Sop Prn 12 Sarawak Belum Muktamad


Oleh Mohd Roji Kawi Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, menunjuk tarikh hari mengundi bagi PRN-12 Sarawak selepas Sidang Media Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak Ke-12 di Kuching. - Foto NSTP/NADIM BOKHARI KUCHING: Garis panduan pencegahan COVID-19 bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak akan diumumkan dalam tempoh terdekat selepas ia diteliti dan dimuktamadkan semua pihak berkaitan.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata ketika ini, prosedur operasi standard (SOP) PRN Sarawak sedang dikemas kini oleh Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan tarikh penting PRN-12 Sarawak, di sini, hari ini.
Selain itu, beliau berkata, SPR melaksanakan beberapa penambahbaikan pada PRN-12 Sarawak, yang akan diadakan pada 18 Disember depan.
Ia termasuk memansuhkan syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang dilaksanakan sebelum ini.
"Syarat yang dimansuhkan itu ialah bermastautin di luar negara kecuali di Wilayah Selatan Thailand seperti Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun selain Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia.
"Turut dimansuhkan ialah syarat pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum tarikh pembubaran DUN berkuat kuasa," katanya.
Beliau berkata, SPR turut menyediakan saluran khusus bagi pengundi berusia 60 tahun ke atas di setiap pusat mengundi.
Tempoh masa pengundian turut dipanjangkan selama 30 minit, bermula jam 7.30 pagi hingga 5 petang berbanding jam 8 pagi hingga 5 petang sebelum ini.
Bagi pengundi kalangan orang kelainan upaya (OKU) pula, kemudahan mengundi bagi mereka disediakan di Saluran 1.
"Seramai 13,871 pengundi OKU dikenal pasti dan mereka berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.
Sementara itu, katanya, seramai 82 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dilantik bagi memastikan kelancaran proses PRN-12 dan dibantu 249 Penolong Pegawai Pengurus.
"Bagi memantau semua aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR menubuhkan 155 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).
"Pasukan PP-KPR dianggotai oleh wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan dan wakil calon yang bertanding," katanya.
Beliau berkata, seramai 46,565 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRN-12 Sarawak di 1,866 pusat mengundi biasa, yang mengandungi 3,555 tempat mengundi atau saluran dan 85 pusat mengundi awal yang mengandungi sebanyak 111 saluran.
"Keseluruhan pusat mengundi adalah sebanyak 1,951 dengan 3,666 tempat mengundi dan saluran," katanya sambil memaklumkan sebanyak RM150 juta diperuntukkan bagi mengendalikan PRN-12 Sarawak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/sop-prn-12-sarawak-belum-muktamad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sarawak Muhyiddin Tegaskan Bersatu Tetap Bertanding Walaupun Bukan Semua Kerusi

Prn Sarawak Muhyiddin Tegaskan Bersatu Tetap Bertanding Walaupun Bukan Semua Kerusi

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 193 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu tidak akan bertanding di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Pilihan Raya Negeri bulan depan Sebelum ini Setiausaha Agung B...
Prn Sarawak Harga Tiket Kapal Terbang Melambung Tinggi

Prn Sarawak Harga Tiket Kapal Terbang Melambung Tinggi

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 423 hits
Ahli Parlimen Pasir Gudang menyatakan kebimbangannya terhadap perjalanan pilihan raya negeri apabila mungkin ramai pengundi yang berada di luar negeri itu tidak dapat pulang Kata Hassan Abdul Karim mereka termasuk ramai yang berada di Pasir...
Prn Sarawak Mana Sikap Setia Kawan Dap Negeri Keadilan Sarawak

Prn Sarawak Mana Sikap Setia Kawan Dap Negeri Keadilan Sarawak

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 281 hits
Keadilan Sarawak nafi cuba timbulkan isu perebutan kerusi tertentu dalam kalangan rakan Pakatan Harapan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri Ke 12 Sarawak Sebaliknya Majlis Pimpinan Negeri Keadilan menegaskan DAP Sarawak yang enggan
Prn Sarawak Tak Guna Logo Bn Tak Ada Masalah Buat Gps

Prn Sarawak Tak Guna Logo Bn Tak Ada Masalah Buat Gps

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 321 hits
Tiada masalah bagi Gabungan Parti Sarawak untuk tidak lagi menggunakan logo Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Ke 12 Sarawak kali ini Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UNIMAS berkata Dr Arnold
Prn Sarawak Pkr Dakwa Dap Tidak Telus Bincang Agihan Kerusi

Prn Sarawak Pkr Dakwa Dap Tidak Telus Bincang Agihan Kerusi

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 207 hits
PRN Sarawak PKR dakwa DAP tidak telus bincang agihan kerusi PKR Sarawak mendakwa rakan sekutunya DAP Sarawak enggan berunding secara terbuka dan telus sekurang kurangnya membabitkan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri menjelang pilihan raya n...
Prn Sarawak Keadilan Bakal Letak Semua Calon Di Mukah

Prn Sarawak Keadilan Bakal Letak Semua Calon Di Mukah

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 291 hits
KEADILAN dijangka meletakkan calon di DUN Balingian Tellian dan Dalat pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ketua KEADILAN Cabang Mukah Abdul Jalil Bujang berkata ketiga tiga calon telah disenarai pendek berdasarkan prestasi mereka selepas Pilih...
Prn Keadilan Lancar Selda Program Pembangunan Tanah Pertanian Moden Sarawak

Prn Keadilan Lancar Selda Program Pembangunan Tanah Pertanian Moden Sarawak

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 198 hits
KEADILAN Sarawak bakal melancarkan rancangan pembangunan tanah seperti Felda di Semenanjung sekiranya diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri kali ini Menurut Setiausaha KEADILAN Sarawak Joshua Jabeng parti itu menamakan rancangan berkenaan...
Prn Sarawak Dap Minta Pkr Usah Bazir Masa Tenaga Lagi

Prn Sarawak Dap Minta Pkr Usah Bazir Masa Tenaga Lagi

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 242 hits
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jien meminta PKR negeri itu tidak membazir masa dan tenaga membicarakan isu agihan kerusi Pakatan Harapan yang didakwa mereka sebagai tidak sah Sebaliknya Chong berkata lebih baik untuk PKR memberi fokus p...
Prn Sarawak Pas Bertanding Sebab Gps Bukan Komponen Pn Tuan Ibrahim

Prn Sarawak Pas Bertanding Sebab Gps Bukan Komponen Pn Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 279 hits
PRN Sarawak PAS bertanding sebab GPS bukan komponen PN Tuan Ibrahim PAS mengambil keputusan bertanding pilihan raya negeri ke 12 Sarawak selepas mengambil kira Gabungan Parti Sarawak bukan komponen Perikatan Nasional kata Timbalan Presiden ...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan

Umrah Diy Panduan Lengkap Tips Penting