Sindiket Jual Mykad Gadai Masa Depan Anak Bangsa Negara Kerisauan Rakyat Munasabah Lokman




Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat, Datuk Lokman Noor Adam menyokong penuh tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan mereka yang terlibat di dalam penjualan kad pengenalan kepada warga China di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Ujarnya, sebarang usaha untuk memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing sebelum mereka memenuhi syarat demi meraih keuntungan politik tidak boleh diterima sama sekali.
“Ini membuktikan bahawa tindakan Barisan Nasional (BN) memperkenalkan SOSMA demi menjaga keselamatan negara amat tepat sehingga kerajaan Pakatan Harapan (PH) terpaksa membuat ‘U-Turn’ sekali lagi dengan menggunakan akta yang mahu mereka hapuskan.
“Sebelum ni saya tidak mahu komen kebanjiran pelancong dari Tanah Besar China, sistem ‘down’ di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) dan pelbagai pendedahan warga Singapura dan China yang tiba-tiba mendapat kad pengenalan biru. Amat sukar untuk kita mendapatkan pengesahan atau bukti terhadap segala pendedahan ini.
“Tapi hari ini bila pihak Imigresen Pulau Pinang sendiri berjaya mengesan sindiket yang menjual IC (kad pengenalan) biru kepada 6 orang warga China, segala kerisauan rakyat berhubung usaha menambah jumlah pengundi Cina melalui pemberian kewarganegaraan kepada warga China ternyata munasabah. Inilah kaedah yang dikatakan telah digunakan oleh Singapura untuk menambah jumlah rakyat berketurunan Cina berbanding Melayu,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Namun tambah Lokman terdapat kemusykilan yang perlu pihak berkuasa rungkaikan kepada umum.
“Apa yang saya muskyil, takkan hanya beberapa orang kakitangan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) yang berjaya ditangkap kerana terlibat dalam penjualan 6 kad pengenalan ini.
“Adakah penangkapan beberapa orang kakitangan JPN ini hanya untuk meredakan kemarahan rakyat dan melindungi pihak sebenar di belakang pemberian kad pengenalan biru kepada ratusan ribu pendatang dari Tanah Besar China? Soalnya.
Justeru, Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO amat berharap agar semua pihak yang terlibat menjalankan tugas sebagai penguatkuasa tidak kira dari agensi mana serta parti yang disokong perlu sedar bahawa apa yang berlaku itu akan memberi kesan kepada negara untuk satu tempoh yang sangat panjang.
“Walau besar mana sekalipun habuan yang mungkin anda akan perolehi dengan melakukan kerja terkutuk ini, sedarlah bahawa kemewahan yang anda mungkin perolehi itu perlu dibayar dengan tergadainya masa depan anak cucu kita kelak.
“Hentikanlah perbuatan ini sebelum terlambat. Tidak cukup lagikah pengajaran yang kita perolehi setelah Dap menguasai kerajaan? Tanyanya lagi. – UMNO ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/12/sindiket-jual-mykad-gadai-masa-depan-anak-bangsa-negara-kerisauan-rakyat-munasabah-lokman/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasat Dalang Sindiket Jual Mykad Sampai Lubang Cacing

Siasat Dalang Sindiket Jual Mykad Sampai Lubang Cacing

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 320 hits
Tak mustahil projek MyKad babit aktiviti ekonomi gelap Tuan IbrahimBANGI Tindakan pihak tertentu yang terbabit dalam sindiket menipu dan menjual MyKad kepada warganegara asing disifatkan sebagai perbuatan khianat serta cubaan untuk mensabot...
Terkini Sindiket Jual Mykad Kepada Warga Asing Seorang Penolong Pengarah Jpn P Pinang Akan Didakwa Di Mahkamah

Terkini Sindiket Jual Mykad Kepada Warga Asing Seorang Penolong Pengarah Jpn P Pinang Akan Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 531 hits
BERNAMA sebentar tadi melaporkan seorang penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang bakal didakwa esok di Mahkamah Sesyen berhubung dakwaan terlibat dalam sindiket penjualan MyKad kepada warga asing di negeri itu Perkara berk...
Pegawai Kanan Jpn Terlibat Sindiket Jual Mykad

Pegawai Kanan Jpn Terlibat Sindiket Jual Mykad

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 400 hits
Pegawai Kanan JPN Terlibat Sindiket Jual MyKad Apa sudah jadi dengan satu jabatan kerajaan yang begitu besar bagi negara kita ini Tidak salah rasanya boleh kita katakan bahawa pegawai ini adalah pengkhianat negara Pegawai Kanan JPN Terlibat...
Pengkhianat Negara Jual Mykad Kepada Warga Asing Dihukum Gantung

Pengkhianat Negara Jual Mykad Kepada Warga Asing Dihukum Gantung

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 300 hits
Isu penjualan MyKad kepada warga asing nampaknya telah berlaku sekian lama tanpa pengetahuan siapa siapa dan dilakukan dengan amat tidak bertanggungjawab oleh beberapa pihak Jadi hari ini Ohmedia tertarik dengan cadangan dari Pertubuhan Keb...
Izreen Azminda Kongsi Foto Luang Masa Bersama Anak Tiri

Izreen Azminda Kongsi Foto Luang Masa Bersama Anak Tiri

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 306 hits
Nampaknya rumah tangga pelakon sensasi Izreen Azminda dan pemuzik Ude Wahid masih lagi menjadi perhatian dan bualan netizen walaupun kontroversi melibatkan suami The post appeared first on
Awal Polemik Kpai Djarum Foundation Tudingan Eksploitasi Berakhir Suram Masa Depan

Awal Polemik Kpai Djarum Foundation Tudingan Eksploitasi Berakhir Suram Masa Depan

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 338 hits
Setelah berpolemik akhirnya Bakti Olahraga Djarum Foundation memutuskan pamit Mereka memutuskan menghentikan Audisi Umum Beasiswa Bulutangkis yang digelar PB Djarum mulai 2020
Tolak Revisi Uu Kpk Saut Situmorang Singgung Masa Depan Cucu Presiden

Tolak Revisi Uu Kpk Saut Situmorang Singgung Masa Depan Cucu Presiden

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 273 hits
Pimpinan dan Wadah Pegawai KPK menggelar aksi tolak revisi UU KPK yang dinilai hanya untuk melemahkan KPK Wakil Ketua KPK Saut Situmorang menegaskan pihaknya akan melawan segala upaya pelemahan KPK yang tercantum dalam revisi UU KPK yang te...
Nak Anak Cerdik Petah Masa Bawah 18 Bulan Ibu Ayah Rajin Rajinlah Melayan

Nak Anak Cerdik Petah Masa Bawah 18 Bulan Ibu Ayah Rajin Rajinlah Melayan

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 445 hits
Anak boleh jadi cerdik mengikut rangsangan yang diterimanya daripada orang sekeliling Usia 18 bulan ke bawah adalah waktu kritikal pembentukan pemikiran Sekiranya anak boleh mempercayai orang sekeliling proses rangsangan jadi lebih mudah Pe...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut