Sajat Ditahan Imigresen Thailand Miliki Kad Unhcr


 
Ketika serbuan imigresen Thailand, Sajat ditahan di kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki warga Thailand yang juga berperwatakan wanita. (Gambar Instagram)PETALING JAYA: Selepas sekian lama “menghilangkan diri”, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 Sept lalu ketika berlindung di sebuah kondominium mewah di Bangkok.
Menurut laporan Harian Metro yang memetik sumber berkata, ketika serbuan imigresen Thailand, Sajat ditahan di kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki warga Thailand yang juga berperwatakan wanita.
Mengikut sumber, usaha mengesan Sajat dilakukan Jabatan Imigresen Thailand selepas mendapat maklumat polis Malaysia dan pada 4 Jun lalu, pihak imigresen Thailand mengesan lokasi persembunyian Sajat, iaitu di sebuah kondominium mewah di tengah Bangkok.
“Selepas risikan dan intipan dilakukan, pada 8 September sekitar jam 6 petang (waktu Thailand) serbuan dilakukan di lokasi persembunyiannya. Hasilnya, Sajat ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia. Malah, pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia,” katanya.
Sajat kemudian dikatakan dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara itu.
Sumber memberitahu Sajat hanya menunjukkan salinan pasportnya kepada pegawai penyiasat melalui telefon bimbitnya ketika ditahan.
“Semakan imigresen Thailand mendapati pasport Sajat dibatalkan kerajaan Malaysia. Dia (Sajat) kemudian menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan memaklumkan dia seorang pelarian.
“Hasil soal siasat dilakukan pegawai imigresen Thailand, Nur Sajat memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia,” katanya yang menambah Sajat memperoleh kad UNHCR dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok.
Mengikut laporan itu, Sajat didakwa di mahkamah Thailand pada 9 September atas kesalahan itu, bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan USD2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.
“Wang itu dibayar oleh seorang kenalannya dikenali sebagai Misha yang dilaporkan terbang ke Thailand untuk urusan jaminan Nur Sajat,” katanya yang turut menambah Sajat masih berlindung di kondominium mewah di tengah ibu kota Bangkok itu.
Tambahnya lagi, meskipun dibebaskan dengan jaminan, Sajat diarahkan hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari.
Sumber itu turut memaklumkan bahawa pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Nur Sajat ke negara ini. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/09/sajat-ditahan-imigresen-thailand-miliki.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Dedah Salinan Kad Unhcr Sajat

Polis Dedah Salinan Kad Unhcr Sajat

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 262 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis mendedah dan mengedarkan salinan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu Bagi Pelarian milik usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat Pen...
Walaupun Sajat Ditangkap Imigresen Thailand Sukar Nak Bawak Balik Malaysia Dedah Sumber

Walaupun Sajat Ditangkap Imigresen Thailand Sukar Nak Bawak Balik Malaysia Dedah Sumber

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 299 hits
September 21 2021 Usahawan kosmetik Nur Sajat dilaporkan ditahan oleh imigresen Thailand pada 8 September lalu Penahanan itu dikatakan dibuat selepas Thailand mendapat maklumat daripada pihak berkuasa Malaysia berkaitan keberadaan Sajat di ...
Selepas Ditahan Di Thailand Timbul Dakwaan Sajat Sebenarnya Lari Daripada Hutang

Selepas Ditahan Di Thailand Timbul Dakwaan Sajat Sebenarnya Lari Daripada Hutang

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 302 hits
Lebih 5 bulan menghilang tanpa dikesan pihak berkuasa semalam pihak polis mengumumkan bahawa Sajat telah ditahan pihak imigresen Thailand Lantaran itu pihak Polis DiRaja Malaysia dalam satu kenyataan mengatakan dalam sesi rundingan dengan k...
Kenapa Kad Pelarian Unhcr Nur Sajat Boleh Siap Cepat Sangat

Kenapa Kad Pelarian Unhcr Nur Sajat Boleh Siap Cepat Sangat

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 367 hits
Kenapa kad pelarian UNHCR Nur Sajat boleh siap cepat sangat Ibu Pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian di sini enggan mendedahkan status sebenar usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih d...
Imigresen Thailand Sudah T4ngkap Sajat Tapi Rundingan Bawa Balik Sukar

Imigresen Thailand Sudah T4ngkap Sajat Tapi Rundingan Bawa Balik Sukar

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 287 hits
Usahawan kosmetik Nur Sajat dilaporkan ditahan oleh imigresen Thailand pada 8 September lalu
Tudia Kecoh Dakwaan Sajat Lolos Ke Thailand Guna Kereta Api Ini Jawab Ktmb

Tudia Kecoh Dakwaan Sajat Lolos Ke Thailand Guna Kereta Api Ini Jawab Ktmb

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 349 hits
Kecoh dakwaan Sajat lolos ke Thailand guna kereta api ini jawab KTMBNur Sajat ditahan di Thailand kerana memiliki pasport yang tidak sah KECOH dakwaan mengenai usahawan kosmetik Nur Sajat meloloskan diri ke Thailand menggunakan gerabak kere...
Sajat Sudah Ditahan Ini Lokasi Ketika Di Tahan Bukan P0lis Malaysia

Sajat Sudah Ditahan Ini Lokasi Ketika Di Tahan Bukan P0lis Malaysia

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 544 hits
Kuala Lumpur Misteri kehilangan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu
Sajat Lolos Ke Thailand Sembunyi Dalam Kontena Kereta Api

Sajat Lolos Ke Thailand Sembunyi Dalam Kontena Kereta Api

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 374 hits
AGENDA DAILY Sajat dikatakan bersembunyi di dalam kontena kereta api barang ketika memasuki Thailand dari Padang Besar Perlis sebelum bertolak ke Bangkok Usahawan kosmetik dalam buruan pihak berkuasa Malaysia Muhammad Sajad Kamarul Zaman at...
Kronologi Cara Sajat Lolos Ke Thailand Pakai Purdah Siap Naik Gerabak Keretapi Barang

Kronologi Cara Sajat Lolos Ke Thailand Pakai Purdah Siap Naik Gerabak Keretapi Barang

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 377 hits
Kini sudah diketahui lokasi Nur Sajat atau Muhammad Sajjad yang ditahan di sebuah condominium di Bangkok Ramai yang tertanya macam mana Sajat boleh loloskan diri ke negara jiran Maklumlah Sajat seorang yang ama dikenali ramai Melalui lapora...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik