Sosma Boleh Dikenakan Ke Atas Sindiket Jual Mykad Igp


Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) boleh dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan kepada warga asing, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata tindakan sekeras-kerasnya boleh diambil terhadap pegawai kerajaan, rakyat Malaysia atau warga asing yang terlibat dalam sindiket yang memberi kesan serius kepada keselamatan negara itu.

Loading… “Sindiket ini memberi kesan kepada keselamatan negara yang amat serius. Oleh itu, Sosma boleh digunakan sekiranya mereka terlibat.
“Pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen membantu serta memberi kerjasama sepenuhnya untuk mengesan kes-kes lama,” katanya kepada Bernama.
Abdul Hamid berkata setakat ini siasatan mendapati motif sindiket dan individu yang terlibat hanyalah untuk mencari keuntungan kewangan haram.
Ditanya mengenai penubuhan pasukan petugas khas bagi menyiasat kes itu, beliau berkata pasukan petugas berkenaan telah ditubuhkan pada Ogos dan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed.
“Dalam pasukan petugas khas ini, kami ada Tim khas JSJ, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Cawangan Khas Bukit Aman yang melapor terus kepada saya.
“Tim ini dibantu oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Imigresen dan JPN sendiri bagi menghalusi dan mengesan semua pengeluaran laporan polis, sijil lahir, kad pengenalan dan pasport yang dibuat secara penipuan,” katanya.
Abdul Hamid berkata siasatan sindiket kes berkenaan ini dijalankan di Pulau Pinang pada Julai lepas oleh Ketua Polis Negeri.
“Tetapi apabila dinilai tahap keseriusan kes ini maka tim siasatan Bukit Aman ditubuhkan dan mengambil alih siasatan kes terbabit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata pelbagai bahagian daripada jabatan itu akan terlibat dalam pasukan petugas khas itu, bergantung kepada keperluan siasatan.
“Pegawai Imigresen akan sertai pasukan petugas khas ini sebagai anggota dan kami akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam pasukan petugas ini,” katanya.
Hari ini, Huzir berkata pasukan petugas berkenaan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), JPN dan Jabatan Imigresen dan pembentukan pasukan itu telah mendapat persetujuan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Alwi Ibrahim.
Pada 19 Sept, polis menahan 20 individu termasuk seorang pegawai JPN yang disyaki terlibat dengan aktiviti pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan secara tidak sah.
Mereka yang ditahan di Pulau Pinang itu terdiri daripada 15 lelaki dan dua wanita tempatan, seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang lelaki warga India. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/sosma-boleh-dikenakan-ke-atas-sindiket-jual-mykad-igp/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jual Mykad Boleh Dikenakan Sosma Kpn

Jual Mykad Boleh Dikenakan Sosma Kpn

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 408 hits
KUALA LUMPUR Akta Kesalahan Keselamatan 2012 boleh dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan kepada warga asing kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador B...
Pegawai Kanan Jpn Terlibat Sindiket Jual Mykad

Pegawai Kanan Jpn Terlibat Sindiket Jual Mykad

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 489 hits
Pegawai Kanan JPN Terlibat Sindiket Jual MyKad Apa sudah jadi dengan satu jabatan kerajaan yang begitu besar bagi negara kita ini Tidak salah rasanya boleh kita katakan bahawa pegawai ini adalah pengkhianat negara Pegawai Kanan JPN Terlibat...
Siasat Dalang Sindiket Jual Mykad Sampai Lubang Cacing

Siasat Dalang Sindiket Jual Mykad Sampai Lubang Cacing

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 375 hits
Tak mustahil projek MyKad babit aktiviti ekonomi gelap Tuan IbrahimBANGI Tindakan pihak tertentu yang terbabit dalam sindiket menipu dan menjual MyKad kepada warganegara asing disifatkan sebagai perbuatan khianat serta cubaan untuk mensabot...
Kenapa Rayer Bela Tertuduh Kes Sindiket Jual Mykad

Kenapa Rayer Bela Tertuduh Kes Sindiket Jual Mykad

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 400 hits
Tindakan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer menjadi peguam membela salah seorang yang didakwa terlibat dengan sindiket penjualan MyKad mengecewakan Itu kata Exco Barisan Nasional Youth Volunteers Kebangsaan Mathis Sarawanan yang berpendapat t...
Sindiket Jual Mykad Sah Mungkin Telah Lama Beroperasi

Sindiket Jual Mykad Sah Mungkin Telah Lama Beroperasi

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 415 hits
Polis tidak menolak kemungkinan kegiatan penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah yang di percayai di dalangi pegawai kanan Jabatan Pendaftaraan Negara di negeri ini telah lama beroperasi Bagaimanapun kata beliau polis masih menjalankan sias...
Sindiket Jual Mykad Gadai Masa Depan Anak Bangsa Negara Kerisauan Rakyat Munasabah Lokman

Sindiket Jual Mykad Gadai Masa Depan Anak Bangsa Negara Kerisauan Rakyat Munasabah Lokman

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 432 hits
Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat Datuk Lokman Noor Adam menyokong penuh tindakan Polis Diraja Malaysia menahan mereka yang terlibat di dalam penjualan kad pengenalan kepada warga China di bawah Akta Kesalahan Keselamatan 2012 Ujarnya seba...
Terkini Sindiket Jual Mykad Kepada Warga Asing Seorang Penolong Pengarah Jpn P Pinang Akan Didakwa Di Mahkamah

Terkini Sindiket Jual Mykad Kepada Warga Asing Seorang Penolong Pengarah Jpn P Pinang Akan Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 564 hits
BERNAMA sebentar tadi melaporkan seorang penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang bakal didakwa esok di Mahkamah Sesyen berhubung dakwaan terlibat dalam sindiket penjualan MyKad kepada warga asing di negeri itu Perkara berk...
Polis Tahan Pegawai K Jaan Bawah Sosma Didakwa Jual Mykad

Polis Tahan Pegawai K Jaan Bawah Sosma Didakwa Jual Mykad

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 319 hits
Polis menahan beberapa pegawai kerajaan berpangkat tinggi dan kakitangan jabatan kerajaan termasuk dari Putrajaya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan 2012 Harian Metro melaporkan penahanan itu berhubung dakwaan sindiket penjualan MyKad kepa...
Tubuh Segera Rci Tumpaskan Sindiket Mykad Haram

Tubuh Segera Rci Tumpaskan Sindiket Mykad Haram

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 239 hits
Ahmad AmzadOleh Ammar RozlanKUALA TERENGGANU 18 September Ahli Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim mendesak agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan dengan segera bagi menyiasat siapakah dalang utama di sebalik sindiket penjuala...
Pantun Kurang Ajar Paling Pedas Tapi Berhemah

Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

Pinjam Buku Di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor

Van Kelvin Runtuh Dada Chord

A Soft Wrap With Substance Why Fitbakes Is Gaining Fans Beyond Keto

Takut Kena Tindakan Dua Selebriti Cepat Cepat Perbaharui Cukai Jalan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalkan Budaya Pelajar Cemerlang Dalam Menjalani Kehidupan Dan Urusan Mencari Rezeki

Resepi White Macadamia Cake

Printing Botol Sticker Label Vs Silkscreen Tips Pilih Yang Paling Ekonomi Berkualiti

Data Analytics For Business Decisions

Nsfc Tekad Sekat Jdt Berita Harian

Liga Super Tfc Jinakkan Penang Fc 3 0