Pas Akan Sokong Calon Mb Umno
Pas buat pusingan U di Perak?
DIFAHAMKAN Pas telah memutuskan untuk membuat pusingan U di Perak.
Jika sebelum ini mereka berkeras tidak mahu terlibat dalam membentuk kerajaan negeri berkenaan, tetapi kini nada semakin lembut kerana mereka sedar hakikat dan kedudukan sebenarnya.
Ia selepas pemimpin UMNO mengambil langkah berani menyuarakan kemungkinan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menguasai majoriti 59 kerusi kerana UMNO mempunyai 25 kerusi, situasi menjadi berbeza.
PH menguasai 24 melalui DAP (16), Amanah (5) dan PKR (3).
Pada hari Jumaat, menteri besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, yang merupakan timbalan presiden PPBM, kehilangan undi keyakinan di DUN dengan 48 undi kepada 10, dengan satu tidak mengundi. Usul itu dibawa oleh seorang anggota UMNO.
Menurut ketua penerangan Bersatu Wan Saiful Jan, pemimpin parti itu “telah memutuskan untuk merujuk kepada kepemimpinan PN untuk tindakan selanjutnya. Jadi, kita akan melihat perkembangan terkini dan berbincang dengan rakan pakatan kita terlebih dahulu, ”katanya kepada portal FMT hari ini.
Beliau berkata, setiausaha agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin telah menyatakan bahawa parti itu “akan terus memantau keadaan dan kami akan mengeluarkan kenyataan apabila perlu setelah berunding dengan rakan PN kami”.
Kerjasama UMNO dengan PH jika diperpanjangkan ke peringkat Pusat ia akan menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terbubar dan digantikan oleh kerajaan baharu yang lebih stabil.
Presidan UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak menafikan kemungkinan bekerjasama dengan DAP bagi menyelesaikan kemelut tersebut.
Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pula bahawa negara memerlukan politik yang stabil menggambar kepada pembentukan kerajaan baharu itu.
“Malaysia, pada tahun 2020, menyaksikan pelbagai drama politik yang terus menyuramkan lagi iklim pelaburan. Pandemik Korona terus meletakkan ekonomi Malaysia pada kemelesetan terparah dalam sejarah.
“Tiga minggu dari sekarang, akan menyinsinglah fajar 2021. Kita akan mengakhiri tahun 2020 dengan tiada pencapaian penting, apatah lagi lonjakan baru untuk kemajuan dan kebolehsaingan.
“Negara jiran seperti Indonesia, Vietnam, Thailand dan Kemboja terus menunjukkan pencapaian ekonomi yang berdaya saing, menarik pelaburan teknologi dan menjadi negara perindustrian yang penting. Singapura pula memecut laju meninggalkan Malaysia jauh kebelakang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohamad berkata negara membuang banyak masa dan peluang pada tahun 2020 dan oleh itu negara ini mesti segera memulakan pemulihan dengan agenda ekonomi berani, mantap dan inklusif.
“Agenda ‘reset’ ekonomi mesti segera beralih kepada pertumbuhan yang berganda, pelaburan bermutu dalam sektor teknologi dan inovasi serta membuka pasaran dengan lebih agresif.
“Untuk itu, Malaysia mesti segera mempunyai kerajaan yang stabil, kabinet yang progresif dan dasar ekonomi yang ‘revolutionary’.
“Pandemik Covid-19 tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk ekonomi terus pegun dan terencat sebegini,” katanya.
Drama politik negara bermula sejak penghujung Feb apabila kerajaan PH yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad selepas memenangi Pilihan Raya Umum pada 2018, tumbang.
Ini selepas Mahathir meletakkan jawatan kerana tidak setuju dengan tindakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan Bersatu daripada PH melalui “Langkah Sheraton”, yang turut mendapat sokongan sebahagian pemimpin Bersatu dan beberapa pemimpin PKR yang diketuai Datuk Seri Azmin Ali.
Muhyiddin kemudian dilantik sebagai perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong dan menubuhkan kerajaan bersama BN, PAS, GPS dan parti dari Sabah bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Dalam masa sama, ekonomi diburukkan dengan wabak Covid-19 yang melanda negara, menyaksikan perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada Mac.
Kerajaan hari ini juga dilihat tidak stabil dengan Muhyiddin memiliki majoriti tipis di Dewan Rakyat. Keadaan ini diburukkan lagi apabila UMNO dan Bersatu yang berada dalam PN dilihat tidak sehaluan. SM
Bersatu bukan Umno
The post Pas akan sokong calon MB Umno appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2020/12/06/pas-akan-sokong-calon-mb-umno/