Nikah Guna Sindiket Tak Diiktiraf Majlis Agama Islam Thailand


Mohd Zaini Samsu Hadi Bangunan Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Pattani di Thailand. foto HAZROL ZAINAL  PATTANI – Majlis agama Islam di tiga wilayah di selatan Thailand di sini tidak mengiktiraf pernikahan rakyat Malaysia yang dilangsungkan di sempadan Sungai Golok dan Sadao mengikut saluran yang dilakukan oleh satu sindiket.

Malah, pihak berkuasa agama itu juga tidak mengeluarkan sebarang sijil dan surat pengesahan perkahwinan kepada pasangan yang bernikah menggunakan saluran itu, kata Setiausaha Majlis Agama Islam Pattani, Salahuddin Yusuf.

Beliau berkata, pasangan yang menggunakan khidmat sindiket akan dikenakan bayaran menjangkau 30,000 Baht (RM4,055) dan mereka tetap berdepan dengan pelbagai masalah selepas pernikahan selamat dilangsungkan.

“Mereka yang bernikah melalui sindiket itu akan mengalami masalah sama ada di negara ini mahupun selepas pulang ke Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Perkahwinan di luar sempadan sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia terutama di Selatan Thailand khususnya Pattani, Narathiwat, Golok dan Satun terutamanya bagi lelaki yang mahu berpoligami.

Keadaan itu didorong oleh dua kemungkinan iaitu kerana mahkamah tidak memberi izin untuk berpoligami ataupun ingin merahsiakan perkahwinan daripada pengetahuan isteri pertama atau pun kedua-dua sekali.

Bagaimanapun, mereka yang memilih jalan itu ada yang tidak bernasib baik apabila berdepan masalah pengiktirafan sijil pernikahan daripada pihak berkuasa agama di Malaysia sehingga ada dalam kalangan mereka mengalami kesukaran di kemudian melibatkan masa depan anak-anak.

Tanpa sijil nikah, jika mereka dikurniakan anak, mereka tidak dapat mendaftar kelahiran anak di bawah kategori anak sah nikah.

Jika ditakdirkan mereka mahu bercerai pula, mahkamah tidak dapat mengesahkan perceraian sehinggalah sijil nikah ditunjukkan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Salahuddin menegaskan, majlis agama di tiga wiayah itu juga tidak membenarkan pernikahan pasangan bawah umur 18 tahun termasuk pasangan dari Malaysia.

Bagaimanapun katanya, kelonggaran diberikan kepada pasangan terutama wanita bawah 18 tahun yang membawa dan mendapat keizinan ibu bapa mereka untuk melangsungkan perkahwinan.

“Thailand memang menetapkan syarat wanita dan lelaki yang ingin mendirikan rumah tangga hanya pada umur atas 18 tahun.

“Namun, kita bagi kelonggaran dengan membenarkan atau menikahkan pasangan yang berumur bawah 18 tahun yang membawa ibu bapa mereka dan mendapat persetujuan dari kedua ibu bapa pasangan” ujarnya.

Mengulas lanjut, Salahuddin memberitahu, bagi pasangan bawah umur yang mahu bernikah mereka juga perlu membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum mereka dibenarkan untuk berbuat demikian.

Katanya, sepanjang tahun lalu majlis agama Islam di tiga daerah berkenaan merekodkan sebanyak 180 pasangan bernikah termasuk mereka yang bergelar ‘Datuk’.

Ujarnya, kebanyakan pasangan dari Malaysia yang bernikah di Pattani merupakan mereka yang mendirikan pernikahan buat kali kedua atau berpoligami.

Mereka terpaksa menggunakan cara tersebut untuk mengelakkan daripada diketahui isteri pertama, atau mengelak daripada diketahui keluarga serta anak-anak dan rakan terutama melibatkan penjawat awam dan mereka yang berprofil tinggi. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/nikah-guna-sindiket-tak-diiktiraf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Melaka

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Melaka

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 483 hits
Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Melaka Portal jawatan kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan yang kini dibuka di Majlis Agama Islam Melaka dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk...
5632 Aktiviti Jemputan Ke Majlis Malam Anugerah Kecemerlangan Islam 1441h 2020m Ppim 07 01 2020

5632 Aktiviti Jemputan Ke Majlis Malam Anugerah Kecemerlangan Islam 1441h 2020m Ppim 07 01 2020

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 376 hits
Toqqi menghadiri Majlis Malam Anugerah Kecemerlangan Islam 1441H 2020M anjuran Majlis Dakwah Negara di Dewan Taming Sari Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur
Banggalah Wahai Kaum Melayu Kerana Islam Agama Kamu

Banggalah Wahai Kaum Melayu Kerana Islam Agama Kamu

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 384 hits
Oleh Jebat1 Al Quran turun dalam Bahasa Arab Nabi Muhammad S A W adalah orang Arab dan bertutur dalam bahasa Arab 2 Namun dikalangan bangsa Arab sehingga hari ini masih ada yang kafir malah menolak ajaran Nabi Muhammad S A W Lihat sahaja ke...
Viral Komen Hina Raja Agama Islam Polis Siasat Individu Terlibat

Viral Komen Hina Raja Agama Islam Polis Siasat Individu Terlibat

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 517 hits
Kalau korang perasan baru baru ni telah tersebar gambar satu komen yang telah menghina institusi diraja dan Islam dan dalam tindakan lanjut kini pihak polis sedang melakukan siasatan Komen yang berunsur penghinaan itu telah dinaikkan oleh s...
Pas Agama Islam

Pas Agama Islam

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 241 hits
Miqdad ZakariaPAS Agama IslamParti PAS memang sinonim dengan semangat islam yang mereka laungkan Akan tetapi jika dilihat dari sudut perlaksanaan Jelaslah apa yang dihebohkan itu hanya omongan kosong yang tiada nilai sedikit pun Dulu zaman ...
Apa Guna Ada Majlis Presiden Kalau Atuk Masih Boleh Buat Sesuka Hati

Apa Guna Ada Majlis Presiden Kalau Atuk Masih Boleh Buat Sesuka Hati

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 317 hits
Oleh Ahmad ShahrilProjek membeli mp sudah bermula Pigs ditabur 400 juta Kitul kerala beli mp pas Kitul semburit beli mp umno Nak kata si kerala kutty tak restu rancangan backdoor govermant Org tak siuman je percaya ngan janji si kerala kutt...
Kenapa Agama Islam Pertama Kali Turun Di Jazirah Arab Ini Penjelasannya

Kenapa Agama Islam Pertama Kali Turun Di Jazirah Arab Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 262 hits
Pertama tama perlu digaris tebal hikmah yang dijabarkan disini hanya prediksi ilmiah belaka dalam rangka menghilangkan dahaga keingintahuan Sifatnya tidak mengikat dan relatif Karena Allah jalla wa ala Maha Mampu untuk mewahyukan Islam di m...
Gus Mus Pembina Pramuka Yang Ajarkan Islam Yes Kafir No Tak Paham Agama

Gus Mus Pembina Pramuka Yang Ajarkan Islam Yes Kafir No Tak Paham Agama

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 233 hits
Pengasuh Pondok Pesantren Raudlatut Thalibin Rembang Kiai Haji Ahmad Mustofa Bisri atau biasa disapa Gus Mus menyebut apa yang diajarkan oleh pembina pramuka tersebut adalah hal yang gila atau gendheng Kiai kharismatik asal Rembang ini meni...
G25 Decision Of A Muslim To Leave Islam Between Self And God

G25 Decision Of A Muslim To Leave Islam Between Self And God

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 282 hits
Pro moderation group G25 has criticised the country s laws which penalises Muslims based on religious wrongdoings as matters should be left between the individual and God According to a report Administration of Matters Pertaining to Islam i...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator