Rafidah Aziz Pun Bantah Rancangan Khat Dong Jiao Zong Jawab Dr M
FMT Reporters
-August 13, 2019 5:13 PM
PETALING JAYA: Gabungan kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) kesal Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menuduhnya rasis dalam kontroversi pengajaran khat di sekolah-sekolah aliran, mengingatkan bekas menteri Rafidah Aziz juga tidak bersetuju dengan langkah itu
Rafidah, yang juga anggota Majlis Tindakan Ekonomi, pada 7 Ogos tidak bersetuju khat dijadikan sebahagian daripada kurikulum sekolah, tetapi menjadi subjek elektif bagi pelajar yang berminat dengan seni halus.
“Dong Jiao Zong bukan satu-satunya badan yang menolak pengajaran seni khat di sekolah jenis kebangsaan, tetapi pandangan ini mewakili suara arus perdana dalam komuniti bukan Islam di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak.
“Malah bukan semua Melayu bersetuju dengan langkah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini,
Dong Jiao Zong menegaskan ia bukan hanya mahu membangunkan pendidikan bahasa ibunda, tetapi juga mengalakkan kepelbagaian budaya dan interaksi antara kaum, menerusi jawatankuasa pembangunan kepelbagaian kaum dan budaya “yang menjalankan aktiviti interaksi bagi para pelajar antara aliran sekolah”.
Sebaliknya, pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan didakwa gagal mengambil pandangan masyarakat bukan Melayu dalam isu pengajaran khat, termasuk Tamil Foundation dan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST).
Dong Jiao Zong bertegas kesangsian orang bukan Islam terhadap khat sebagai alat dakwah “ada asasnya”, sambil memetik kenyataan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nik Omar Nik Abdul Aziz.
“Motivasi agama ini dinyatakan jelas oleh, antara lain, Nik Omar, yang menyokong ‘usaha kerajaan untuk memperkenalkan tulisan Jawi dan seni khat’ demi ‘meningkatkan kefahaman generasi muda terhadap tulisan Jawi dan Bahasa Arab, serta memudahkan mereka untuk mempelajari Al-Quran serta memahaminya seterusnya beramal dengannya’,” katanya.
Dong Jiao Zong berkata ia menyokong hasrat Yadim jika pengajaran khat ditumpukan kepada anak-anak orang Islam sahaja, dan menyaran agar seni itu terus diajar dalam Pendidikan Islam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wak-labu.blogspot.com/2019/08/rafidah-aziz-pun-bantah-rancangan-khat.html