Sokong Pendedahan Dr Kamarul Dong Zong Jiao Zong Patut Diharamkan



Dong Zong, Jiao Zong patut sudah lama diharamkan?SEJAK penubuhan Jiao Zong pada 25 Disember 1951 dan Dong Zong pada 22 Ogos 1954, sudah terlalu banyak kerosakan yang berlaku kepada keharmonian dan perpaduan kaum.Mungkin sebab inilah Dr Ang Ming Chee menanyakan soalan dalam tesis PhD beliau mengapa Kerajaan Malaysia sehingga kini belum mengharamkan Jiao Zong dan Dong Zong.  Tesis PhD beliau, bertajuk “Institutions and Social Mobilization: The Chinese Education Movement in Malaysia”, dihasilkan di National University of Singapore dan berwibawa.Dengan ketebalan 389 muka surat, tesis PhD yang dikemukakan pada 2011 ini menyelusuri dengan teliti perkembangan gerakan pendidikan Cina di Malaya dan seterusnya Malaysia.Diceritakan betapa imigran Cina melihat diri mereka sebagai satu kaum eksklusif dan hasrat untuk mengekalkan identiti Cina menjadi pendorong utama kepada penubuhan sekolah Cina. Diceritakan betapa hari ini, di luar China dan Taiwan, hanya Malaysia yang ada sistem pendidikan Cina yang lengkap dan negara tunggal di Asia Tenggara yang mengekalkannya.Diceritakan betapa seawal 1920 lagi pemimpin Cina di Pulau Pinang dan Melaka telah menentang cubaan British mencampuri sekolah Cina tetapi penentangnya dibuang negara.Diceritakan betapa Jiao Zong seterusnya Dong Zong telah menentang Penyata Barnes 1951, Ordinan Pelajaran 1952 dan 1957, Kertas Putih Pelajaran 1954 dan Penyata Razak 1956.Diceritakan betapa penentangan ke atas Penyata Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961 diketuai oleh Lim Lian Geok, imigran Cina dari Fujian yang datang ke Malaysia pada 1927.Diceritakan betapa ekoran penentangan ini, Lim Lian Geok, yang hanya diterima menjadi rakyat Malaysia pada 25 September 1951 ditarik balik kerakyatan beliau pada 12 Ogos 1961.Diceritakan betapa Penasihat Jiao Zong dari Singapura, Yan Yuan Zhang, yang mempertahankan Lim Lian Geok ditegah dari memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.Diceritakan betapa Jiao Zong dan Dong Zong bergabung tenaga pada 1968 dan 1969 dalam Gerakan Universiti Merdeka dengan Pengerusi Dong Zong, Ye Hong En, mengetuainya.Diceritakan betapa Menteri Pelajaran, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, mengarahkan Jiao Zong dan Dong Zong membatalkan UEC pada 27 Oktober 1975 tetapi tidak diendahkan.Diceritakan betapa Jiao Zong dan Dong Zong menyerahkan petisyen mendesak penubuhan Universiti Merdeka kepada Yang di-Pertuan Agong pada 1978 tetapi tidak diperkenankan.Diceritakan betapa Jiao Zong dan Dong Zong mencabar keputusan Yang di-Pertuan Agong ini di mahkamah pada September 1980 tetapi berakhir dengan kekalahan pada Julai 1982.Diceritakan betapa Jiao Zong, Dong Zong dan 13 Huatuan lain menentang Dasar Kebudayaan Negara dengan mengemukakan memorandum ke atasnya pada Mac 1983.Diceritakan betapa Jiao Zong dan Dong Zong menentang Rancangan Sekolah Integrasi pada Ogos 1985 yang mendorong ia diubah menjadi Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan.Diceritakan betapa Jiao Zong, Dong Zong dan lebih 3,000 pemimpin Cina berkumpul di Gereja Tianhou pada Oktober 1987 bagi menentang pelantikan guru tidak berbahasa Cina.Diceritakan betapa kerananya Pengerusi dan Naib Pengerusi Jiao Zong, Sim Mow Yu dan Thuang Pik King, Pengerusi Dong Zong, Lim Fong Seng, dan Kua Kia Soong ditahan ISA.Diceritakan betapa Pengerusi Jiao Zong, Quek Suan Hiang, mengetuai Suqiu membuat 17 tuntutan bercorak perkauman kepada BN di saat BN memerlukan undi kaum Cina pada 1999.Diceritakan betapa Jiao Zong dan Dong Zong menentang Rancangan Sekolah Wawasan dengan menekan, melobi dan memujuk sekolah Cina supaya tidak menyertainya pada 2000.Diceritakan betapa Jiao Zong dan Dong Zong menentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di semua sekolah rendah oleh kerajaan pada Mei 2002.Diceritakan betapa bagi mengekal dan menambah keeksklusifan mereka, Jiao Zong dan Dong Zong hanya mengambil staf dari golongan bangsa Cina yang berpendidikan Cina sahaja.Diceritakan betapa keeksklusifan mereka menghalang Jiao Zong dan Dong Zong dari mewujudkan pakatan antara kaum kerana halangan bahasa untuk mendekati kaum lain.Tidak hairanlah bila mereka disebut sebagai rasis yang tidak suka kepada orang Melayu oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bila menentang tulisan khat Jawi di sekolah. - Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Ogos 2000 malah menyebut mereka sebagai “puak ekstremis” yang “tindakan mereka tidak banyak berbeza dengan tindakan Komunis dahulu”.Dirumuskan betapa Jiao Zong dan Dong Zong tidak diharamkan kerana kerajaan mahu mengelakkan kaum Cina dari menyokong kegiatan pengganas Komunis dari 1949 ke 1989.Dirumuskan betapa Jiao Zong dan Dong Zong tidak diharamkan kerana kerajaan mahu mengelakkan dari menyakiti kaum Cina, dan hilang sokongan mereka, jika berbuat begitu.Kini timbul keberanian supaya mereka diharamkan dengan petisyen KBRM inisiatif EXCO Armada BERSATU, Muzzammil Ismail, dan petisyen GPS sudah mengumpul lebih 80 ribu dan lebih 160 ribu tandatangan.Sesuai sekali keberanian ini timbul kini dengan suasana rencam politik ditambah bila faktor mahu membendung sokongan kepada kegiatan pengganas Komunis sudah tidak lagi relevan.Ironinya mereka menyebut matlamat mereka mahu memupuk keharmonian dan perpaduan kaum sedangkan realitinya mereka dilihat merosakkan keharmonian dan perpaduan kaum.Ditambah pula pemujaan Lim Lian Geok sebagai “Jiwa Budaya Cina Malaysia” (“Soul of the Malaysian Chinese”), LLG Cultural Development Centre dan Anugerah Semangat LLG.Ditambah pula penobatan Lim Lian Geok sebagai “Nasionalis Malaysia Yang Tulen” setaraf Sasterawan Negara Datuk Usman Awang dan desakan agar kerakyatan beliau diberi kembali.Walhalnya kajian sarjana Cina, Tan Liok Ee, sendiri menyebut Lim Lian Geok menentang peminggiran China dari buku teks sekolah dan mahu cuti hari kelahiran Sun Yat Sen dan Confucius!DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF - HARAKAHDAILY 18/8/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim:   Sokong pendedahan Dr Kamarul zaman, Dong Zong, Jiao Zong memang patut diharamkan. Ya, PH tunggu apa lagi?
Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Juta...(4)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/08/sokong-pendedahan-dr-kamarul-dong-zong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
76 666 Tandatangan Tuntut Dong Zong Diharamkan

76 666 Tandatangan Tuntut Dong Zong Diharamkan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 227 hits
Kumpulan pendesak fitnah pelaksanaan tulisan jawi usaha Islamisasi Setakat jam 11 pagi tadi seramai 76 666 orang telah menandatangani petisyen bagi mendesak kerajaan mengharamkan kumpulan pendesak Cina Dong Zong BANGI Petisyen bagi mendesak...
Rafidah Aziz Pun Bantah Rancangan Khat Dong Jiao Zong Jawab Dr M

Rafidah Aziz Pun Bantah Rancangan Khat Dong Jiao Zong Jawab Dr M

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 279 hits
August 13 2019 5 13 PMPETALING JAYA Gabungan kumpulan pendidikan Cina Dong Zong dan Jiao Zong kesal Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menuduhnya rasis dalam kontroversi pengajaran khat di sekolah sekolah aliran mengingatkan bekas menteri ...
Dong Jiao Zong Sudah Menang Kata Tok Mat

Dong Jiao Zong Sudah Menang Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 327 hits
August 16 2019 8 37 PMPETALING JAYA Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengisytiharkan kumpulan pendidikan Cina Dong Jiao Zong sudah menang dalam kontroversi pengajaran tulisan Jawi di sekolah aliran susulan keputusan muktamad kerajaan ba...
Pemuda Bersatu Desak Dong Zong Diharamkan

Pemuda Bersatu Desak Dong Zong Diharamkan

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 198 hits
Pemuda Bersatu desak Dong Zong diharamkan Dikemas kini 49 minit yang lalu Diterbitkan pada 13 Aug 2019 12 13PM
Dong Zong Jiao Zong Once Again Say No To Khat In Primary Schools

Dong Zong Jiao Zong Once Again Say No To Khat In Primary Schools

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 423 hits
The Dong Jiao Zong building in Kajang PETALING JAYA Chinese educationist groups Dong Zong and Jiao Dong have once again trained their guns on the government s decision to introduce a chapter on khat in the Year 4 Bahasa Melayu syllabus in s...
Jiao Zong Dong Zong Dap Mahu Cabar Kesabaran Melayukah

Jiao Zong Dong Zong Dap Mahu Cabar Kesabaran Melayukah

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 277 hits
1 Tahap mana lagi kita Bangsa Melayu dan Islam Malaysia harus bersabar apabila satu demi satu cubaan Bangsa DAP untuk mempersoalkan hak dan keistimewaan Orang Melayu Islam di Malaysia Tindakan Dong Zong untuk mengadakan perhimpunan bantahan...
Dong Jiao Zong Memang Rasis

Dong Jiao Zong Memang Rasis

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 320 hits
oleh nbsp DATUK SERI HJ MOHAMED KHALED NORDIN13 Ogos 20191 Jarang saya sehaluan pandangan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad Tetapi kali ini saya bersetuju Kenyataan beliau bahawa Dong Jiao Zong adalah pertubuhan rasis sangat tepat dan berasas ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025