Soulmate Toxic Relationship
Ahaks, tiber terfikir pula, macam aku promote toxic relationship pula kat previous post
Ehek, jangan confuse eh. Memang ada je yang masih maintain dalam toxic relationship tapi nak justify yang action mereka tak salah
Nak komen banyak pon tak boleh, sebab tak pasti samada memang mereka play victim atau terjumpa pasangan narcissistic. Berdoa saja la supaya diri sendiri dan family member tak terlibat dalam toxic relationship ni
Kawen ini gamble sebenarnya. Mana laa orang tahu kau akan tersangkut dalam toxic relationship kan. Maka, mampu berdoa sahaja la, jangan kutuk orang lebih-lebih yea
🔥 TOXIC RELATIONSHIP 🔥
Sebenarnya, macam lebih kurang je dengan soulmate relationship yang maha gila dan unstable. Tapi dia ada add on sikit
“Ada reason”
Contoh:
1) Saya takleh tinggalkan dia, SEBAB dia je sumber keewangan saya, kalau saya tinggalkan dia, saya nak tinggal di mana?siapa nak bagi anak-anak saya makan?
2) Saya tak boleh tinggalkan dia SEBAB nanti apa orang kata kalau saya jadi janda? Macam saya pula tak pandai jaga laki
3) Saya tak boleh tinggalkan dia SEBAB dah lama dah saya kawen, takkan nak give up macam tu je. Dia seorang suami yang baik sebenarnya
4) Saya tak boleh tinggalkan dia SEBAB saya takda back up laki lain hahaahahahahahahahahah (ni paling best, sis suka🤣)
Nampak? Semua bersebab. Kalau bukan masalah keewangan, insecure sebab kena label janda or tak pandai jaga laki atau pon risau apa orang kata, ataupon takut bersendirian sebab dah biasa dependent pada orang lain
Semua ada sebab. Kalau takde sebab ni, memang perempuan-perempuan dalam toxic relationship ni dah lama blah dari toxic marriage ni
🔥 SOULMATE RELATIONSHIP 🔥
Soulmate relationship ni lain, kalau orang label kau bodoh pon, kau sanggup telan je. Yea saya memang bodoh. Full stop
Kau kasi duit kat dia, bukan dia larikan diri dan mulakan hidup baru, ntah-ntah lagi dia kasi duit tu kat laki tu walaupon laki tu tak minta pon
Ini berbeza dari kes yang kena paksa kasi duit or minta duit or perempuan tu kasi duit SEBAB takut laki tu tinggalkan dia- ini BERSEBAB, bukan tidak bersebab
Soulmate relationship ni macam takde sebab
Kalau ada laki yang lebih baik, 200 sifat terpuji nak kat dia pon, dia masih nak stay dengan soulmate dia yang bodoh tu. Mesti pernah tengok kan?
Kengkadang soulmate relationship ni bukan antara pasangan berkahwin je tau.
Dia boleh jadi dalam bentuk persahabatan, family member, dan anak
Sebab tu ada je anak perangai macam hantu, hancur, ntah pape, tapi mak pak masih sayang gila, kasi segalanya walaupon hati hancur berkecai dengan perangai nauzubillah
Dan mereka ni sayang tanpa bersyarat. Mungkin takda balance give and take
Mungkin ada yang asyik give memanjang
Lagi satu part asyik take memanjang
Tapi parents masih happy melayan
Ini yang di panggil “unconditional love ❤️”
Unconditional love ni bukan kau happy sebab mendapat balasan yang setimpal dengan usaha kau, tapi lebih kepada kau happy memberi sesuatu kepada seseorang tanpa mengharap balasan
So, soulmate relationship ini macam uncondional love ❤️, kau memberikan separuh dari effort kau kepada orang yang kau sayang tanpa mengharapkan balasan
Memberi itu dah cukup membuatkan kau happy ❤️❤️❤️
Tapi, untuk orang luar yang takde kaitan dengan hidup dan mati dan boleh berfikiran logik, akan mengutuk la kau
“Bodohnya, kalau aku laa jadi dia, dah lama aku tinggalkan laki dia tu. Dah la tak memberi apa-apa faedah, macam membela biawak hidup”
“Bodohnya la mak pak dia ni, kalau aku, dah putus hubungan dengan anak aku kalau macam tu perangainya, memalukan sungguh”
Sebab? Sebab itu bukan soulmate diorang atau pon takde pertalian hati dengan orang yang mereka tengah kutuk tu
Sebab tu … sebab tu dan sebab itu lah, kita di larang menceritakan masalah rumahtangga kita kepada orang luar
Sebab, kau dan laki kau dan anak kau, mempunyai pertalian hati dan mungkin soulmate relationship
Orang luar takda
Orang luar hanya boleh tolong fikirkan secara logik akal
Contoh:
Kau bergaduh dengan laki kau, kau cerita kat mak kau
Mak kau ni ada pertalian hati dengan kau (soulmate) opkos laaa mak kau mengamuk, tak boleh berfikir dengan logik dan naik angin nya lain macam sebab seseoranv telah membuli anaknya. Mau tak sakit hati
Penat-penat aku lahirkan anak, kau kawen, kau buli anak aku macam tuuuu je
Opkos dia akan suruh tinggalkan laki kau aje
Tapi masalahnya, kau ni sayangkan laki kau. Tak kisah la life partner ke soulmate ke, memang kau sayangkan laki kau.
Mak kau tak sayangkan laki kau sebagai mana kau sayangkan laki kau
Opkos kau cuma bercerita untuk melepaskan stress aje, minggu depan baik balik. Terus lupa pasal pergaduhan tu sebab kau memang sayangkan laki kau
Mak kau? Haaaa, sampai ke mati dia ingat ape menantu dia pernah buat kat anak dia
Haaaaaa
Macam tu laa pertalian soulmate. Senang faham tapi complex sebab tu tak boleh nak kutuk-kutuk orang sebab masih belum kena kat diri sendiri
So takde istilah “Kalau aku laaa…”
Toksah perasan, kau pon kalau terjerumus dalam pertalian soulmate, ntah ntah lagi teruk daripada orang yang kau kutuk tu 🤣🤣🤣
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kipasbesi.blogspot.com/2023/06/soulmate-toxic-relationship.html