Sotong Goreng Kicap Mudah
Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menghadiri majlis ilmu, hari ini saya berpeluang untuk menghadiri kuliah Subuh oleh Ustaz Kamarulzaman berkenaan Ramadhan, Lailatul Qadr dan juga Aidil Fitri dari kitab Iman Ghazali mengenai masalah hati untuk mendekat hati pada pada alam ghaib. Semua bergantung pada hati. Hakikat hati dipegang oleh Allah. Saya hanya berkongsi intipati berkenaan dengan Ramadhan dan Lailatul Qadr untuk manafaat kita semua.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang Maha Agung. Maksud Ramadhan ialah yang membakar dosa dosa. Banyak hadis berkait dengan bulan Ramadhan. Mendengar sahaja telah dapat pahala bersamaan dengan 60 rakaat solat sunat. Walaupun kita telah mendengarnya sebelum ini, pun kita akan mendapat pahala. Belum lagi mengamalkan.
Telah datang kelebihan Ramadhan. Antaranya apabila datang malam pertama Ramadhan, maka dibuka kelapan lapan pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Bulan di dalam Islam bermula malam iaitu masuk waktu Maghrib. Tidak sama dengan kalendar barat. Syurga adalah sesuatu tak pernah terlintas di hati, tak lihat di mata dan tak pernah dengar di telinga. Jika pernah terlintas di hati, maknanya itu bukan syurga lagi.
Bahasa Arab ialah bahasa Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Kita wajib mencintai apa sahaja yang disukai Nabi. Semua perkara yang kita lakukan dengan niat mengikut sunnah Nabi, kita akan dapat 100 pahala syahid.
Di dalam bulan Ramadhan, ada satu malam yang dipanggil Lailatul Qadr yang bersamaan dengan 1000 bulan atau 83 tahun. Dengan hanya satu malam. Bagaimana kita hendak mendapat pahala Lailatul Qadr yang mana seluruh malaikat turun ke bumi.
Pertama, berdoa pada Allah untuk mendapat lailatul qadr. Berdoa supaya diberi kekuatan untuk bangun malam dan menghidupkannya. Kedua, kita boleh bertanya dengan orang soleh. Bila malam Lailatul Qadr tersebut supaya kita boleh memberi lebih fokus. Ketiga, kita sendiri boleh mengira.
Macam mana supaya lebih mudah nak bangun malam. Malam tu kena minum banyak sikit supaya selalu ke bilik air. Ambil wudhu. Kalau terlalu penat, bila terjaga waktu malam, berdoalah atas katil. Jangan biarkan begitu sahaja.
OK sekarang kita masuk sedikit bab resipi iaitu sotong goreng kicap dan mudah. Yang penting sedap. Ini adalah antara resipi pilihan bila saya memasak sotong. Lebih lebih sedapnya bila menggunakan sotong yang bertelur. Hahaha saya memang hantu telur sotong.
Kalau memasak sotong, saya memang sukakan masakan ringkas supaya kita dapat merasai nikmat dan keenakan sotong tersebut. Dalam resipi ini, wajib kita menggunakan serbuk Knorr Pasti Sedap. Ia menjadikan masakan kita sangat sedap. Jadi apalagi, bolehlah menyediakan lauk ini untuk hidangan berbuka atau sahur nanti.
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Boleh melihat video penuh di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Sotong Goreng Kicap Mudah dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
500 gram sotong
1 biji bawang besar Holland - hiris
3 tangkai cili merah - hiris serong
2 tangkai cili hijau - hiris serong
2 helai daun limau purut - oosyenal
Sedikit air asam jawa
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk Knorr Pasti Sedap
2 sudu besar kicap masin
1/2 - 1 sudu kecil gula
Cara-cara:
Panaskan kuali dan masukkan sotong. Masak seketika sehingga air sotong keluar. A gkat dan tos.
Gaul rata sotong bersama serbuk Knorr Pasti Sedap dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng sotong tadi.
Bila air sotong sudah kering, masukkan air asam jawa, gula dan kicap masin secukupnya. Kacau sebati.
Masukkan bawang besar hiris, hirisan lada hijau dan lada merah dan daun limau purut. Kacau rata.
Bila cili dan bawang mula layu, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2021/04/sotong-goreng-kicap-mudah.html