Sosialisme X Kukuh Boleh Jadi Seperti Kapitalisme Presiden Pas




KL; DAP tidak boleh dianggap ancaman kerana Malaysia adalah negara demokrasi yang membenarkan penubuhan parti politik, demikian kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Pun begitu menurutnya, walaupun DAP beridealogi Sosialisme, namun tidak berapa kukuh hingga seperti menjadi Kapitalisme di mana boleh bertukar menjadi macam-macam pembawaan.Perkara tersebut dinyatakan beliau pada program Bicara Minda Bersama Presiden PAS anjuran Sinar Harian yang dilangsungkan di syarikat media itu di Shah Alam, petang kelmarin."Ancam tak ancam itu, terpulang kepada apa langkah-langkah yang dibuat masa dia memerintah. Kita kena sedar, kita menerima rungutan daripada orang-orang Melayu di Pulau Pinang daripada Kerajaan DAP ini."Kita mengharap supaya mereka dapat menangani orang Islam Pulau Pinang dengan cara yang baik, tak ada diskriminasi sebagaimana kita PAS memerintah di Kelantan, di Terengganu melayan baik orang-orang Cina, Hindu."(Kita) Beri milik tanah umpamanya. Bahkan masa kita memerintah, orang-orang Cina Kampung Baru yang tak dapat milik tanah sejak berpuluh tahun, sejak zaman British, kita bagi milik tanah. Orang India di estet (pun kita) bagi milik tanah."Tak silap saya, pernah Yen Yen bekas Menteri MCA buat kenyataan, dia belajar dapat biasiswa Kerajaan PAS zaman Dato' Asri. Menandakan bagaimana kita tunjuk sikap kita," ujarnya.Beliau mengharap DAP di Pulau Pinang selaku pemerintah mestilah menunjukkan keadilan untuk semua dilaksanakan sebagai kepentingan utama kepada rakyat pelbagai kaum.Menyentuh mengenai idealogi Sosialisme khususnya teori ekonomi katanya, dunia hanya mengenal Liberal Kapitalisme, Sosialisme dan Komunis, sedangkan mereka lupa Islam."Islam ada pendekatan sendiri dalam masalah ekonomi. Kita perlu perkenalkan ekonomi Islam yang bukan Liberal Kapitalisme, bukan Sosialisme. Yang ketara beza Islam ini ialah, ada roh, perhitungan dosa dan pahala."(Islam) tak menyekat kekayaan, dalam masa sama tak bagi monopoli kekayaan itu. Ini diajar oleh Islam. Diwajibkan zakat. Ini memerlukan ceramah yang panjang," ujarnya. - HARAKAHDAILY 14/12/2018

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/12/sosialisme-tidak-kukuh-jadi-seperti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Undian 2 3 Boleh Gugurkan Saya Dari Jawatan Presiden

Hanya Undian 2 3 Boleh Gugurkan Saya Dari Jawatan Presiden

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 560 hits
GEORGE TOWN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hanya ahli parti boleh memaksa beliau meletak jawatan sebagai Presiden UMNO susulan seruan beberapa pemimpin parti memintanya melepaskan semua jawatan Beliau berkata di bawah perlembagaan UM...
Kenyataan Media Presiden Pas Integriti Tabung Haji

Kenyataan Media Presiden Pas Integriti Tabung Haji

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 413 hits
1 Saya mengikuti pendedahan terbaru ke atas pihak Tabung Haji melibatkan aspek pengurusan kewangan pelaburan dan tadbir urus yang dipertikaikan 2 PAS memandang serius terhadap tuduhan yang berlaku di dalam institusi kewangan terbesar umat I...
Bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden Pas 8882

Bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden Pas 8882

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 488 hits
Raggie Jessy pada Seminit yang laluTHE THIRD FORCE A Ahli ahli Parlimen 1 YB Datuk Azizah Mohd Dun 2 YB Datuk Seri Ronald Kiandee 3 YB RZ pada 2 minit yang laluSHAH ALAM 4 Rabiulakhir 1440H Rabu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meny...
Pas Tak Boleh Biar Bersatu Kuat Macam Umno Dulu

Pas Tak Boleh Biar Bersatu Kuat Macam Umno Dulu

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 418 hits
Diterbitkan 16 Dis 2018 10 10 pagiSeorang pemimpin PAS Terengganu menyeru anggota parti itu mengetepikan sentimen lama terhadap Umno dalam usaha menarik ahli parti terbabit menyertai mereka Setiausaha PAS Terengganu Muhyiddin Abd Rashid ber...
Kenyataan Media Presiden Pas Pembangunan Bandar Bermasyarakat Madani

Kenyataan Media Presiden Pas Pembangunan Bandar Bermasyarakat Madani

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 362 hits
Kenyataan Media Presiden PASPEMBANGUNAN BANDAR BERMASYARAKAT MADANI1 Saya tertarik dengan kenyataan YAB Perdana Menteri bahawa Pilihan Raya Kerajaan Tempatan tidak akan dilaksanakan di Malaysia kerana ia boleh mengundang konflik antara kaum...
Transkrip Pidato Presiden Pas Yb Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Di Himpunanrakyatbantahicerd

Transkrip Pidato Presiden Pas Yb Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Di Himpunanrakyatbantahicerd

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 528 hits
Transkrip Pidato Presiden PAS YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi AwangHimpunan Bantah ICERDAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhAlhamdulillah allazi allafabaina qulubina waaslaha tabainana faasbahna ikhwana mutahabinSegala puji bagi All...
Jauhi 4 Cara Tidur Seperti Ini Kerana Boleh Menyebabkan Punca Berat Badan Naik

Jauhi 4 Cara Tidur Seperti Ini Kerana Boleh Menyebabkan Punca Berat Badan Naik

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 438 hits
Informasi By rencah7 Ramai antara kita yang merasa pelik mereka jaga makan tetapi berat badan mereka naik tahukah anda bahawa selain menjaga makan tidur juga mempengaruhi kenaikian berat badan jika tidak dijaga Biasanya waktu tidur normal s...
Presiden Pas Nafi Pergolakan Di Terengganu

Presiden Pas Nafi Pergolakan Di Terengganu

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 431 hits
Presiden PAS Nafi Pergolakan Di Terengganu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan berlakunya krisis dalaman parti antara beliau dan Menteri Besar Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar hingga wujudnya dua kumpulan dalam PAS Terengganu sepert...
Signal Awal Rakyat Kepada Ph Naib Presiden Pas

Signal Awal Rakyat Kepada Ph Naib Presiden Pas

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 437 hits
KUALA LUMPUR Penjajah Inggeris tahu hati budi orang Melayu menyebabkan mereka dapat memerintah lama berbanding Komunis yang sempat bertahan hanya 12 hari sahaja Tangan amoi ke Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad berkata kerana itu Inggeris ...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Bella Astilah Akhirnya Kamu Chord

Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas