Sotong Kayangan Muncul Dahulu Sebelum Siakap



SETIAP kali saya dan keluarga berkunjung ke restoran ikan bakar, ikan bawal emas antara yang menjadi pilihan selain kerapu dan jenahak.
Ikan bawal emas, walaupun ada nama emas tetapi harganya tidaklah seperti barang kemas yang menjadi dambaan golongan wanita.
Berbeza dengan siakap, walaupun tiada nama yang menggambarkan ikan itu mewah, harga hidangan melibatkan ikan tersebut rupanya boleh mencecah ribu-ribu ringgit di Langkawi.
Seperti yang telah heboh sejak minggu lalu, harga hidangan ikan siakap di sebuah restoran terapung di pulau legenda itu memang tidak terjangka di fikiran rakyat marhaen.
Selepas itu, macam-macam cerita dan berita berkaitan isu itu dapat dibaca di media sosial. Ada yang berkongsi pengalaman sama berdepan situasi tersebut dan ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan jenaka. Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang bertanggungjawab dalam memantau harga makanan sudah memberikan kenyataan.
Walau apa pun keadaannya, pelanggan dan peniaga restoran itu ada hujah masing-masing. Saya tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah. Yang dapat saya katakan, jika berdepan dengan situasi berkenaan, boleh pengsan jadinya.
Nilai yang perlu dikeluarkan bukan sedikit. Jumlahnya sama seperti dua bulan gaji saya ketika bekerja di kilang kayu selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 1998.
Dan apabila heboh mengenai isu hidangan ikan siakap harga terlalu mahal, saya teringat kisah dulu-dulu sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk temu duga memasuki tentera.
Setelah sampai di stesen kereta api berhampiran Kompleks Daya Bumi, saya pun menapak ke Pasar Seni dengan harapan dapat mengisi perut setelah menempuh perjalanan tujuh jam dari stesen kereta api Sungai Petani.
Dato Vida Puas Hati Dapat Bil, Minta Peniaga Viral Tukar Nama Restoran Siakap Seribu [VIDEO]

Mulanya saya mahu singgah sahaja di restoran makanan segera tetapi apabila terpandang sebuah restoran dengan lauk pauk yang menarik, maka nafsu makan tidak dapat dibendung lagi.
Melonjak-lonjak perasaan mahu menikmati hidangan di restoran berkenaan. Dengan warna kari yang menarik dan aroma menusuk hidung, saya rasa ia adalah keputusan yang tepat menikmati hidangan makan tengah hari di situ.
Oleh sebab datang jauh dari kampung, saya berpandangan tidak salah kiranya untuk mencuba kari sotong di Kuala Lumpur. Mungkin lebih sedap daripada kari atau gulai sotong di Kedah.
Ketika sedang khusyuk menikmati nasi bersama dua ekor sotong, telur masin, kuah campur dan teh ais kaw, tauke restoran pun datang dengan senyuman kumis tebal sambil menghulur kertas kecil warna putih.
Tatkala melihat harga makanan yang tercatat di kertas putih itu, saya terbungkam dan rasa macam mahu pitam. Jangkaan awal ternyata salah sama sekali kerana harga sebenar seekor sotong adalah RM15. Maka, setelah dicampur, harga makanan saya berjumlah RM36.
Dengan situasi sebagai orang kampung yang masih mencari kerja, nilai RM36 untuk makan tengah hari amat besar waktu itu.
Suka atau tidak, jumlah berkenaan perlu dibayar kerana salah saya juga tidak bertanya dahulu berapa harga seekor sotong.
Selepas kejadian tersebut, saya lebih berhati-hati apabila makan di restoran. Sama ada tanya dahulu harga makanan atau minta tauke restoran buat kiraan sebelum makanan dijamah.
Konsep kira harga makanan tanpa dilihat ataupun kiraan berdasarkan penceritaan pelanggan adalah tidak adil kerana ia bukan gambaran sebenar apa yang kita makan.
Mungkin kita ambil sotong saiz kecil tetapi tauke kedai kira sotong saiz besar. Ataupun kita ambil ikan saiz sederhana tapi pada pandangan tauke kedai, sederhana itu sebenarnya besar.
Jadi sebelum makan, adalah lebih baik makanan itu dilihat dengan mata kepala tukang kira itu sendiri. Dan paling penting sebenarnya sebelum singgah menjamu selera, lihat dulu duit dalam dompet kerana kadang-kadang berlaku tragedi, isteri ambil duit dalam dompet tetapi lupa nak maklumkan kepada kita.
* Badruldin Zakaria
‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap
Baca Artikel Menarik:
Polis Tahan Wanita Terlibat Kegiatan Pecah Rumah Dan Kenderaan Mesir batalkan tayangan Eternals ekoran babak homoseksual Bapa Leka Nak Menari Buat Anak Tidak Gemar Hingga Heret Turun Pentas [VIDEO] Rumah Terbakar, Mayat Ibu Dan Anak-Anak Ditemui Berpelukan Terhidu Asap Kebakaran Awas! Banyak Kes Mati Mengejut Tak Kira Usia…Kaum Lelaki Perlu Lebih Peka Hal Kesihatan Jantung! Kulim Jadi Lokasi Pertama Pasang Porsche Cayenne Luar Eropah, Harga Bermula RM550,000 Anggota polis cedera kena lastik Tukang khianat baling batu dari atas jejambat tol akhirnya ditangkap! Dahsyat! “Ramai Tanya Kain Tak Terselak Ke? Wanita Berbaju Kurung Buat ‘Backflip’ [VIDEO] PRN Melaka: Rakyat Anggap PH ‘Zero’ Tidak Prihatin Rakyat 4 abang rogol adik ditahan polis Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siakap hanya RM29.90 di Hotel Putra Brasmana

The post ‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/11/12/sotong-kayangan-muncul-dahulu-sebelum-siakap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Depa Dah Lama Rancang Kita Ja Lalai Lakonan Asif Sebelum Ikan Siakap Viral Bikin Netizen Gelak Besar

Video Depa Dah Lama Rancang Kita Ja Lalai Lakonan Asif Sebelum Ikan Siakap Viral Bikin Netizen Gelak Besar

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 383 hits
Pernah tular sebelum ini isu mengenai Ikan Siakap Kayangan yang telah menjadi topik h4ngat selama beberapa minggu di laman sosial dan juga di mana2 tempat Isu tersebut ditularkan apabila sebuah restoran yang menghidangkan ikan siakap tetapi...
Siakap Kayangan Usahawan Nyaris Terkena

Siakap Kayangan Usahawan Nyaris Terkena

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 146 hits
Siakap kayangan usahawan nyaris terkena LANGKAWI Seorang usahawan terkenal di negeri ini berkongsi pengalaman ke restoran hidangan ikan siakap bertaraf kayangan bagi mengelak terkena dengan harga ribuan ringgit setelah menjamu selera Indivi...
Siakap Kayangan Tular Lagi Seorang Pengguna Media Sosial Dedah Terima Nasib Sama

Siakap Kayangan Tular Lagi Seorang Pengguna Media Sosial Dedah Terima Nasib Sama

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 276 hits
Seorang lagi pelanggan mendakwa menjadi mangsa di sebuah restoran makanan laut di Pulau Langkawi Kedah selepas tular dua kes melibatkan harga makanan yang mahal Menerusi satu hantaran Facebook yang dimuat naik oleh Pok Mark kejadian itu ber...
Restoran Siakap Kayangan Ada 4 Hari Lagi Jawab Notis

Restoran Siakap Kayangan Ada 4 Hari Lagi Jawab Notis

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 290 hits
Restoran siakap kayangan ada 4 hari lagi jawab notis Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba Langkawi yang tular kerana menjual hidangan siakap lebih RM1 000 mempunyai tempoh empat hari lagi untuk menjawab notis Kementerian Perdagangan Dalam Ne...
Pergh Pelanggan Sesak Nafas Siakap Harga Kayangan

Pergh Pelanggan Sesak Nafas Siakap Harga Kayangan

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 439 hits
Resit yang menunjukkan harga hidangan ikan siakap di sebuah restoran di Langkawi yang dimuat naik seorang pelanggan di Facebook semalam Share on telegramPETALING JAYA Percutian sebuah keluarga ke Langkawi baru baru ini meninggalkan memori y...
Siakap Harga Kayangan Kpdnhep Arah Pemilik Restoran Jelaskan Kos Operasi

Siakap Harga Kayangan Kpdnhep Arah Pemilik Restoran Jelaskan Kos Operasi

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 254 hits
ALOR SETAR Pemilik restoran terapung yang terbabit dalam isu hidangan ikan siakap berharga lebih RM1 000 di Taman Geoforest Karst Kilim Langkawi diberi masa lima hari untuk membuat penjelasan mengenai kos operasinya Ketua Pegawai Penguatkua...
Resepi Sotong Kayangan Goreng Tepung

Resepi Sotong Kayangan Goreng Tepung

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 200 hits
Resepi Sotong Kayangan Goreng Tepung Ini dia sotong kayangan goreng tepung yang sangat sedap dan memuaskan Jarang jumpa yang macam ni kan Kalau dekat Indonesia ia di panggil cumi fantasi Rasa dia memang betul betul sedap jadi sesuai sangat ...
Siakap Kayangan Restoren Terapung Sas Rimba Tak Terjejas

Siakap Kayangan Restoren Terapung Sas Rimba Tak Terjejas

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 195 hits
Siakap kayangan Restoren Terapung Sas Rimba tak terjejas Restoran Terapung Sas Rimba yang menjadi kontroversi gara gara hidangan siakap harga kayangan seolah olah tidak terjejas teruk oleh publisiti buruk itu Melihat perkongsian gambar dari...
Resepi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai Bahan Simple Tapi Rasa Kayangan Sedap Sungguh

Resepi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai Bahan Simple Tapi Rasa Kayangan Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 440 hits
Menu ikan siakap selalu jadi pilihan kita setiap kali makan di luar Bukan tidak gemar masak sendiri tetapi ikan siakap seakan istimewa untuk sajian keluarga Sesekali apa kata kita cuba sendiri menu dari ikan popular ini Bosan dengan tiga ra...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults