Solat Jamak Taqdim Atau Jamak Ta Khir Lebih Afdhal Ketika Bermusafir



SOALAN:
Sekiranya saya dalam keadaan bermusafir, yang manakah lebih afdhal untuk saya laksanakan, sama ada solat jamak taqdim atau solat jamak ta’khir?

JAWAPAN:
Allah SWT memberikan keringanan (rukhsah) kepada orang yang bermusafir untuk mereka melaksanakan solat secara jamak dan qasar. Firman Allah SWT di dalam al-Quran:

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَن يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ إِنَّ الْكَافِرِينَ كَانُوا لَكُمْ عَدُوًّا مُّبِينًا
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.” (Surah al-Nisa’: 101)

Keringanan (rukhsah) ini merupakan pemberian daripada Allah SWT kepada hamba-Nya, maka hendaklah kita menerimanya. Sayyidina Umar pernah bertanyakan berkaitan perkara ini kepada Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW bersabda:

صدقةٌ تصدَّق اللهُ بها عليكم فاقبَلوا صدقةَ اللهِ
“Ia merupakan pemberian sedekah dengannya oleh Allah SWT, maka terimalah pemberian itu daripada Allah SWT.” [Riwayat Ibn Hibban: 2739]

Berbalik kepada soalan yang ditanya, yang manakah lebih afdhal untuk dilakukan oleh seseorang, sama ada solat jamak taqdim ataupun jamak ta’khir? Jawapannya hendaklah diperincikan (tafsil) berdasarkan kepada situasi orang yang bermusafir tersebut dan bukan salah satunya afdhal secara mutlaq. Hal ini seperti yang diterangkan Syeikh Hasan al-Kaff seperti berikut:

• Jika sekiranya dia dalam perjalanan pada waktu solat yang pertama, contohnya Zohor dan berhenti turun pada waktu solat yang kedua iaitu Asar, maka solat Jamak Ta’khir adalah lebih afdhal mengikut sepakat para ulama’.

• Jika sekiranya dia berhenti turun pada waktu yang pertama contohnya Zohor dan akan berada dalam perjalanan dalam waktu yang kedua iaitu Asar, maka solat Jamak Taqdim adalah lebih afdhal mengikut sepakat para ulama’.

• Jika sekiranya dia akan berhenti turun atau berada dalam perjalanan dalam kedua-dua waktu, maka dalam keadaan ini berlaku khilaf:

Imam Ibn Hajar: “Solat Jamak Taqdim lebih afdhal kerana ia melepaskan seseorang daripada tanggungan kewajipan dengan melaksanakannya.”

Imam Ramli: “Solat Jamak Ta’khir lebih afdhal kerana waktu solat bagi solat kedua adalah pada waktu solat bagi yang pertama.” (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah, 318-319)

Kesimpulan

Kesimpulannya, kami menyatakan bahawa keutamaan solat Jamak Taqdim atau Jamak Ta’khir bergantung kepada situasi seseorang yang bermusafir tersebut. Jika sekiranya dia berada di dalam perjalanan pada waktu pertama dan akan berhenti turun pada waktu kedua, maka solat Jamak Ta’khir adalah afdhal baginya. Jika sekiranya dia berhenti turun pada waktu yang pertama dan akan berada dalam perjalanan dalam waktu kedua, maka solat Jamak Taqdim adalah afdhal baginya.

Namun jika sekiranya dia berada dalam perjalanan atau berhenti di suatu tempat pada dua waktu solat tersebut, maka berlaku khilaf dalam situasi ini dan kami lebih cenderung kepada pendapat Imam Ibn Hajar yang mengatakan bahawa Solat Jamak Taqdim adalah afdhal baginya.

Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya serta taufiq dan hidayah untuk melaksanakan ibadah ikhlas semata-mata kerana-Nya. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/solat-jamak-taqdim-atau-jamak-takhir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ditanya Ari Lasso Lebih Bangga Ahmad Dhani Jadi Musisi Atau Politisi Ini Jawaban Dul

Ditanya Ari Lasso Lebih Bangga Ahmad Dhani Jadi Musisi Atau Politisi Ini Jawaban Dul

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 291 hits
Dul Jaelani kembali menjadi bintang tamu di channel youtube Ari Lasso Banyak hal yang ditanyakan Ari Lasso kepada anak bungsu dari Ahmad Dhani dan Maia Estianty tersebut
10 Kesilapan Biasa Yang Sering Dilakukan Oleh Wanita Ketika Solat

10 Kesilapan Biasa Yang Sering Dilakukan Oleh Wanita Ketika Solat

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 637 hits
Baru saja lepas mendengar ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau rugi kalau tak dikongsi bersama Topik adalah mengenai adab2 solat Setelah mengikuti kuliah beliau selama beberapa ...
Jawab Panggilan Sambil Berjalan Lebih Bahaya Dari Balas Mesej Atau Dengar Muzik Kajian

Jawab Panggilan Sambil Berjalan Lebih Bahaya Dari Balas Mesej Atau Dengar Muzik Kajian

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 370 hits
Dalam era teknologi yang serba canggih ini penggunaan telefon bimbit agak mudah untuk dijumpai di mana mana sahaja Jarang kita lihat tiada pengguna yang masih tidak menggunakan telefon bimbit pada zaman ini bahkan ia menjadi satu keperluan ...
Lelaki Meninggal Dunia Ketika Berzikir Selepas Solat Subuh

Lelaki Meninggal Dunia Ketika Berzikir Selepas Solat Subuh

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 466 hits
Seorang lelaki meninggal dunia selepas selesai mengerjakan solat Subuh secara berjemaah di Surau Raudhatul Firdaus Taman Kerjasama Kluang Dalam kejadian itu mangsa bersama jemaah lain termasuk sekumpulan pelajar tahfiz sedang berzikir sebel...
Bilal Cedera Ditikam Ketika Solat Dalam Masjid Di London

Bilal Cedera Ditikam Ketika Solat Dalam Masjid Di London

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 434 hits
Sumber gambar dari Mirror UKSelepas peristiwa serangan berdarah ketika solat Jumaat di dua buah masjid di Christchurch yang mengorbankan 49 nyawa kini kita dikejutkan dengan serangan seorang individu keatas seorang bilal ketika sedang berse...
Israel Lepaskan Tembakan Ketika Warga Palestin Solat Subuh Di Masjid Al Aqsa

Israel Lepaskan Tembakan Ketika Warga Palestin Solat Subuh Di Masjid Al Aqsa

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 403 hits
Tentera Israel sekali lagi bertindak menyerbu perkarangan Masjid Al Aqsa ketika umat Islam sedang menunaikan solat Subuh di masjid ketiga paling suci oleh umat Islam itu Menerusi video yang dikongsikan di Twitter pihak Israel dikatakan tela...
Lambat Kahwin Jauh Lebih Baik Dari Salah Memilih Pasangan Hidup

Lambat Kahwin Jauh Lebih Baik Dari Salah Memilih Pasangan Hidup

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 686 hits
Gambar HiasanJika pada usia tertentu anda masih belum berkahwin terutamanya wanita dia akan dilihat sebagai seorang wanita yang tidak laku Namun lambat untuk berkahwin daripada memilih pasangan yang salah adalah lebik baik Dalam setiap perk...
Hantarlah Duit Pada Ibubapa Walaupun Sedikit Subhanallah Kesannya Hati Tenang Rezeki Melimpah Dan Hidup Lebih Berkat

Hantarlah Duit Pada Ibubapa Walaupun Sedikit Subhanallah Kesannya Hati Tenang Rezeki Melimpah Dan Hidup Lebih Berkat

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 579 hits
Anak anak yang telah bekerja dan mempunyai pendapatan Jangan sekali terasa terbeban untuk memberikan sedikit wang dari pada gaji kita kepada mak ayah walaupun sedikit Walaupun gaji tak bersar mana hutang kereta rumah dan lain2 komitmen waha...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked