Sop Khas Beri Kelonggaran Di Zon Hijau Dijangka Diumum Minggu Depan



PUTRAJAYA: Kerajaan dijangka mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) khas mengenai kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan pergerakan penduduk di kawasan zon hijau pada minggu depan

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini dalam peringkat akhir bagi membentangkan perkara tersebut

Jelas beliau, pada peringkat awal, kelonggaran PKP tersebut kemungkinan dibuat secara berperingkat dan terhad untuk pergerakan dalam kawasan sahaja

"Contohnya dalam kawasan projek perumahan awam (pangsapuri), jika sepanjang PKP ini semua penduduk didapati tiada gejala, mungkin kita benarkan mereka bawa anak-anak turun dari blok tapi tidak keluar dari kawasan itu

"SOP yang dikeluarkan mungkin akan menentukan giliran blok dan masa yang akan ditetapkan. Ini semua sedang dirangka dan MKN sedang mendapatkan input daripada semua kementerian


"Minggu depan kita boleh muktamadkan input yang dikaji oleh MKN bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kita akan umumkan nanti,” katanya pada sidang media harian, di sini pada Selasa
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengulas mengenai pertimbangan untuk melanjutkan operasi kedai makan sehingga jam 10 malam bagi kemudahan tempahan pelanggan berbuka puasa dan bersahur

Jelasnya, perkara itu mungkin dipertimbangkan dalam SOP baharu membabitkan zon hijau, selain pertimbangan sama boleh dibuat bagi operasi premis pajak gadai

"Setakat ini operasi kedai makan masih kekal dengan SOP lama iaitu sehingga jam 8 malam. Pelanggan perlu buat tempahan lebih awal

"Namun SOP berdasarkan zon akan dipertimbangkan. Jadi mungkin boleh dipertimbangkan untuk zon hijau nanti. Tapi kena tunggu SOP (dibentangkan) MKN nanti

"Ini termasuk juga kedai pajak gadai. Ar-Rahnu jika dalam Bank Rakyat, mungkin kita boleh benarkan dibuka. Tentang kedai pajak lain... belum dibuka tapi kita akan lihat perkara ini dalam SOP zon hijau dikeluarkan nanti,"katanya

Sumber: Astro Awani

from Sehinggit Media https://ift.tt/2WbBsHm
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/sop-khas-beri-kelonggaran-di-zon-hijau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kota Bharu Kini Zon Hijau

Kota Bharu Kini Zon Hijau

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 342 hits
DAERAH Kota Bharu Kelantan yang juga antara kawasan zon merah sebelum ini menjadi kawasan baharu dikategorikan sebagai zon hijau selepas tidak lagi mencatatkan kes aktif Covid 19 setakat 12 tengah hari semalam Ini menjadikan sembilan daripa...
Pancang Bedena Mukim Ke 32 Di Selangor Berstatus Zon Hijau

Pancang Bedena Mukim Ke 32 Di Selangor Berstatus Zon Hijau

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 905 hits
SHAH ALAM 29 APRIL Pancang Bedena di daerah Sabak Bernam yang mencatatkan sifar kes Covid 19 hari ini menjadi mukim terbaharu di Selangor diisytiharkan zon hijau Perkembangan tersebut menjadikan 32 dari 56 mukim di negeri ini berstatus zon ...
77 Kawasan Disahkan Zon Hijau Covid 19 Hanya Tinggal 12 Daerah Dalam Zon Merah

77 Kawasan Disahkan Zon Hijau Covid 19 Hanya Tinggal 12 Daerah Dalam Zon Merah

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 1054 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini telah mengesahkan jumlah kawasan merah Covid 19 telah menurun dan hanya tinggal 9 daerah sahaja yang diklasifikasikan sebagai zon merah Daerah dalam zon merah terus berkurang kepada 12 daerah Zon hija...
Kerajaan Cari Jalan Bantu Pelajar Dari Zon Hijau Balik Ke Zon Merah

Kerajaan Cari Jalan Bantu Pelajar Dari Zon Hijau Balik Ke Zon Merah

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR 28 APRIL Kerajaan masih mengkaji tatacara operasi piawai bagi membantu penuntut institusi pengajian tinggi yang berada di zon hijau pulang ke kampung masing masing di zon merah atau sebaliknya kata Menteri Kanan Datuk Seri Isma...
Covid 19 Penduduk Di Zon Hijau Mula Alpa Dr Noor Hisham

Covid 19 Penduduk Di Zon Hijau Mula Alpa Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 292 hits
Terdahulu Perlis diisytiharkan sebagai kawasan pertama zon hijau selepas tiada jangkitan baharu dikesan selama lebih dua minggu Gambar Sofi RGBPUTRAJAYA Sikap leka dan ambil mudah masyarakat dibimbangi boleh menyebabkan peningkatan kembali ...
Tiga Mukim Di Selangor Kini Zon Hijau Klang Bebas Zon Merah

Tiga Mukim Di Selangor Kini Zon Hijau Klang Bebas Zon Merah

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 2075 hits
SHAH ALAM 27 APRIL Tiga mukim bawah daerah Kuala Selangor mencatatkan sifar kes aktif Covid 19 hari ini sekali gus bertukar dari zon kuning ke hijau Menurut Pasukan Petugas Pencegahan Covid 19 Selangor mukim tersebut ialah Batang Berjuntai ...
Covid 19 Kedah Dan Kelantan Disahkan Sebagai Negeri Zon Hijau

Covid 19 Kedah Dan Kelantan Disahkan Sebagai Negeri Zon Hijau

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 382 hits
Selepas Perlis yang menjadi negeri pertama yang disahkan zon hijau sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kini giliran negeri Kedah dan Kelantan pula diisytihar sebagai zon hijau Covid 19 Kedah dan Kelantan disahkan zon hijau selepa...
Zon Hijau Terus Meningkat Kepada 88 Daerah Hanya 12 Daerah Kes Aktif Zon Merah

Zon Hijau Terus Meningkat Kepada 88 Daerah Hanya 12 Daerah Kes Aktif Zon Merah

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 363 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman Facebook Portal MyHealth mengeluarkan jumlah pecahan kes Covid 19 mengikut negeri dan daerah serta daerah daerah yang ditanda zon merah zon kuning dan zon hijau Daerah daerah yang ditanda sebaga...
Streets Of Rage 4 Akan Dilancarkan Pada Minggu Depan

Streets Of Rage 4 Akan Dilancarkan Pada Minggu Depan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 244 hits
6 Kongsikan Streets of Rage 4 permainan baharu dari siri beat em up terkenal dari Sega akhirnya mendapat tarikh pelancarannya Sekuel ini dibangunkan oleh tiga studio indie DotEmu terkenal dengan mengolahkan permainan klasik ke platform mode...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya