Solat Jumaat Di 25 Masjid 31 Surau Dalam Wilayah Persekutuan



Solat Jumaat di masjid Nehara KL.
KUALA LUMPUR: Selepas lapan minggu ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebanyak 25 masjid dan 31 surau dalam Wilayah Persekutuan Kuala lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini mengadakan solat Jumaat.Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail, berkata semua masjid dan surau yang dibenarkan mengadakan solat Jumaat berada dalam zon hijau.


"Jemaah pula terdiri daripada kakitangan masjid dan surau serta kariah yang dibenarkan untuk mendirikan solat secara berjemaah."Sudah tentu semua perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk penjarakan sosial," katanya ketika ditemui di Masjid Negara hari ini.Sementara itu, tinjauan BH di Masjid Negara mendapati seramai 30 jemaah terdiri daripada kakitangan masjid berkenaan dan JAWI menunaikan solat Jumaat.Solat itu diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Husni.Terdahulu, semua jemaah diwajibkan menjalani pemeriksaan suhu dan merekodkan maklumat peribadi mereka sebelum dibenarkan memasuki ruang utama solat.Bagi mematuhi penjarakan sosial pula, jemaah bersembahyang dalam jarak satu meter antara satu sama lain dan memakai pelitup muka.Solat Jumaat berlangsung dalam tempoh lima minit dengan imam membacakan khutbah ringkas mengenai bahaya dan ancaman COVID-19.Malah, jemaah juga tidak dibenarkan mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas menunaikan solat Jumaat.Guru tahfiz, Ahmad Mujahid Salleh Sani, 35, yang juga imam jemputan Masjid Negara, menyifatkan kebenaran menunaikan solat Jumaat selepas sekian lama ditangguhkan sebagai kegembiraan yang tidak dapat digambarkan."Saya gembira dan teruja kerana terpilih untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara. Biarpun perlu mematuhi SOP ditetapkan, peluang diberikan adalah satu nikmat yang wajib kita syukuri," katanya.Sementara itu, kakitangan Masjid Negara, Muhammad Noriman Kamaruddin, 27, berkata kelonggaran yang diberikan untuk menunaikan solat Jumaat serta solat berjemaah yang lain harus dimanfaatkan sebaiknya."Walaupun jumlah jemaah yang dibenarkan hanya kecil, itu tidak mengapa kerana sudah sekian lama solat Jumaat ditangguhkan berikutan penularan COVID-19."Saya berharap penularan virus ini dapat ditamatkan dan lebih ramai jemaah dapat menunaikan solat Jumaat serta solat berjemaah yang lain," katanya.(BH)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/solat-jumaat-di-25-masjid-31-surau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Jumaat Berjemaah Di Masjid Surau Terpilih Mulai Esok

Solat Jumaat Berjemaah Di Masjid Surau Terpilih Mulai Esok

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 350 hits
KUALA LUMPUR Semua masjid surau Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan boleh mendirikan solat Jumaat solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Aidilfitri bermula esok dalam tempoh Perintah Kawalan P...
Wilayah Persekutuan Benarkan Solat Jumaat Berjemaah Tarawih Dan Aidilfitri

Wilayah Persekutuan Benarkan Solat Jumaat Berjemaah Tarawih Dan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 439 hits
Imam Jemputan Masjid Negara Ustaz Ahmad Mujahid Salleh Sani mengimamkan solat tarawih berjemaah bersama warga kerja masjid berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 susulan penularan wabak Covid 19 di Masjid Negara Kuala Lumpur foto AFIQ...
Sekitar Suasana Solat Jumaat Yang Dilaksanakan Di Beberapa Buah Masjid Hari Ini

Sekitar Suasana Solat Jumaat Yang Dilaksanakan Di Beberapa Buah Masjid Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 686 hits
Solat Jumaat di sesetengah negeri telah dibenarkan bermula pada hari ini dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh setiap jemaah Bilangan jemaah juga telah dihadkan buat masa ini bagi mengelak sebarang jangkitan Covid 19 Terdapat bebe...
Larangan Solat Di Masjid Surau Di Masih Kekal Mufti Pulau Pinang

Larangan Solat Di Masjid Surau Di Masih Kekal Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 337 hits
PULAU Pinang masih melanjutkan tempoh larangan semua kegiatan membabitkan masyarakat awam di masjid dan surau sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga keputusan muktamad dibuat Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan ...
Terengganu Umum Lapan Masjid Untuk Solat Jumaat

Terengganu Umum Lapan Masjid Untuk Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 312 hits
Masjid Abidin dibenar mengadakan solat Jumaat bermula 22 Mei KUALA TERENGGANU 18 Mei Kerajaan negeri menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu hari ini mengumumkan senarai lapan masjid yang dibenar mengadakan solat Jumaat sepanjang tempoh...
2 Bulan Masjid Dikunci Akhirnya Hari Ini Solat Jumaat Pertama Kali Diadakan Selepas Pkp

2 Bulan Masjid Dikunci Akhirnya Hari Ini Solat Jumaat Pertama Kali Diadakan Selepas Pkp

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 720 hits
Setelah hampir dua bulan Malaysia tidak mengadakan solat berjemaah di masjid dan surau selepas daripada Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Hari ini menjadi detik sejarah apabila pihak kerajaan telah membenarkan masjid dan surau dibuka...
Covid 19 Sabah Masih Tangguh Solat Berjemaah Di Masjid Serta Surau

Covid 19 Sabah Masih Tangguh Solat Berjemaah Di Masjid Serta Surau

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 406 hits
Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata penangguhan itu berkuat kuasa hingga 26 Mei ini COVID 19 Sabah masih tangguh solat berjemaah di masjid surau Sabah masih meneruskan penangguhan solat berjemaah termasuk sembahyang Jumaat dan tara...
Pulau Pinang Tak Benarkan Masjid Surau Adakan Solat

Pulau Pinang Tak Benarkan Masjid Surau Adakan Solat

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 398 hits
Nur Izzati Mohamadam hmetro com myPULAU Pinang masih tidak membenarkan pengurusan masjid dan surau di negeri itu mengadakan solat Jumaat serta berjemaah kerana perbincangan berhubung prosedur operasi standard masih belum selesai Berikutan i...
Tidak Lebih 30 Makmum Surau Masjid Zon Hijau Mula Solat Jemaah

Tidak Lebih 30 Makmum Surau Masjid Zon Hijau Mula Solat Jemaah

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 330 hits
Solat Jumaat dan solat berjemaah dibenarkan semula di masjid surau Jumaat dan surau terpilih dalam zon hijau Covid 19 di Wilayah Persekutuan secara berperingkat mulai esok dengan bilangan jemaah minimum tiga orang tidak termasuk imam dan ti...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching