Sokong Kerana Ambil Dari Yang Tidak Sepatutnya Dapat


 




1. Saya sokong subsidi bersasar dalam apa jua sektor, apatah lagi pemansuhannya terhadap warga asing. 


2. Pengumuman penarikan subsidi RON95 dan subsidi pendidikan terhadap golongan T15 sangat merunsingkan ketika mana pengkelasannya tidak jelas dan ramai yang cenderung untuk merujuk jadual pembahagian pendapatan yang sedia ada.


3. Semalam YB Rafizi Ramli mengatakan bahawa pengkelasan pendapatan akan disemak semula supaya ia lebih ada, dengan mengambilkira pendapatan bersih atau pendapatan boleh guna isi rumah. Ini berita yang agak melegakan. PADU tak berbunyi lagi setakat ini. Benarkah padu sistemnya? 


4. Kerajaan Perpaduan harus sangat berhati-hati dengan pengkelasan T15 kerana pada masa ini ia berada dalam julat RM13500-RM15000 sebulan, pendapatan isi rumah. Bermaksud ia adalah jumlah pendapatan sepasang suami isteri pegawai kerajaan bergred 44-52. Mereka ini kebanyakannya berada dalam fasa membesarkan anak-anak dan menguruskan keluarga, bukan berjoli katak. 


5. Ini bermakna beratus ribu penjawat awam akan terkesan dengan penyasaran subsidi ini. Atau setidak-tidaknya, 400,000 guru akan terasa keperitannya, sedangkan mereka bukanlah termasuk dalam golongan 'Maha Kaya' yang sedang digempur oleh kerajaan ini. Bersediakah kerajaan berhadapan dengan golongan ini yang bakal berduka cita dan barangkali menterjemahkan isi hati mereka di kertas undi nanti? Mengapa tidak dalam peringkat awal ini, sasarkan warga asing sahaja dulu? 


6. Apa yang kayanya mereka ini? Keretanya sekadar Avanza, Estima recond, X70, Camry 9 tahun, Cross, Honda HRV, atau Alza baharu. Tak ada yang bergaya dengan Audi atau BMW. Kalau ada pun kereta second hand atau mereka itu ada bisnes sampingan lain. Makannya bukan di 'coffee house' hotel atau restoran 'fine dining'. Paling mewah pun mereka ini waktu keraian, sesekali makan Me'nate atau  bawa anak-anak ke Kenny Roger's. Melancongnya pun sendiri-sendiri, paling kuat secara bajet ke Thailand, Vietnam atau Indonesia. Nak ke umrah pun himpun duit bertahun-tahun. Bukan ikut suka hati bak pergi bila-bila masa. Beli pakaian pun menunggu masa-masa perayaan supaya dapat diskaun. 


7. Sikap dan pendekatan kerajaan tidak mesra kepada golongan ini yang setiap kali belanjawan dibentangkan, merupakan segmen paling terabai. Sedangkan merekalah faktor utama bagi menerus dan menjana ekonomi bawahan dalam negara ini. Kalau 'maha kaya', mereka berbelanja di luar, barangan pun pakai import-importan.


8. Ramai juga yang berhujah, kerajaan ini tidak populis dan rela kehilangan undi demi masa depan negara. Eh, bukankah kuasa diperlukan untuk melakukan perubahan dan kebaikan? Jika anda jatuh nanti, siapa yang nak meneruskan banyak lagi agenda reformasi yang diimpikan? Takkanlah nak lari tinggalkan separuh jalan?


9. Jika dalam tempoh dua tahun pun banyak yang sudah dipulihkan, maka gabungan kerajaan ini wajar terus berfungsi. Tetapi jika dasarnya terlalu 'bermusuhan' dengan golongan menengah yang menjadi pengundinya, bagaimana nak terus berkhidmat dan mengangkat martabat negara ini?


10. Harapnya kerajaan perpaduan ini bertindak bijak dan berfikir jauh. Yang dlgempur dan disindir itu juga adalah warga Malaysia yang berkorban demi negara ini. Biarlah segala tindakan kerajaan ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berserak.


#shmkritiksosial


-Sahul HM-






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/10/sokong-kerana-ambil-dari-yang-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Proton X70 2025 Kini Sokong Apple Carplay

Proton X70 2025 Kini Sokong Apple Carplay

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 231 hits
Berita baik buat pemilik model PROTON X70 2025 kerana PROTON memaklumkan Apple CarPlay telah tiba dalam sistem info hiburan kenderaan tersebut Untuk itu pihak PROTON telah berkongsikan tutorial cara pemasangan Apple CarPlay ke dalam kendera...
Menarik Subsidi Minyak Sepatutnya Menjadi Pilihan Terakhir Anwar

Menarik Subsidi Minyak Sepatutnya Menjadi Pilihan Terakhir Anwar

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 165 hits
October 2024 Tiga hari lalu Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan sedia berdepan gelora daripada rakyat berikutan penarikan subsidi petrol Ron95 yang bermula pada pertengahan tahun depan Beliau mengakui dasar sensitif itu berkemungk...
Gaji Mb Lebih Besar Dari Sepatutnya

Gaji Mb Lebih Besar Dari Sepatutnya

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 186 hits
Kataleyaa qaseehOrang macam mamat nilahh yang membuatkan bangsa sendiri tersungkur cucu Buang alaf baru
Sepatutnya Siti Zailah Sudah Lama Sebak

Sepatutnya Siti Zailah Sudah Lama Sebak

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 195 hits
Sepatutnya Siti Zailah Sudah Lama Sebak Ahli Parlimen PAS PN Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff sebak ketika menceritakan kesulitan dialami rakyat bawahan Beliau menyatakan sebak selepas meminta izin mencelah ketika Hamzah Zainudin memb...
Sokong Ajaran Sesat Pendirian Pas Mengenai Gisbh Dikecam

Sokong Ajaran Sesat Pendirian Pas Mengenai Gisbh Dikecam

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 193 hits
Parti Islam konon tapi kuat sokong ajaran sesat pendirian Pas mengenai GISBH dikecamHarapandailySikap Pas mempertikaikan tindakan Polis Diraja Malaysia menahan ahli kumpulan GISB Holdings di bawah Akta Kesalahan Keselamatan 2012 mengundang ...
Ini Senarai Ahli Keluarga Pimpinan Pas Yang Sokong Pmx

Ini Senarai Ahli Keluarga Pimpinan Pas Yang Sokong Pmx

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 271 hits
Seronoknya walaun adik Zahid masuk Pas ini senarai ahli keluarga pimpinan Pas yang sokong PMXHarapandailyPenyokong Pas yang juga digelar walaun dilihat begitu seronok dengan penyertaan adik kepada Presiden UMNO Datuk Abdul Hakim Hamidi dala...
Paling Green Flag Sokong Debut Solo Kekasih Jung Kyungho Pakai T Shirt Ada Gambar Sooyoung

Paling Green Flag Sokong Debut Solo Kekasih Jung Kyungho Pakai T Shirt Ada Gambar Sooyoung

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 153 hits
Memang boyfriend yang supportive tau Jung Kyung ho ni Artikel Berkaitan Baru baru ini Soo young Girls Generation telah mengadakan persembahan untuk lagu solo pertamanya Unstopabble di Tokyo dan menerima sokongan dari ramai peminat Selain pe...
Melayu Sokong Style Akmal Ye Ke

Melayu Sokong Style Akmal Ye Ke

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 124 hits
Pada pemilihan Bersatu bulan depan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal seperti kita maklum tidak mempertahankan jawatan ketua Pemuda yang disandangnya sejak 2020 Ini kerana beliau melepasi had usia bagi mengetuai sayap Pemuda Bersatu Maka tem...
9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia

Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 5 Jet Pejuang India

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Ketaksuban Terhadap Gen Ai Suatu Kebebalan

Seramai 46 Orang Dikurniakan Darjah Kebesaran Dan Pingat Sempena Memuliakan Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang

Amanah Melaka Wan Fayhsal Hina Jakim

Former Pm Ismail Sabri Late For Macc Questioning In Corruption Case

Akaun I Egold Bank Rakyat Kelebihan Syarat Dan Cara Mohon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Kitaran Batuan Nadi Dinamik Bumi

Seharian Tak Ada Air

Pasangan Kekasih Positif Dadah Dikejar 14 Mpv Polis Sejauh 96km