Sokongan Melayu Terhadap Pn Lebih Baik Dari Ph



Perikatan Nasional (PN) muncul di tangga kedua dalam meraih undi Melayu berikutan kemerosotan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN), menurut tinjauan pra pilihan raya Merdeka Center.
Tinjauan yang dijalankan dari 19 hingga 28 Oktober lalu terhadap 1,209 pengundi berusia 18 tahun ke atas, mendapati BN menerima sokongan Melayu sebanyak 32%, diikuti PN (20%), Pakatan Harapan (PH) (13%), sementara Gerakan Tanah Air (GTA) dan gabungan lain sebanyak 2%.
Sebanyak 29% responden berkata mereka tidak mempunyai kecenderungan atau tidak pasti, manakala 4% tidak memberikan maklum balas.
Merdeka Center berkata, penemuan itu menunjukkan wujud penurunan dalam kecenderungan yang jelas dalam kalangan pengundi Melayu terhadap BN dan peningkatan kecil terhadap PH.
"Namun pada masa sama, masih terdapat sebanyak 29% pengundi Melayu yang menyatakan mereka tidak mempunyai kecenderungan atau masih belum membuat keputusan," katanya.
"Ada kemungkinan sebahagian daripada pengundi yang belum membuat keputusan ini mengundi parti kerajaan, namun pengalaman lalu memberitahu kita bahawa majoriti daripada mereka ini berkemungkinan akan mengundi mana-mana parti lawan, sama ada PN atau PH."
Dalam kalangan pengundi India, 32% menunjukkan mereka akan memberi sokongan kepada BN, sementara 1% lagi menyatakan sokongan kepada PN, dan 51% lagi menyatakan sokongan kepada PH.
Sementara 6% lagi tidak pasti dan 2% berkata mereka tidak mempunyai kecenderungan untuk menyokong mana-mana parti manakala 8% lagi tidak memberikan maklum balas.
Dalam kalangan pengundi Cina pula, tinjauan mendapati sokongan kepada BN adalah sebanyak 5%, PN (1%), PH (47%) dan GTA (1%).
Sebanyak 23% lagi mengatakan mereka tidak pasti dan 18% berkata mereka tiada kecenderungan dan 3% lagi enggan memberi maklum balas.
Merentasi beberapa kumpulan umur, pengundi dalam kumpulan usia 18 hingga 20 tahun menunjukkan 28% daripada responden menyokong BN, PN (24%) dan PH (30%).
Sebanyak 10% lagi berkata mereka tidak mempunyai kecenderungan menyokong mana-mana parti.
Bagi kumpulan umur 21 hingga 40 tahun, tinjauan menunjukkan BN mendapat sokongan sebanyak 21%, PN (14%) dan PH (26%).
Bagi kumpulan pengundi berusia melebihi 40 tahun menyatakan sokongan kepada BN sebanyak 27%, PN (10%) dan PH (24%).


Bagi kedua-dua kumpulan umur ini, 16% berkata mereka tidak mempunyai kecenderungan untuk menyokong mana-mana parti politik.
Dalam pada itu, majoriti pengundi iaitu sebanyak 72%, berkata negara berada di landasan yang salah manakala 20% lagi berkata Malaysia masih berada di landasan yang betul.
Beberapa kebimbangan turut dibangkitkan termasuk keadaan ekonomi, ketidaktentuan politik akibat pilihan raya yang akan dijalankan, dan isu lain seperti rasuah dan kaum.
Sebanyak 74% responden berkata ekonomi adalah masalah terbesar negara ketika ini manakala kebimbangan lain yang turut dibangkitkan termasuk inflasi (31%), ketidakstabilan politik (13%), rasuah (12%) dan pertumbuhan ekonomi (12%).
Kadar penerimaan terhadap kerajaan persekutuan pula adalah sebanyak 31% di mana 60% menunjukkan ketidakpuasan hati, manakala penerimaan terhadap perdana menteri sementara adalah sebanyak 42%.
Dari segi faktor pilihan dalam mengundi, 31% berkata mereka menumpukan calon tempatan diikuti parti (21%) dan kepimpinan persekutuan (13%).
Berhubung kriteria calon, ciri utama yang diingini pengundi adalah "seseorang yang mempunyai idea yang baik untuk negara" (27%), "bersih dan boleh dipercayai" (24%) dan "mampu membawa pembangunan di kawasan yang ditandingi“ (13%).
Pengundi muda lebih menekankan ciri "bersih dan boleh dipercayai" (34%) dan kurang menumpukan ciri keupayaan calon untuk "membawa pembangunan" (4%).
"Pada pendapat kami, kewujudan tiga gabungan utama dengan sokongan akar umbi yang besar serta ketidakpastian mengenai kadar peratusan keluar mengundi menyukarkan untuk menganggarkan keputusan dari segi bilangan kerusi Parlimen," kata Merdeka Center.
“Ketika ini, dengan tahap sokongan pengundi Melayu yang lebih rendah daripada jangkaan terhadap BN, ada kemungkinan untuk menganggap tidak ada satu gabungan yang akan meraih sokongan yang cukup besar untuk membentuk kerajaan satu parti atau satu gabungan.
"Sebaliknya, terdapat kemungkinan kuat bahawa sekurang-kurangnya tiga atau lebih parti/gabungan yang bekerjasama diperlukan bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah."
Demografi kaum dalam tinjauan tersebut ialah Melayu (52%), Cina (29%), India (7%), Bumiputera Islam (6%) dan Bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawak (6%).
Responden dipilih secara rawak daripada keseluruhan 222 kawasan Parlimen ~ MalaysiaNow

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/11/sokongan-melayu-terhadap-pn-lebih-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Dapat Lebih Sokongan Melayu Zahid Enggan Layan Laporan Kajian

Pn Dapat Lebih Sokongan Melayu Zahid Enggan Layan Laporan Kajian

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 143 hits
freemalaysiatoday com November 12 2022 3 45 PMPengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan hasil kajian institusi yang dikatakannya menerima dana daripada parti politik PETALING JAYA Barisan Nasional enggan ambil pusing dapatan kajian piha...
Dap Tak Akan Ubah Sikap Ekstrem Terhadap Melayu Raja Muhyiddin

Dap Tak Akan Ubah Sikap Ekstrem Terhadap Melayu Raja Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 184 hits
agendaily com1 11 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Program Jelajah Prihatin PN Parlimen Sepang di Dataran Sadiman Bukit Changgang di Sepang malam tadi Gambar Agenda DailyDAP parti gabungan yang membentu...
Penerimaan Baik Kaum Cina India Di Simpang Renggam Petanda Positif Terhadap Bn Kata Hasni

Penerimaan Baik Kaum Cina India Di Simpang Renggam Petanda Positif Terhadap Bn Kata Hasni

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 167 hits
PENERIMAAN kaum Cina dan India terhadap calon Barisan Nasional di Parlimen Simpang Renggam disifatkan agak memberangsangkan setelah beberapa pertemuan dilakukan sejak Sabtu Pengerusi BN Johor dan calon gabungan itu di kerusi berkenaan Hasni...
Melayu Islam Lebih Selamat Jika Bn Perintah Negara Pembuktian Sudah Ada

Melayu Islam Lebih Selamat Jika Bn Perintah Negara Pembuktian Sudah Ada

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 135 hits
oleh Adam malik Apa agenda Pakatan Harapan yang diketahui mendapat dana dari negara luar Pada PRU14 lalu gereja di Jerusalem berdoa untuk kemenangan Pakatan Harapan Kenapa Apa keuntungan mereka mahu PH mengalahkan Barisan Nasional terutama ...
Bateri Z Flip4 Tidak Memuaskan Semoga Z Flip5 Lebih Baik

Bateri Z Flip4 Tidak Memuaskan Semoga Z Flip5 Lebih Baik

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 114 hits
Kami sebelum ini sudah kongsikan ulasan ringkas untuk Galaxy Z Flip4 Bezanya dengan model terdahulu Z Flip3 juga kami sertakan dalam artikel berasingan Atas kertas lagi kita boleh jangka jangka hayat baterinya kerana hanya 3 700mAh tapi leb...
Tak Berbaloi Stress Melampau Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik Ubahlah

Tak Berbaloi Stress Melampau Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik Ubahlah

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 124 hits
Kepenatan bekerja sepanjang hari ditambah pula dengan menguruskan hal rumah tangga dan anak anak buat ibu jadi terlampau penat Ditambah pula dengan masalah dan bebanan kerja yang tak pernah habis Ibu burn out penat yang terlampau Hati seora...
Pru Bukan Pertahanan Kuasa Tetapi Peluang Tentukan Siapa Lebih Baik

Pru Bukan Pertahanan Kuasa Tetapi Peluang Tentukan Siapa Lebih Baik

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 162 hits
Rakyat perlu memikirkan secara bijaksana kelebihan yang mereka miliki dalam Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Menurut Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim naratif bahawa pilihan raya untuk memilih kerajaan yang mempertahanka...
Lebih Baik Polis Cari Remaja Ini Terlebih Dahulu Ramai Yang Marah Dan Menggesa Cari Sampai Lubang Cacing

Lebih Baik Polis Cari Remaja Ini Terlebih Dahulu Ramai Yang Marah Dan Menggesa Cari Sampai Lubang Cacing

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 144 hits
LELAKI yang mengasari perempuan dan mengancam dengan menggunakan keganasan atau berkata kasar ke atas golongan hawa adalah lelaki yang bacul Golongan wanita seharusnya disayangi dan bukanlah dikasari Jika berlaku pertelingkahan atau konflik...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids