Semua Adik Beradik Ayah Hamba Dadah Sampai Mak Larikan Diri Tinggal Keluarga Sebab Tak Tahan
Pergi ke sekolah cuma dengan pakai beg plastik dengan sebatang pen semata-mata. Itulah realiti dilalui oleh seorang pelajar yang terabai kehidupannya dek kerana keluarga yang porak peranda.
Menurut satu perkongsian daripada Yaya Mokhtar dekat Twitter, pelajar tu merupakan anak bongsu dan kini tinggal di asrama. Menyedihkan, ibunya telah larikan diri meninggalkan keluarga disebabkan tidak tahan dengan semua adik beradik serta bapa dia.
Nak tahu kenapa ibu dia tak tahan?
Adik beradik lain semua penagih. Ayah pun. Mak dah lari tinggalkan family sebab tak tahan dengan semua penagih.”
Berbual dgn mak pasal sorang budak ni. Adik beradik lain semua penagih. Ayah pun. Mak dah lari tinggalkan family sb taktahan dgn semua penagih. Yg bongsu, masih selamat. Skrg duduk asrama..
— mommy (@YayaMohktar) November 15, 2018
Kesemua adik beradik pelajar bernama Arif tu termasuklah ayah dia dah jadi ‘hamba’ dadah dan hanya ibu dia yang bekerja tanggung kehidupan mereka sekeluarga sebelum ni.
Kata Yaya, dia tak marah sebaliknya memahami kenapa si ibu buat keputusan untuk pergi meninggalkan keluarga tersebut.
“Kalau kau jadi makcik tu, anak-anak semua penagih, suami pun sama. Kerja siang malam dekat kedai makan, anak beranak semua datang makan free. Hujung bulan gaji dapat RM2 je, kau mampu ke tahan?
“Aku tak salahkan dia kenapa tinggalkan rumah neraka tu.”
Difahamkan, Arif ada beritahu cikgu tentang keadaan family dia dan cikgu tu sangat baik hati berikan dia belanja makan RM5 setiap hari.
Walaupun keluarga porak peranda kerana najis dadah, Arif tetap pergi sekolah dan tidak malu dengan apa yang dia lalui. Tapi, kata Yaya, Arif jadi budak yang suka menyendiri dan kadang kala dia ada pulang ke rumah untuk menjenguk ayah.
Tak ada siapa nak kawan dengan saya makcik, saya orang miskin. Semua taknak kawan.”
Macam tu lah kata Arif bila ditanya oleh mak Yaya yang selalu ambil tahu tentang dia. Dek kerana prihatin dan kesian dengan nasib Arif, mak Yaya ada sedekah pakaian, beg dan baju sekolah milik adiknya dulu.
Acik tak mampu tapi acik akan kenang sampai bila-bila…”
Kini, Arif akan pulang ke rumah ibu dia setiap kali cuti sekolah panjang. Ibunya pulak dikatakan dah dapat kerja baru. Yaya pula akui rasa sebak dan tak dapat bayangkan bagaimana tekanan yang Arif lalui dalam hidup dia disebabkan masalah keluarga macam tu.
Moga adik Arif dijauhkan daripada kemurungan. Moga dia kuat dan membesar jadi anak yang bertanggungjawab…
sumber
The post Semua Adik Beradik & Ayah ‘Hamba’ Dadah Sampai Mak Larikan Diri Tinggal Keluarga Sebab Tak Tahan appeared first on InfoJe.Com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://infoje.com/semua-adik-beradik-ayah-hamba-dadah-sampai-mak-larikan-diri-tinggal-keluarga-sebab-tak-tahan/