Covid 19 9 Kes Baharu Dikesan Di Kelantan Pahang Johor Perak Dan Sabah


Sebanyak sembilan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan 158 kes positif dilaporkan setakat ini, ketika Malaysia sudah memasuki gelombang kedua wabak itu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setakat ini kes positif COVID-19 dikesan di Sabah, Pahang, Johor, Perak dan Kelantan.
Beliau berkata, seramai enam individu yang sebelum ini disahkan positif sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih adalah 32 individu.
“Dari sembilan kes, satu dikaitkan dengan kluster pertama iaitu dikaitkan dengan kes 26 dan kes 33, dan selebihnya pesakit dalam siasatan (PUI) dan dikaitkan dengan kes 131 (kluster kedua),” katanya kepada pemberita hari ini.
Ketika ini, terdapat tiga kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi yang memerlukan bantuan alat pernafasan dan mereka dalam keadaan stabil.
Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, Malaysia belum lagi mengalami kes sporadik susulan kluster kedua membabitkan kira-kira 5,000 peserta Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.
Katanya, ia berikutan individu terbabit boleh dikesan, manakala pihaknya sudah memaklumkan kepada yang terbabit untuk menghubungi Kementerian Kesihatan (KKM) supaya menjalani saringan.
“Ini kumpulan besar jadi kita sudah mengenal pasti mereka.
“Mereka sudah balik ke negeri asal masing-masing dan kita sudah mempunyai laporan dari beberapa negeri. Jadi kita sedang dapatkan maklumat, selepas itu barulah kita akan buat analisis dan mengesahkan berapa ramai dikaitkan dengan perhimpunan itu,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata, KKM bersedia untuk mendedahkan jumlah kes positif COVID-19 mengikut negeri dengan kebanyakan kes gelombang kedua bertumpu di sekitar Lembah Klang.
Bagaimanapun, beliau berkata, analisis perlu dilakukan terlebih dahulu.
Terdahulu, pada sidang media, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata, orang awam yang terbabit dengan perhimpunan di Masjid Seri Petaling itu perlu bekerjasama dan mematuhi nasihat KKM demi memastikan tiada penularan jangkitan COVID-19 dalam masyarakat umum.
“KKM juga telah memaklumkan mengenai jangkitan COVID-19 kepada International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) negara-negara yang rakyatnya menghadiri majlis ini,” katanya
Ditanya mengenai status acara bertaraf antarabangsa, Mohd Redzuan berkata, ia akan dikaji semula, manakala penganjuran yang sudah dijadualkan seperti Sidang APEC 2020 pada November nanti akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri sama ada boleh atau sebaliknya diteruskan.
Katanya, perhimpunan awam melebihi 250 orang akan dikekang dan ada peruntukan tertentu yang akan digunakan untuk memastikan semua mematuhi apa saja perintah yang dikeluarkan.
Ditanya sama ada kesan COVID-19 yang kini sudah diisytihar sebagai pendemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut dibincangkan dalam mesyuarat Mesyuarat Jawatankuasa Kerja COVID-19 yang dipengerusikannya petang tadi, Mohd Redzuan berkata, kerajaan akan memastikan apa saja impak akan dimasukkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi.
“Yang pastinya kita akan kenal pasti sektor tertentu yang mengalami kesukaran serius,” katanya.
The post COVID-19: 9 kes baharu dikesan di Kelantan, Pahang, Johor, Perak dan Sabah appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/covid-19-9-kes-baharu-dikesan-di-kelantan-pahang-johor-perak-dan-sabah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 39 Kes Baharu Dikesan

Covid 19 39 Kes Baharu Dikesan

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 185 hits
SEBANYAK 39 kes baharu jangkitan Covid 19 dilaporkan setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 197 kes positif dilaporkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 39 kes baharu ini sebanyak 38 kes ...
Kes Positif Covid 19 Kedua Dikesan Di Papar Sabah

Kes Positif Covid 19 Kedua Dikesan Di Papar Sabah

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 349 hits
Lelaki berusia 42 tahun yang tinggal di Benoni di sini yang dipercayai telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur dari 27 Feb hingga 1 Mac telah didapati positif untuk Covid 19 virus Kes COVID 19 Kedua Dikes...
Covid 19 Dua Wanita Warganegara Asing Pulih Satu Kes Baharu Dikesan

Covid 19 Dua Wanita Warganegara Asing Pulih Satu Kes Baharu Dikesan

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR 27 FEB Dua wanita warganegara asing masing masing seorang rakyat China dan Amerika Syarikat yang disahkan positif Covid 19 pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar daripada wad hari ini menjadikan jumlah kumulatif yang pulih sehi...
Covid 19 Mesir Mengesahkan 33 Kes Baharu

Covid 19 Mesir Mengesahkan 33 Kes Baharu

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 382 hits
KAHERAH Mesir mengesahkan 33 kes baharu wabak coronavirus semalam membabitkan sebuah kapal persiaran Sungai Nil Menteri Kesihatan Hala Zayed memberitahu wartawan kesemua kes baharu itu tidak menunjukkan sebarang simptom virus Daripada 12 ke...
190 Kes Baharu Covid 19 Majoriti Punca Ijtimak Tabligh

190 Kes Baharu Covid 19 Majoriti Punca Ijtimak Tabligh

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 190 kes baharu positif jangkitan coronavirus COVID 19 dicatatkan setakat jam 12 tengah hari tadi kebanyakannya berkait ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling menjadikan jumlah kes positif wabak itu kepada 428 kes Berda...
Covid 19 47 Kes Baharu Dilaporkan Di Singapura

Covid 19 47 Kes Baharu Dilaporkan Di Singapura

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 440 hits
SINGAPURA 18 Mac Kementerian Kesihatan Singapura hari ini melaporkan 47 kes positif baharu COVID 19 di republik itu menjadikan jumlah keseluruhan 313 kes Daripada 313 kes keseluruhan itu 33 adalah kes dari luar melibatkan 30 penduduk Singap...
Covid 19 Singapura Catat 12 Kes Baharu Lapan Kes Import

Covid 19 Singapura Catat 12 Kes Baharu Lapan Kes Import

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 302 hits
SINGAPURA 12 MAC Kementerian Kesihatan Singapura pada Rabu melaporkan 12 lagi jangkitan virus Covid 19 dengan lapan daripadanya adalah kes import Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu setakat ini ialah 178 Menurut kenyataan ...
Covid 19 Thailand Sahkan Lima Kes Baharu Jadikan Keseluruhan 75 Kes

Covid 19 Thailand Sahkan Lima Kes Baharu Jadikan Keseluruhan 75 Kes

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 287 hits
Bangkok Thailand hari ini mencatatkan lima lagi kes COVId 19 yang disahkan kesemuanya berkaitan kepada berkongsi minuman dan rokok dalam dua kluster menjadikan keseluruhan kes yang disahkan di negara itu meningkat kepada 75 kes Setiausaha T...
Kes Positif Covid 19 Di Sabah Meningkat Kepada 82

Kes Positif Covid 19 Di Sabah Meningkat Kepada 82

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 752 hits
Kes tertinggi berlaku di Lahad Datu dengan 23 kes dan diikuti Tawau dengan 16 kes COVID 19 Kes positif di Sabah meningkat kepada 82 Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 25 kes menjadikan jumlah yang dijangkiti di negeri itu setakat ini 82...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu