Sop Aidilfitri Belum Umum Sedang Diperhalusi


Kerajaan menafikan dakwaan akan menguatkuasakan larangan rentas daerah bagi suatu tempoh sebelum dan selepas Aidilfitri yang dijangka disambut pada 13 Mei ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Aidilfitri masih belum diumumkan kepada orang ramai.
Katanya, SOP sambutan Aidilfitri itu sebaliknya sedang diperhalusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara.
“Fake, tak betul. Saya belum umumkan SOP Aidilfitri. Saya sudah kata akan umumkan SOP berkenaan sambutan sewaktu Aidilfitri iaitu tentang takbir, solat (sunat) Aidilfitri, aktiviti berkunjung dan ziarah tanah perkuburan.
“Rentas daerah tidak dibenarkan adalah tidak benar sama sekali,” katanya mengulas dakwaan larangan yang akan dikuatkuasakan bagi tempoh lima hari sebelum dan selepas Aidilfitri pada sidang media di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan menyifatkan kompaun bernilai RM50,000 dikenakan kepada peniaga burger yang tular di media sosial sebagai keterlaluan, selain menjelaskan perihal itu bukan di bawah bidang kuasanya.
Sebaliknya, beliau berkata, aktiviti kompaun adalah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala rayuan pula tertakluk kepada Kementerian Kesihatan (KKM), selain kes berkenaan kini dalam siasatan KKM.
“Saman RM50,000 ini keterlaluan sebab sudah pun dibentangkan secara terperinci mengenai jenis kesalahan dan jumlah kompaun dikenakan. Menurut Ordinan Darurat kompaun RM50,000 adalah berkaitan syarikat.
“Walaupun ia di luar bidang kuasa saya, tetapi perkara seperti ini tak sepatutnya berlaku dan hukumannya terlalu tinggi. Bagaimanapun, pesalah masih boleh merayu kompaun kepada KKM,” katanya.
Mengenai kebenaran bekerja dari rumah (BDR), beliau berkata, ia akan dibincangkan bersama pihak berkaitan, khusus bagi membantu mengurangkan beban pasangan yang perlu bekerja tetapi anak mereka terpaksa berada di rumah ekoran arahan penutupan beberapa sekolah.
“Saya percaya kerajaan akan berbincang bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KKM, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan sektor swasta. Sebarang perubahan akan diumumkan nanti,” katanya.
The post SOP Aidilfitri belum umum, sedang diperhalusi appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/sop-aidilfitri-belum-umum-sedang-diperhalusi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Faizal Tahir Umum Akan Rehat Panjang Selepas Aidilfitri

Hiburan Faizal Tahir Umum Akan Rehat Panjang Selepas Aidilfitri

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 274 hits
Faizal Tahir mengumumkan di Instagram bahawa dirinya akan berehat panjang selepas tibanya hari raya Aidilfitri kerana dia berasa burnout yang membawa maksud penat dari segi fizikal dan mental disebabkan oleh tekanan yang tidak henti Penyany...
14 Individu Sedang Berhibur Dikompaun Langgar Sop

14 Individu Sedang Berhibur Dikompaun Langgar Sop

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 292 hits
Oleh NOR AZIHAN BINTI MD GHAZALI Gambar hiasanPETALING JAYA Keseronokan sekumpulan individu yang sedang berhibur di sebuah bilik karaoke yang beroperasi di sebalik kedai makan di Taman OUG Parklane Kuala Lumpur terhenti apabila premis itu d...
Kerajaan Johor Umum Tarikh Cuti Persekolahan Sempena Aidilfitri

Kerajaan Johor Umum Tarikh Cuti Persekolahan Sempena Aidilfitri

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 563 hits
Oleh KHAIRUL MOHD ALI TOSRIN JARVANTHIJOHOR BAHRU Kerajaan negeri menetapkan tarikh cuti persekolahan sempena sambutan perayaan Aidilfitri tahun ini bagi sekolah sekolah di bawah kelolaannya Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam nege...
Sop Sambutan Aidilfitri Yang Tular Palsu Ismail Sabri

Sop Sambutan Aidilfitri Yang Tular Palsu Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 519 hits
Prosedur Operasi Standard mengenai sambutan Aidilfitri yang tular di media sosial hari ini adalah palsu dan tidak benar kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata kerajaan belum mengeluarkan sebarang SOP mengenai peray...
Kkm Cadangkan Rentas Negeri Untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ditangguh Dr Adham Baba

Kkm Cadangkan Rentas Negeri Untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ditangguh Dr Adham Baba

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 470 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mencadangkan rentas negeri untuk sambutan Aidilfitri pada bulan depan ditangguh Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba Selain itu beliau berkata bazar Ramadan juga akan dit...
Tiada Rentas Negeri Aidilfitri Kali Ini

Tiada Rentas Negeri Aidilfitri Kali Ini

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 382 hits
Tiada Rentas Negeri Aidilfitri Kali Ini Larangan perjalanan merentas negeri harus dikekalkan ketika musim perayaan Aidilfitri yang akan datang kerana kadar jangkitan Covid 19 masih tinggi kata pakar kesihatan Bekas timbalan menteri kesihata...
Batal Bazar Ramadan Aidilfitri Kerajaan Kelantan Lemah Buat Keputusan Mengejut Kerja Nak Kencing Saja

Batal Bazar Ramadan Aidilfitri Kerajaan Kelantan Lemah Buat Keputusan Mengejut Kerja Nak Kencing Saja

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 390 hits
Keputusan Kerajaan Negeri Kelantan membatalkan bazar Ramadan dan Aidilfitri dua hari sebelum umat Islam mengerjakan ibadah puasa menimbulkan kemarahan dalam kalangan peniaga di negeri itu Biarpun Kerajaan Negeri telah mengumumkan sedikit pa...
Ibu Belum Mati

Ibu Belum Mati

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 599 hits
Saksikan telefilem Ibu Belum Mati akan ditayangkan pada Sabtu 8 Mei 2021 jam 9 malam di Astro Citra JUDUL IBU BELUM MATIWAKTU SIARAN Sabtu 8 Mei 2021 9 malamSIARAN TV Astro CitraPENGARAH Rashidi IshakPRODUKSI Kl Motion PictureSPELAKON Kamar...
Suka Meluah Di Media Sosial Bagus Ke

The Complete Guide What To Expect From Malaysia S New School Curriculum 2027

Penyondol Tu Cuba Plan Dengan Bekas Suami Untuk Buat Saya Nusyuz Tular Video Viral Wanita Terjah Hari Nikah Bekas Suami

My Comfort Food

Maybank2u Mae Cara Reset Password Kalau Dah Kena Block

Brain Fuel On The Go Why Natural Nootropic Pouches Are The Future Of Energy

Hari Ke 2 Kempen Sabah

Pengumuman Penting Keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tatatertib Fam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


New Waterfront Centre Could Make Penang A Mega Concert Destination Says State Tourism Exco

Lagi Abang Kongsi Terima Hadiah Istimewa Dari Zizan Razak

Wanita Kongsi Cerita Diganggu Di Campsite Buat Ramai Seram Sejuk

Siti Nurhaliza Kj Berpotensi Menang Jika Bertanding Untuk Jawatan Datuk Bandar Kl

Anwar Makes High Stakes Bid To Boost Pkr S Fortunes In Sabah

How Can We Get Rid Of Termites From Our Home