Sop Terlalu Ketat Mesyuarat Parti Diserbu Cegah Covid Atau Anti Demokrasi



Penguatkuasaan Prosedur Operasi Piawai (SOP) berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dilihat terlalu ketat sehingga tidak relevan dalam situasi semasa.
Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, Melaka telah memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara dan amat tidak wajar halangan yang ketat diperlakukan kepada petugas kempen Pakatan Harapan (PH).
“Persoalannya mengapa sesetengah parti seperti dikenakan satu SOP lebih ketat berbanding parti lain?
“Kami mengumpulkan beberapa kejadian contohnya anggota parti tidak dibenar memakai baju parti terutama pada ketika pergi rumah ke rumah edar risalah, atau bila mereka pergi ke kedai untuk makan tengah hari. Bukan kerja parti, hanya duduk makan tetapi disergah dan diarah buka lencana. Adakah ini adil? Ini pilihan raya atau apa?
“SOP ini tidak masuk akal kerana mereka yang menetapkan SOP hanya berada di meja mesyuarat. Saya minta pihak Majlis Keselamatan Negara turun dan tengok sendiri bagaimana SOP ini berjalan,” katanya.
Tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, terdapat insiden Bilik Gerakan Utama (BGU) yang dipantau hampir setiap jam oleh pasukan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan polis.
“Kita dapat laporan BGU PH di DUN Paya Rumput hampir tiga kali sehari pihak polis datang untuk melihat pemantauan SOP.
“Adakah 3 kali ini dipanjangkan ke bilik-bilik gerakan yang lain? Malah aduan yang kami terima di BGU KEADILAN di Melaka di mana petugas yang berehat diminta MyKad dan seakan-akan disergah.
“Dalam kita masuk Fasa 4 apakah virus yang kita mahu tangani? Adakah virus itu Covid atau demokrasi?” katanya.
Fahmi juga tidak berpuas hati mesyuarat PH dan majlis pelancaran manifesto diserbu oleh pihak KKM dan polis.
Sedangkan, katanya, dalam SOP mesyuarat parti politik dibenarkan.
“Semalam sewaktu Majlis Presiden PH mengadakan satu mesyuarat pari di sebuah hotel di Melaka, kami terkejut tiba-tiba pintu bilik mesyuarat itu dibuka dan beberapa pegawai daripada KKM dan polis cuba menyerbu masuk dan mereka mengambil gambar kami bermesyuarat.
“Ini adalah suatu tindakan yang hanya kita dengar kepada PH. Saya tidak pasti mesyuarat BN atau PN, adakah pihak KKM atau polis berani serbu masuk untuk ambil gambar? Bagi saya ini satu bentuk intimidasi.
“Nasib baik waktu itu tiga wakil PH ke jawatankuasa pencegahan Covid 19, Datuk Seri Saifudin Nasution, Lim Guan Eng dan datuk Salahudin Ayub telah bertemu pegawai tersebut dan memberitahu berdasarkan SOP mesyuarat parti tidak menjadi satu halangan,” katanya
Beliau turut membantah larangan kepada petugas kempen yang tidak dibenarkan bertegur sapa atau memberi ke tangan tuan rumah ketika mengedarkan risalah
Fahmi meminta SOP mengarut tersebut dikaji semula untuk PRN Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke 15 kelak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33462

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sop Violations In Crowded Melaka Race Could Cause More Covid 19 But New Wave Unlikely Experts Say

Sop Violations In Crowded Melaka Race Could Cause More Covid 19 But New Wave Unlikely Experts Say

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 257 hits
Barisan Nasional leaders pose for the camera during launch of the coalition s election machinery for the Melaka state election at the World Trade Centre Kuala Lumpur October 27 2021 Picture by Hari AnggaraKOTA KINABALU Nov 7 The expected ca...
Pengundi Bimbang Sop Longgar Boleh Merebak Covid 19

Pengundi Bimbang Sop Longgar Boleh Merebak Covid 19

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 241 hits
Oleh IBNU JANIE AYER KEROH Penularan wabak Covid 19 dibimbangi menjejaskan jumlah keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri 20 November ini Tinjauan Harakahdaily mendapati ramai penduduk meluah gelisah untuk keluar mengundi dibimbangi berlak...
Covid 19 Tidak Wujud Atau Sikap Penting Diri Kita

Covid 19 Tidak Wujud Atau Sikap Penting Diri Kita

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 165 hits
Assalamualaikum Masih ada lagi stigma bahawa covid 19 tiada dan ia hanyalah agenda kerajaan untuk mengawal manusia Walaupun apapun yang kamu fikirkan sedarlah bahawa covid 19 sudah ada dalam komuniti kita bukan seperti di awal kemunculan co...
Hiburan Kita Memang Patuhi Sop Tapi Benda Ni Susah Nak Dijangka Jurukamera Rosyam Nor Positif Covid 19

Hiburan Kita Memang Patuhi Sop Tapi Benda Ni Susah Nak Dijangka Jurukamera Rosyam Nor Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 281 hits
Pelakon dan penerbit terkenal Datuk Rosyam Nor memaklumkan jurukamera syarikat penerbitan Suhan Movies Trading Sdn Bhd disahkan positif Covid 19 selepas menjalani ujian saringan kesihatan ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementRosyam atau nama leng...
Saya Tak Tahu Kenapa Dia Tindih Saya Kesal Diintai Semasa Mandi Lelaki Tolak Rakannya Dari Tingkat 6 Bilik Hotel

Saya Tak Tahu Kenapa Dia Tindih Saya Kesal Diintai Semasa Mandi Lelaki Tolak Rakannya Dari Tingkat 6 Bilik Hotel

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 642 hits
Saya tak tahu kenapa dia tindih saya Kesal diintai semasa mandi lelaki tolak rakannya dari tingkat 6 bilik hotelPolis menerima panggilan kecemasan dari pihak hotel yang memaklumkan penemuan mayat seorang lelaki berusia 23 tahun di sebuah ho...
Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen Malaysia Isu Jadual Spm Yang Terlalu Ketat

Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen Malaysia Isu Jadual Spm Yang Terlalu Ketat

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 212 hits
Di dalam Mesyuarat kedua JK Pilihan Khas Pendidikan Parlimen pada 18 November 2021 kami telah membincangkan isu isu berikut 1 Emel rasmi JKPKPP untuk mendapatkan maklumbalas awam jkpkpendidikan parlimen gov my2 FB rasmi JKPKPP untuk menyiar...
Individu Tak Ambil Suntikan Vaksin Covid 19 Dikenakan Perintah Berkurung Atau Denda Rm2 378 Kalau Ingkar

Individu Tak Ambil Suntikan Vaksin Covid 19 Dikenakan Perintah Berkurung Atau Denda Rm2 378 Kalau Ingkar

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 249 hits
Individu tak ambil suntikan vaksin Covid 19 dikenakan perintah berkurung atau denda RM2 378 kalau ingkarBermula hari ini Austria mengenakan perintah berkurung terhadap individu yang tidak mengambil suntikan vaksin Covid 19 Langkah itu diamb...
Luhut Ungkap Skenario Cegah Lonjakan Covid 19 Usai Natal Dan Tahun Baru

Luhut Ungkap Skenario Cegah Lonjakan Covid 19 Usai Natal Dan Tahun Baru

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 220 hits
Menurut dia kesuksesan dalam menahan kenaikan kasus Covid19 pada periode Nataru 2021 akan menentukan keberlanjutan pemulihan ekonomi ke depan
Borobudur Marathon Akan Terapkan Sistem Bubble Cegah Penularan Covid 19

Borobudur Marathon Akan Terapkan Sistem Bubble Cegah Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 152 hits
Kompetisi Borobudur Marathon dijadwalkan dilaksanakan pada tanggal 27 sampai 28 November 2021
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya