Sokong Umno Pn Letak Syarat Mahu Shahrol Sebagai Mb


Isu Perak: PN letak syarat sokong Umno, kata sumber
Di sebalik pengumuman daripada pemimpin Umno dan PH yang memberi bayangan kemungkinan kerajaan baru ditubuhkan melibatkan kerjasama kedua-dua pihak, nampaknya gabungan PN masih sedia berunding dengan Umno untuk mengekalkan kerajaan sedia ada.
Menurut sumber dekat dengan bekas menteri besar Ahmad Faizal Azumu, gabungan PN di Perak yang merangkumi 10 Adun termasuk PAS, Gerakan dan Bebas sedia menyokong Umno untuk menerajui kerajaan negeri dengan syarat.
“Ya, setahu saya rundingan kami tidak terputus. Gabungan PN sedia kerjasama dengan Umno dengan syarat Adun Rungkup Shahrul Zaman Yahya perlu dilantik sebagai menteri besar yang baru.
“Ini selepas, PN Perak berasa kecewa dan mempercayai bahawa Pengerusi Umno negeri Saarani Mohamad sebagai dalang di sebalik usul undi percaya terhadap Faizal Azumu,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.
Tambahnya, perkara ini telah dibincangkan pada Sabtu lalu di Ipoh, Perak.
“PAS turut hadir perbincangkan tersebut. Secara umumnya, PN Perak mengambil pendirian sedia menyokong Umno dengan syarat Shahrul adalah menteri besar,” katanya lagi.
Namun, sumber itu mengakui tidak tahu perkembangan terbaru mengenai syarat tersebut.
Malaysiakini telah menghubungi Faizal untuk mendapatkan ulasan.
Selain Shahrul dan Saarani, bekas menteri besar Zambry Abdul Kadir (Adun Pulau Pangkor) juga disebut-sebut sebagai calon menteri besar baru.
Sementara itu, Shahrul dalam kenyataan di Facebook berkata semua Adun Umno mencalonkan Saarani sebagai menteri besar Perak.
“Kami semua Adun Umno telah secara konsensus mencalonkan Saarani, pengerusi perhubungan Umno negeri Perak sebagai menteri besar Perak.
“Saya mohon untuk kita semua tidak membuat apa-apa spekulasi lagi dan kita serahkan kepada kebijaksanaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak untuk mempertimbangkan siapa yang mempunyai majoriti mudah untuk dipilih menjadi mb Perak.. in shaa Allah..,” katanya dalam satu hantaran Facebook sebentar tadi.
Dia menambah bahawa jawatan adalah satu pertanggungjawaban dan bukannya perebutan.
Sebelum ini dilaporkan bahawa sebanyak 26 Adun telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Saarani sebagai menteri besar yang baru.
Sinar Harian melaporkan selain 25 Adun Umno, seorang Adun Bersatu turut menyokong Saarani.
“Seorang Adun daripada Bersatu yang sebelum ini mengambil keputusan keluar parti lama bagi menyokong pelantikan semula Faizal sewaktu ‘Langkah Sheraton’, turut mengambil tindakan sama.
“Sebenarnya, kalau kita perolehi sokongan empat lagi Adun Bersatu termasuk Ahmad sendiri, angka 30 Adun sudah memadai untuk Umno bersama Bersatu membentuk kerajaan baru.
“Namun, baginda Tuanku Sultan Perak pastinya mahu kerajaan terbentuk lebih stabil.
“Atas sebab itu, PAS perlu segera membuat keputusan sama ada menyokong kerajaan baharu diterajui Umno atau tidak,” tambah laporan itu lagi.
Faizal sebelum ini menjadi menteri besar Perak selepas PH menang di negeri itu pada pilihan raya umum 2018.
Selepas 22 bukan memerintah negeri tersebut, Faizal yang juga Adun Chenderiang membuat kerjasama dengan Umno dan PAS menubuhkan Kerajaan PN, dan kembali menjadi menteri besar di bawah kerajaan negeri baru.
Bagaimanapun, dia disingkirkan sebagai menteri besar dalam satu usul undi keyakinan yang dibawa oleh Adun Umno Pengakalan Baru, Abd Manaf Hashim pada Jumaat lalu.
Timbalan Presiden Bersatu itu hanya meraih sokongan 10 Adun, manakala, 48 Adun tidak menyokong usul keyakinan itu.
Susulan itu, Umno yang menguasai 25 kerusi DUN disebut bakal menubuhkan kerajaan baru. Mk
The post Sokong UMNO, PN letak syarat mahu Shahrol sebagai MB appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/07/sokong-umno-pn-letak-syarat-mahu-shahrol-sebagai-mb/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Perak Pn Letak Syarat Sokong Umno Kata Sumber

Isu Perak Pn Letak Syarat Sokong Umno Kata Sumber

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 303 hits
B Nantha KumarDi sebalik pengumuman daripada pemimpin Umno dan PH yang memberi bayangan kemungkinan kerajaan baru ditubuhkan melibatkan kerjasama kedua dua pihak nampaknya gabungan PN masih sedia berunding dengan Umno untuk mengekalkan kera...
Pn Letak Syarat Sokong Umno Jika Adun Rungkup Shahrul Zaman Yahya Mb

Pn Letak Syarat Sokong Umno Jika Adun Rungkup Shahrul Zaman Yahya Mb

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 395 hits
Di sebalik pengumuman daripada pemimpin Umno dan PH yang memberi bayangan kemungkinan kerajaan baru ditubuhkan melibatkan kerjasama kedua dua pihak nampaknya gabungan PN masih sedia berunding dengan Umno untuk mengekalkan kerajaan sedia ada...
Umno Perak Tuntut Dap Tak Pegang Jawatan Exco Sebagai Syarat Kerjasama

Umno Perak Tuntut Dap Tak Pegang Jawatan Exco Sebagai Syarat Kerjasama

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 304 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 3 33 pmUmno Perak sedang mempertimbangkan secara serius kemungkinan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan negeri yang baru Namun menurut sumber yang dekat dengan perbincangan yang s...
Bersatu Kesal Dengan Tindakan Adun Umno Tak Sokong Usul Percaya Terhadap Mb Perak

Bersatu Kesal Dengan Tindakan Adun Umno Tak Sokong Usul Percaya Terhadap Mb Perak

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia kesal atas tindakan ADUN UMNO yang tidak menyokong usul percaya terhadap Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sekaligus memaksa Timbalan Presiden parti itu berundur sebagai Menteri Besar Perak Setiausaha...
Umno Kelantan Mahu Letak Calon Di Semua Kerusi Jika Pas Sisih Mn

Umno Kelantan Mahu Letak Calon Di Semua Kerusi Jika Pas Sisih Mn

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 299 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Umno dan Barisan Nasional Kelantan akan meletakkan calon di semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen pada pilihan raya umum ke 15 jika PAS mengetepikan Muafakat Nasional yang sudah disepakati Setiausaha Umn...
Pas Akan Sokong Calon Mb Umno

Pas Akan Sokong Calon Mb Umno

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 301 hits
Pas buat pusingan U di Perak DIFAHAMKAN Pas telah memutuskan untuk membuat pusingan U di Perak Jika sebelum ini mereka berkeras tidak mahu terlibat dalam membentuk kerajaan negeri berkenaan tetapi kini nada semakin lembut kerana mereka seda...
Tiga Adun Pas Sekadar Tidak Sertai Kerajaan Baharu Umno Atau Pun Tak Sokong Langsung

Tiga Adun Pas Sekadar Tidak Sertai Kerajaan Baharu Umno Atau Pun Tak Sokong Langsung

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR Seorang veteran UMNO tertanya adakah PAS sekadar tidak akan sertai kerajaan baharu pimpinan parti Melayu itu atau tidak akan juga menyokong kerajaan pimpinan parti itu Bekas menteri Tan Sri Shahrir Samad menimbulkan hal itu sel...
Syarat Sokong Todak Berkaitan Bajet

Syarat Sokong Todak Berkaitan Bajet

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 275 hits
Undi belah bahagi tidak berlaku semalam Kalau undi belah bahagi itu berlaku dan kita tewas bajet tetap akan diluluskan Jangan kita tanya kenapa kita tidak lawan saja walaupun akan tewas level intellektual kita sepatutnya boleh hadam persoal...
Rakyat Sokong Bajet Dengan Syarat Najib Bayar Dulu Hutang Incometax

Rakyat Sokong Bajet Dengan Syarat Najib Bayar Dulu Hutang Incometax

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 254 hits
Awang Azman Pawi says the ex PM will claim he has debated in the people s interest and the PKR chief will get a chance to change the government Ramalan kaji cuaca By hook or by crook Muhyiddin ada jalannya sendiri
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids