Sombong Bongkak Parti Melayu Parti Islam Kononnya



   
Sultan Nazrin Shah menaruh harapan kemelut politik Perak berakhir dengan pelantikan Menteri Besar yang baharu

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini mengingatkan ahli politik di negeri itu yang punca kuasa yang dimiliki mereka adalah bersumberkan Allah, yang memberi kekuatan, perlindungan dan benteng ketahanan

Bagaimanapun, titah baginda, pemimpin yang sombong dan bongkak selepas berada di atas selalunya dalam kerugian dan tidak mendapat restu Allah dalam kehidupannya

Sifat sebenar insan akan terserlah ketika seseorang itu mendapat jawatan dan kuasa, betapa kata tidak lagi dikota atau kata akan bertukar nada – berlainan irama, bersedia mengatakan yang hitam itu putih, dan yang putih itu hitam

“Watak sebenar insan akan terpamer apabila seseorang telah memiliki kekayaan dan harta, lalu lenyapnya budaya kesederhanaan dan merendah diridi sebaliknya menjelma sifat sombong dan gelagat bongkak

“Perubahan sifat dan pertukaran watak lebih cepat berlaku apabila seseorang itu mula dikelilingi orang-orang tamak berkepentingan sendiri, bermuka-muka, membisikkan kata-kata pujian dengan niat tersirat, lalu menyalahgunakan hubungan dengan pemimpin,” titahnya

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pelantikan Menteri Besar Perak yang ke-14 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, hari ini

Sultan Nazrin Shah berkenan menerima pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan dari UMNO, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar yang baharu bagi pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak

Saarani melafazkan angkat sumpah itu pada jam 11.18 pagi

Baginda mengingatkan pemimpin politik, bahawa semakin tinggi kedudukan seseorang, semakin jauh pandangannya dari bumi tempat kakinya pernah berpijak

Justeru, titah baginda, jangan sesekali membenarkan diri leka, terawang-awang dalam awan biru khayalan hingga lupa rumput hijau yang ditinggalkan

“Setelah Allah mengangkat darjat seseorang, amalkan sifat bersyukur kepada Ilahi dengan melakukan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar

“Amalkan budaya berterima kasih kepada insan yang telah membantu membolehkan kejayaan kita, bermula daripada ibu-bapa, kaum keluarga, ustaz di surau, imam di masjid dan guru di sekolah, jiran tetangga, rakan kenalan dan masyarakat sekitar

“Sesungguhnya, kuasa dan jawatan yang dipinjamkan Allah hendaklah diterima sebagai tanggungjawab yang telah diamanahkan, berpandukan peringatan Ilahi melalui ayat 72 Surah Al-Ahzaab,” titah baginda

Sultan Nazrin Shah turut menitahkan, sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) dua tahun lalu, sudah tiga kali istiadat pelantikan Menteri Besar dilakukan, iaitu perkara yang mencatatkan sejarah baharu yang tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal Dewan Negeri sebelum ini

Bagaimanapun, perkara itu bukan sejarah yang mahu dibanggakan kerana ia akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan, bukannya kejayaan

“Kegagalan kepimpinan dalam kalangan ahli-ahli politik mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten untuk membolehkan fikiran dan tenaga ditumpukan mentadbir urus negeri secara terbaik bagi kepentingan rakyat

“Setiap ahli Dewan Negeri dipilih kerana rakyat mempercayai anda. Rakyat meletakkan harapan bahawa anda dapat membantu untuk menambah baik kawasan tempat tinggal mereka, menyediakan pelbagai keperluan dan perkhidmatan, meningkatkan taraf ekonomi mereka, serta memenuhi sebanyak mungkin keperluan sosial mereka

“Rakyat dalam semua kawasan Dewan Negeri, sama ada diwakili ADUN PN atau PH, sama ada orang Melayu, Masyarakat Orang Asli, Cina dan India, begitu juga penganut Islam, Kristian, Hindu dan Buddha serta yang berpegang kepada pelbagai kepercayaan, mempunyai keperluan sama, menanggung penderitaan sama, memiliki harapan sama dan menagih perhatian sama,” titahnya

Titah baginda, semua itu adalah makhluk ciptaan Ilahi dan rakyat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, yang mahukan sebuah negeri aman makmur, dengan pemerintahan melaksanakan keadilan dan membina kerukunan agar rakyat hidup dalam semangat saling menghormati penuh harmoni

Rakyat jelata, titah sultan lagi, terutama dalam kalangan berpendapatan rendah dan miskin, semakin ramai kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat pandemik Covid-19, jangan dijadikan kancil yang mati tersepit kerana gajah yang tidak berhenti-henti beradu

“Doa rakyat yang merasakan diri mereka teraniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan Allah, janganlah rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi dendam dan pemikiran politik yang jumud

“Tanggungjawab dan amanah tidak harus sama sekali dipandang ringan atau diringankan. Jadikanlah panduan peringatan Allah yang terkandung dalam ayat 72 Surah Al-Ahzaab

“Amanah diserahkan akan dinilai Allah pada hari kebangkitan di Mahkamah Rabbuljalil, ketika lidah manusia sudah tidak boleh berdolak-dalik, ketika insan tidak akan ada peguam bela, melainkan amal makruf yang sempat dilakukan semasa hayat di dunia,” titahnya

Baginda berharap, setiap rakyat negeri itu, dari Sultan yang bertakhta di singgahsana pemerintahan hingga kepada rakyat jelata di serata negeri, dilimpahi Nur Ilahi, menyinarkan panduan ketika memenuhi amanah. 
– MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/12/sombong-bongkak-parti-melayu-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukti Bersatu Parti Berbilang Kaum Bangsa Keahlian Di Buka Kepada Bukan Islam Melayu

Bukti Bersatu Parti Berbilang Kaum Bangsa Keahlian Di Buka Kepada Bukan Islam Melayu

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 313 hits
KUANTAN Keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan dibuka kepada bukan Islam Ia bagi membuktikan parti itu bersifat berbilang bangsa dan kaum Setiausaha Bersatu Negeri Pahang Datuk Saifuddin Abdullah berkata ia selaras dengan Perlembagaan...
Pegang Jawatan Bukan Bukti Kerajaan Melayu Islam

Pegang Jawatan Bukan Bukti Kerajaan Melayu Islam

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 245 hits
Sementara itu Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Dr Mujahid membanding pengurangan ketara peruntukan untuk sekolah agama dan tahfiz Kata Mujahid PAKATAN HARAPAN memperuntukkan RM75 juta untuk tahun 2019 dan RM100 juta pada tahun 2020 bag...
Parti Agama Bukan Berjuang Untuk Jawatan Melainkan Dakwah Dan Islam

Parti Agama Bukan Berjuang Untuk Jawatan Melainkan Dakwah Dan Islam

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 328 hits
Cerita politik sikit pagi ini Hamdan Taha 1 Isu Exco Perak dari parti yang ahlinya para ustaz ulama dan ilmuan Apabila lima lantikan yang hanya ada empat dari umno dan satu dari bersatu kemana dari parti Pas Maka pesuruhan jaya nya pun buat...
Penyatuan Parti Melayu Satu Kebangkitan Semula Annuar

Penyatuan Parti Melayu Satu Kebangkitan Semula Annuar

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 286 hits
KUALA LUMPUR Penyatuan ummah dan semangat muafakat nasional telah menjadi satu rennaisance atau kebangkitan semula kepemimpinan dan parti orang Melayu Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata perpaduan Melayu dan penyat...
30 Nov 2020 Parti Pn Mendahului Ph Dan Bn Di 165 Di Semenanjung Tanah Melayu

30 Nov 2020 Parti Pn Mendahului Ph Dan Bn Di 165 Di Semenanjung Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 501 hits
BERPANDUKAN KEPUTUSAN PRU 14DANSITUASI YANG BERLAKU SEKARANGKOMPONEN PARTI PN MENDAHULUIA LATAR BELAKANG Di Semenanjung Tanah Melayu Parti Perikatan Nasional dianggotai oleh PAS dan BERSATU serta disekutui oleh GERAKAN dan IKATAN Sementara ...
Adun Umno Bersekongkol Dengan Adun Dap Jatuhkan Mb Melayu Islam

Adun Umno Bersekongkol Dengan Adun Dap Jatuhkan Mb Melayu Islam

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 223 hits
DINAMIKA POLITIK DI PERAK TAK MUSTAHIL DIPANJANGKAN KE PARLIMEN1 Hari ini DUN Perak telah melakukan undi percaya terhadap Menteri Besarnya dan keputusan tolak 48 berbanding terima 10 telah diputuskan Ini bermakna DS MB atau dikenali sebagai...
6126 Melayu Islam Sendiri Penentu Kejayaan Bmf Malakat Tribune 03 12 2020

6126 Melayu Islam Sendiri Penentu Kejayaan Bmf Malakat Tribune 03 12 2020

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 223 hits
CYBERJAYA Kempen pengguna mengutamakan produk keluaran muslim tidak pernah mati dan akan terus kuat jika mendapat sokongan jitu Melayu Islam sendiri Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata kempen BMF memba...
Umno Ialah Parti Dominan Melayu Misi Kuasai Kembali Kerajaan Dengan Kerjasama Parti Pas

Umno Ialah Parti Dominan Melayu Misi Kuasai Kembali Kerajaan Dengan Kerjasama Parti Pas

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan UMNO adalah parti Melayu yang dominan semenjak merdeka malah bukan sahaja dominan sebagai parti Melayu tetapi juga parti dominan dalam Barisan Nasional Namun tegasn...
Dakwaan Tak Perlu Parti Melayu Dominan Tak Faham Hakikat Politik Khaled Jawab Saifuddin

Dakwaan Tak Perlu Parti Melayu Dominan Tak Faham Hakikat Politik Khaled Jawab Saifuddin

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 217 hits
December 1 2020 12 27 PMPETALING JAYA Mereka yang mendakwa tidak perlu ada parti Melayu dominan gagal memahami hakikat politik nasional tidak sensitif dan malas berusaha untuk mengangkat orang Melayu kata Naib Presiden UMNO Khaled Nordin Da...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya