Sombong Diri
Sombong Diriبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua
Sombong diri, seperti juga diri ini bukan manusia sempurna. Cuma aku tahu kawal kesombongan itu di khlayak ramai. Agama ku mendidik diriku agar cuba membuang kesombongan diri itu, kerana apabila kita selalu sombong diri, perbuatan itu akan memakan diri sendiri.
Gambar sekadar hiasan blog..terpamer kata madah - Fikirkan
Di mana-mana kita akan dapat lihat adanya perbuatan sombong diri, seolah dia yang betul, dia yang benar, dia yang bijak dan bagaikan Dunia ini dia yang punya. Pantang melihat ada kesilapan ada kesalahan orang lain, dengan bangga diri dan beraninya dia mencelah dengan suara kasar dan amat menggurisi hati kata-katanya. Sungguh malang nasid diri orang yang selalu SOMBONG DIRI.
Hari ini, Etuza di sombongi oleh seseorang dalam bank. Rasanya Etuza di malukan seketika. Ya Allah, Etuza diuji hari ini. Keadaan berlaku begitu cepat, sesuatu yang tidak di sangka, hanya kerana kesilapan kecil yang sepatutnya tidak perlu dicela dengan suara kasar tidak bertamdun dari orang yang SOMBONG itu. Kasihan orang sombong itu, andainya dia ada hati dan perasaan, dia ada titik ingatan atau memori membayangi kehidupannya hari ini, dia pastu terkenang akan kejadian dia menyombongi diri ini. Lupakan lah, Etuza sedari awal telah memaafkan dia yang sombong itu dan Etuza langsung tidak kenal dia.
Mohon maaf hari ini ada sedikit emosi, hati bukan juga terluka tetapimerasakan benar-benar kasihan apabila ada orang terang-terangan menampakkan kesombongan diri hari ini. Apabila terkenang hari ini ada orang menyombong diri, membuat kan Etuza lain kali berhati-hati. Ingat manusia ini rambut sama hitam tetapi hati itu hakikatnya kita langsung tidak tahu. Maaf kan lah saya wahai orang sombong diri. Semoga diri9mu akan sedar akhirnya perbuatan sombong mu itu hanya memakan diri mu sendiri. Insaflah ya. Salam kemaafan yang ikhlas. Etuza telah memaafkan dirimu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2018/11/sombong-diri.html