman itu, Muhyiddin yang juga Perdana Menteri bersama Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Eksekutif Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya dan ROS selaku defendan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 17 Jun lalu.
Permohonan itu difailkan peguam Muhyiddin, Rosli Dahlan atas alasan saman tersebut satu tindakan yang remeh dan menyalahgunakan proses mahkamah, selain Dr Mahathir dan lima plaintif lagi tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman sivil.
Sebelum ini, Dr Mahathir berulang kali memberi gambaran akan menubuhkan sebuah parti baharu sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya sewaktu berucap dalam beberapa program jelajah Bersatu Blackout di seluruh negara.
SH
The post Dr Mahathir dijangka tubuh parti baharu petang ini appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/07/dr-mahathir-dijangka-tubuh-parti-baharu-petang-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tubuh Parti Baharu Mahathir Tunggu Keputusan Mahkamah

Tubuh Parti Baharu Mahathir Tunggu Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 374 hits
Kita tunggu keputusan mahkamah sama ada buat parti atau tidak LANGKAWI 4 Zulhijjah 1441H Sabtu Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan menubuhkan sebuah parti baharu sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos depan tidak memihak ...
Tubuh Parti Baharu Bawa Lebih Banyak Perpecahan Orang Melayu

Tubuh Parti Baharu Bawa Lebih Banyak Perpecahan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 428 hits
9 total views 9 views today Tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan satu lagi parti politik Melayu disifatkan hanya menimbulkan lebih banyak perpecahan dalam kalangan orang Melayu di negara ini Pengerusi Badan Pimp...
Tun M Mungkin Tubuh Parti Baharu

Tun M Mungkin Tubuh Parti Baharu

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 426 hits
TUN Dr Mahathir Mohamad FOTO Ahmad Irham Mohd NoorBERNAMATUN Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan menubuhkan sebuah parti baharu sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Ogos depan tidak memihak kepada pasukan beliau berhubung isu pe...
Dulu Perli Pas Kingmaker Kini Parti Baharu Mahathir Nak Jadi Kingmaker Juga

Dulu Perli Pas Kingmaker Kini Parti Baharu Mahathir Nak Jadi Kingmaker Juga

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 332 hits
Selepas mengumumkan pembentukan parti Melayu dan peribumi baru Dr Mahathir Mohamad memberitahu penyokongnya bahawa wadah baru politik itu tidak perlu menjadi besar selagi mempunyai anggota yang komited Katanya parti itu mungkin tidak akan m...
Sebanyak 20 000 Ahli Baharu Masuk Bersatu Selepas Tun Mahathir Tubuhkan Parti Pejuang

Sebanyak 20 000 Ahli Baharu Masuk Bersatu Selepas Tun Mahathir Tubuhkan Parti Pejuang

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 696 hits
SHAH ALAM Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menjejaskan kestabilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia kata Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin Sebaliknya Menteri Dalam Neg...
Apa Keperluan Dr Mahathir Tubuh Parti Baru

Apa Keperluan Dr Mahathir Tubuh Parti Baru

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 440 hits
Mahathir umum tubuh parti baru ULASANSELEPAS Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerima permohonan Muhyiddin Yassin sekaligus menepis saman Dr Mahathir Mohamad dan beberapa yang lain bagi membatalkan tindakan Bersatu memecat mereka daripada part...
Parti Baharu Pimpinan Tun Mahathir Dikenali Sebagai Parti Pejuang

Parti Baharu Pimpinan Tun Mahathir Dikenali Sebagai Parti Pejuang

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 2003 hits
551 total views 551 views today Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan parti politik baharu pimpinannya dikenali sebagai Parti Pejuang Beberapa hari lepas Tun M mengumumkan akan menubuhka...
Nak Tubuh Parti Baharu Nama Najib Juga Disebut

Nak Tubuh Parti Baharu Nama Najib Juga Disebut

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 438 hits
Sidang media khas bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai penubuhan parti baharu bertempat di Yayasan AlBukhary Kuala Lumpur petang tadi Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu dikatakan akan menubuhkan sebuah pa...
Rasional Parti Baharu Mahathir Dan Jerangkap Samar Untuk Ph

Rasional Parti Baharu Mahathir Dan Jerangkap Samar Untuk Ph

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 360 hits
Kalau kita cakap pasal rasional memang ada rasional Mahathir tubuh parti baharu Antaranya Pertama Dr Mahathir dan 5 Ahli Parlimen lain telah DIPECAT oleh BERSATU dan mahkamah telah sahkan hari ini Sepanjang mereka dipecat sehingga hari ini ...
Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Teruskan Bersabar Nona

Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Sarapan Pagi Sabtu Bersama Anak Anak

Cara Guna Touch N Go Ewallet Untuk Isi Petrol Budi95 Panduan Lengkap Mudah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Netizen Puji Rita Rudaini Tak Ikut Bergosip Isu Fattah Amin Amira Othman

Saya Pendosa Yang Cuba Jadi Lebih Baik Luahan Nora Danish Buat Ramai Tersentuh

Komik Epik Lagenda Hang Tuah Akan Diterbit

Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Masalah Dadah Di Tanah Rancangan Felda Tumpu Usaha Benteras Tokan Bukan Sekadar Kutip Penagih Semata Mata

Amat Memalukan Fam 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan Didenda Fifa