Solidariti Ke Atas Rafizi Sprm Milikki Semua Dokumen Bila Pendakwaan Akan Dilakukan




 Siasatan ke atas Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli berhubung skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) sehingga telefon bimbit beliau dirampas tidak sepatutnya berakhir di situ.

Menurut mantan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan mantan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Ching Tong, pihak berkuasa seharusnya menyiasat lebih jauh dalam kes terbabit, termasuk ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Latiff Ahmad sebagaimana didedahkan Rafizi penglibatan beliau dalam skandal LCS.

"Kami menyatakan solidariti bersama Rafizi Ramli yang telah disiasat oleh polis

"Siasatan polis adalah berkenaan butiran yang dibongkar oleh Rafizi daripada bahagian yang dipadamkan dalam Laporan Pengauditan Forensik skandal LCS.

"Sepatutnya laporan yang telah dinyahklasifikasikan harus disiarkan secara lengkap tanpa mana-mana maklumat atau bahagian yang dipadamkan.

"Hal yang seharusnya disiasat oleh polis bukannya Rafizi, tetapi mereka yang terlibat melakukan jenayah rasuah," kata mereka dalam kenyataan bersama.

Menurut kedua dua tokoh Pakatan Harapan itu, Dr Latiff dan Zainab telah dinamakan dalam Laporan Pengauditan Forensik dan mereka seharusnya dipanggil untuk membantu siasatan skandal RM 9 bilion.

Mohamad dan Chin Tong bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC) bahawa Jemaah Menteri perlu mengarahkan pengauditan forensik selanjutnya dilaksana oleh BHIC ke atas Projek LCS bagi melengkapkan segala transaksi dan aktiviti berkenaan dengan pelaksanaan projek dari tahun 2015 sehingga kini

Begitu juga, memandangkan timbulnya isu penggunaan wang peruntukan LCS untuk pembayaran hutang lapuk New Generation Patrol Vessel (NGPV) oleh BNS, Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan Dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) Berkenaan dengan 6 buah Patrol Vessel (NGPV), Integrated Logistik Support dan Commercial Package Programme oleh TLDM, kata mereka, harus dinyahklasifikasikan sama.

Selain itu, mereka mempersoalkan mengapakah pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) begitu lembab untuk mengesyorkan pendakwaan kepada Peguam Negara terhadap pihak pihak yang terlibat dalam skandal LCS.

"Sejak Laporan PAC berkenaan Projek LCS diumumkan pada 4 Ogos, disusul dengan nyahklasifikasi dua laporan yang berkaitan, SPRM seharusnya telah mempunyai maklumat dan bukti untuk menjalankan siasatan, tangkapan dan pendakwaan terhadap individu-individu yang terlibat.

"Sebenarnya SPRM menghantar wakil ke semua prosiding PAC. SPRM juga menerima semua laporan JKSTUPKK semasa laporan-laporan ini dibentangkan dan Laporan Pengauditan Forensik berkenaan Projek LCS," kata mereka lagi.

Mereka juga mendedahkan laporan JKSTUPKK berkenaan Projek LCS dan Projek NGPV yang dibentang kepada Kementerian Pertahanan pada Ogos 2019 juga telah dipanjangkan kepada SPRM dengan serta merta.

Oleh itu tiada sebab mengapa pendakwaan sukar dijalankan. Mohamad dan Chin Tong berharap siasatan ke atas skandal LCS seterusnya dijalankan dengan segera dan secara telus.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/solidariti-ke-atas-rafizi-sprm-milikki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beranikah Najib Saman Sprm Rakaman Dilakukan Semasa Era Dia Berkuasa

Beranikah Najib Saman Sprm Rakaman Dilakukan Semasa Era Dia Berkuasa

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 134 hits
Siapakah yang merakam dan atas arahan siapa Apakah atas arahan orang itu balik dan terkena kepada dirinya Bukankah Kita Pernah Ada Pengarah Risik Wanita yang menulis Surat kepada Amerika minta nyawa Ia sama seperti seorang Pegawai Kerajaan ...
Najib Bertanggungjawab Atas Semua Transaksi Akaunnya Pengurus Bank

Najib Bertanggungjawab Atas Semua Transaksi Akaunnya Pengurus Bank

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 175 hits
malaysiakini comSeorang pengurus cawangan bank memberi keterangan bahawa Najib Razak memberi kuasa kepada pemegang mandat Nik Faisal Ariff Kamil untuk membuat pindahan jutaan ringgit antara 2011 dan 2013 R Uma Devi yang menguruskan cawangan...
Azam Baki Gagal Bertindak Skandal Lcs Eloklah Berundur Segera Dari Sprm

Azam Baki Gagal Bertindak Skandal Lcs Eloklah Berundur Segera Dari Sprm

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 148 hits
MOHD ALI HASHIMKalau tidak dapat jelaskan mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak ambil tindakan terhadap sesiapa pun dalam isu skandal Kapal Tempur Pesisir lebih baik Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berundur dan melepas...
Simpati Kepada Daddy Tahniah Kepada Saudara Bahri Dan Pasukan Sprm Serta Mahkamah

Simpati Kepada Daddy Tahniah Kepada Saudara Bahri Dan Pasukan Sprm Serta Mahkamah

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 153 hits
Penulis berasa simpati kepada keluarga Bossku Datuk Seri Najib Razak atau daddy kerana terpaksa merengkok dalam penjara setelah ketiga tiga mahkamah utama negara tanpa sedikit khilaf mensabitkan hukuman penjara ke atas Daddy Namun simpati p...
Skandal Lcs Mengapa Sprm Masih Belum Bertindak Kit Siang

Skandal Lcs Mengapa Sprm Masih Belum Bertindak Kit Siang

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 178 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 25 2022 4 02 PMVeteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak bertindak terhadap mana mana individu dalam skandal kapal tempur pesisir walaupun bukti telah dikemu...
Simpati Najib Rosmah Kena Denda Tinggi Najib Tpm Ketika Akta Sprm Diluluskan

Simpati Najib Rosmah Kena Denda Tinggi Najib Tpm Ketika Akta Sprm Diluluskan

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 184 hits
Rakyat atau penyokong Umno yang simpati berlebihan terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah dikenakan denda amat tinggi selepas didapati bersalah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia seharusnya membuat...
Pkr Buat Laporan Sprm Terhadap Latiff

Pkr Buat Laporan Sprm Terhadap Latiff

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 164 hits
FMT ReportersPETALING JAYA PKR akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Latiff Ahmad yang didakwa terlibat dalam isu skandal kapal tempur pesisir esok Pengerus...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos