Sokong Larangan Tutup Kedai Makan Waktu Terawikh Menantu Tuan Guru Dicop Penunggang Agama


SOSMED | Ustaz Zaharuddin Muhammad menyokong arahan Kelantan yang mahu semua jenis kedai makan melayu ditutup dari jam 8.30 malam hingga 10 malam bagi mengimarahkan masjid dan bersama-sama dalam menunaikan solat sunat terawikh.

Ini katanya, adalah sesuatu yang baik dan bertepatan dengan ruh perlaksanaan syariat di zaman nabi dan sahabat.

Ustaz Zaharuddin turut menjelaskan tindakan menangguhkan perniagaan itu sama sekali tidak bercanggahan dengan adat Rasullulah dan sabahat. 

"Perlaksanaan di Kelantan untuk menangguhkan perniagaan dari jam 8.30 malam sehingga 10.00 malam adalah sesuatu yang tidak bercanggah dengan adat Rasulullah, sahabat dan sepanjang pemerintahan Islam di zaman khalifah justeru ia mengandungi waktu solat Isya sekitar 8.30 – 9.00 malam.

Dari segi kesan positif perniagaan, ia memberikan kelegaan kepada peniaga-peniaga yang ingin melaksanaan solat isya dan terawikh berjemaah di masjid. Mereka sebelum ini serba salah antara ingin solat terawikh di masjid maka terpaksa tinggalkan premis atau meneruskan perniagaan maka terpaksa tingalkan terawikh berjemaah di masjid," jelasnya.

Bagaimanapun kenyataan Ustaz Zaharuddin itu menimbulkan pertelingkahan di sosial media, apabila majoriti netizens menyatakan bantahan di ruangan komen atas hantarannya itu.

Penunggang agama!


Solat fardhu dan sunat sama ke?

Lebih sokong Ustaz Nik Abduh..


Untuk rekod, sebelum ini kem Ustaz Zaharuddin dianggap sebagai dalang utama dalam membocorkan audio yang memetik percakapan Ustaz Nik Abduh 'PAS boleh terima wang UMNO'.

Susulan penyebaran rakaman itu, Ustaz Nik Abduh dan PAS menerima kecaman dan impak teruk dari pelbagai pihak sehingga dianggap memakan wang rasuah (dibayangkan terima wang UMNO untuk menutup kemungkaran dan bersubahat) dan wang hasil 1MDB.

Justeru itu melihatkan kepada respon segera Ustaz Zaharuddin terhadap pandangan Ustaz Nik Abduh, pelbagai spekulasi dibayangkan oleh netizens. 

Ini penjelasan penuh Ustaz Zaharuddin.

MENJAWAB KRITIKAN USTAZ NIK ABDUH TENTANG PERLAKSANAAN TANGGUH PERNIAGAAN WAKTU ISYA DI KELANTAN.

1. Dari segi ruh perlaksanaan.

Perlaksanaan menutup premis perniagaan sementara waktu dari jam 8 30 malam – 10 00 malam adalah sesuatu yang baik dan bertepatan dengan ruh perlaksanaan syariat di zaman nabi dan sahabat R.A. Ketika menafsirkan surah An-Nur ayat 37, Ibnu abbas berkata: “mereka-mereka itu adalah orang-orang yang mencari kelebihan dan redha Allah swt, mereka melakukan transaksi jual dan beli. Apabila mereka mendengar azan, mereka melepaskan apa yang ada di tangan mereka dan mereka terus menuju ke masjid dan bersolat. Ayat surah An-Nur berbunyi:
رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّهِ
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat - An-Nur: 37.

Perniagaan dihentikan waktu solat selepas itu bukan sahaja dilakukan secara sukarela individu (sebagaimana peringkat awal), bahkan ianya adalah sesuatu yang sabit gesaan penangguhannya perniagaan di zaman Rasulullah dan diikuti oleh para Khulafa Ar-Raasyidun R.A. Perlaksanaan di Mekah pada hari ini bukan inisiatif keluarga As-Saud atau kerajaan Saudi, tetapi ia adalah adat turun temurun sejak daripada zaman Rasulullah saw.

Perlaksanaan di Kelantan untuk menangguhkan perniagaan dari jam 8 30 malam sehingga 10 00 malam adalah sesuatu yang tidak bercanggah dengan adat Rasulullah, sahabat dan sepanjang pemerintahan Islam di zaman khalifah justeru ia mengandungi waktu solat Isya sekitar 8 30 – 9 00 malam.
Dari segi kesan positif perniagaan, ia memberikan kelegaan kepada peniaga-peniaga yang ingin melaksanaan solat isya dan terawikh berjemaah di masjid. Mereka sebelum ini serba salah antara ingin solat terawikh di masjid maka terpaksa tinggalkan premis atau meneruskan perniagaan maka terpaksa tingalkan terawikh berjemaah di masjid.

2. Melegakan mereka yang mementingkan ibadat sama ada mereka peniaga atau pembeli.

Dengan keputusan kerajaan Kelantan ini, semua mereka mempunyai keselarasan masa, solat beramai-ramai dahulu kemudian mula berniaga bagi peniaga dan mula membeli bagi pembeli. Yang berniaga tak terkejar ke premis takut terlepas pelanggan dan pembeli pula tak terkejar ke kedai-kedai takut tak sempat membeli.

3. Hadis yang digunakan sebagai hujah membangkang perlaksanaan kerajaan Kelantan.

Dari segi hadis yang dinukilkan oleh YB Ustaz Nik Abduh tersebut, ia menyokong perlaksanaan kerajaan Kelantan berbanding cadangan YB Ustaz Nik Abduh supaya ia ditarikh balik.

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Maajah sebagaimana ditafsirkan di dalam kitab Mirqaat Al-Mafaatih bahawa maksud diharamkan itu ialah diharamkan daripada daripada bertemu dengan malam lailatul qadar. Di dalam syarah tersebut menyebut: “(1 malam Lailatul Qadar) adalah malam yang tidak jelas (jatuh malam ke berapa) daripada malam-malam Ramadhan. Maka hendaklah kamu dirikan ibadat (qiam) pada semua malamnya (bukan secara bercerap dan berpilih) dengan harapan salah satu ibadatnya bertepatan dengan malam Lailatul Qadar (yang hanya berlaku 1 malam tetapi kebaikannya adalah menyeluruh). Lafaz hadis menyebut: “Barangsiapa yang diharamkan (bertemu malam lailatul qadar)” adalah bermaksud diharamkan bertemu kebaikan Lailatul Qadar, berbetulan ibadat dengan malam tersebut serta terhalang untuk melakukan Qiamullail pada malamnya, maka ia terhalang daripada kebaikan keseluruhannya. - (Hasyiah Mirqaat Al-Mafaatih).

Jadi maksud haram di situ bukan kerajaan mengharamkan orang berniaga, tetapi haram di di dalam hadis tersebut memaksudkan dengan makna terhalang atau dihalang oleh Allah swt seperti tertidur, tersibuk dengan perniagaan, datang urgency yang lain menyebabkan tidak boleh bersolat dan berqiamullail dan seumpamanya. Ini maksud diharamkan di dalam hadis tersebut.

Maksud kebaikan di dalam hadis itu pula ialah kebaikan malam lailatul qadar, bukan kebaikan keuntungan perniagan yang halal tanpa menafikan keuntungan perniagaan adalah kebaikan, tetapi ia bukan maksud hadis tersebut. Bahkan tanpa dinafikan, Bersama isteri juaga adalah kebaikan, tetapi kebaikan ini ditinggalkan oleh Nabi dan para sahabat apabila tiba 10 akhir bulan Ramadhan.

Jadi kesimpulannya, tindakan kerajaan Kelantan itu lebih menepati hadis yang dibaca oleh YB Nik Abduh berbanding hujah sebaliknya. - 8 Mei 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/05/sokong-larangan-tutup-kedai-makan-waktu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nik Abduh Harap Arahan Tutup Kedai Makan Waktu Tarawih Ditarik Balik

Nik Abduh Harap Arahan Tutup Kedai Makan Waktu Tarawih Ditarik Balik

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 600 hits
MALAYSIAKINI Anggota jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berharap kerajaan Kelantan menarik balik arahan agar kedai makan dan restoran ditutup pada waktu solat tarawih Menurutnya arahan itu mengganggu kebenaran dan keber...
Kelantan Arah Kedai Makan Tutup Sementara Galak Umat Islam Solat Terawih

Kelantan Arah Kedai Makan Tutup Sementara Galak Umat Islam Solat Terawih

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 526 hits
Pengusaha kedai makan dan restoran di seluruh Kelantan diarahkan menghentikan sementara perniagaan bermula jam 8 30 hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan tahun ini Ia bagi menggalakkan umat Islam menunaikan sembahyang terawih berjemaah di...
Tak Setuju Arahan Tutup Kedai Makan Nik Abduh Dan Annuar Disokong Netizens

Tak Setuju Arahan Tutup Kedai Makan Nik Abduh Dan Annuar Disokong Netizens

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 590 hits
SOSMED Arahan penutupan kedai makan melayu di Kelantan terus menerima kecaman pelbagai pihak Arahan penutupan itu pada awalnya tular pada malam 1 Ramadhan ketika umat Islam menunaikan terawikh kali kedua Arahan itu kemudiannya dilaporkan se...
Dalam Jamaah Kena Ikut Imam Tuan Guru

Dalam Jamaah Kena Ikut Imam Tuan Guru

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 368 hits
NAZIHAH KHAN 14 MAY 2019KUALA LUMPUR Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli PAS hendaklah sentiasa istiqamah dalam perjuangan Islam merangkumi matlamat dasar akidah perjuangan dan menjaga akhlak Islam Ujarnya ahli PA...
Tindakan Zaharudin Tiada Restu Dari Tuan Guru

Tindakan Zaharudin Tiada Restu Dari Tuan Guru

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR Dakwaan bekas anggota Jawatankuasa PAS Pusat Zaharudin Muhammad mendedahkan isu berhubung kartel dedak suatu ketika dulu mendapat restu presiden parti terbabit adalah tidak benar Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awan...
Tok Guru Tok Wali Pun Sokong Pas Mung Nak Lawan

Tok Guru Tok Wali Pun Sokong Pas Mung Nak Lawan

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 1212 hits
Saya bawakan kepada anda koleksi gambar Ulama Pondok dan sesetengahnya dikatakan sebagai Auliya yang berada dalam perjuangan PAS Apa lagi alasan dan tuduhan yang anda nak lemparkan kepada PAS Mungkin kalau saya nyatakan Tuan Guru tuan guru ...
Doakan Buat Tuan Guru Ismail Kamus

Doakan Buat Tuan Guru Ismail Kamus

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 910 hits
DOAKAN BUAT TUAN GURU KITA YA Assalamualaikum sahabat2 semua Mintak doakan Ustaz ismail kamus kini berada Di IJN Baru lepas menjalani operation jantung Nampak uzur sangat2 Mintak tolong doakan agar ustaz kembali sihat seperti biasa Aamiinn
Selama Puasa Penumpang Di Dalam Mrt Diizinkan Minum Dan Makan Saat Waktu Berbuka

Selama Puasa Penumpang Di Dalam Mrt Diizinkan Minum Dan Makan Saat Waktu Berbuka

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 379 hits
Mulai 1 Mei kemarin Moda Raya Terpadu akan beroperasi lebih awal dan berakhir lebih malam Yakni dari pukul 05 00 Wib sampai pukul 24 00 Wib
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Remaja Lemas Ketika Mandi Di Sungai Kg Kamansi Bingkor Keningau

Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil