Sociopath Yiseo Pembelot Sooah Penonton Berbelah Bahagi Dengan Watak Wanita Dalam Itaewon Class
Drama “Itaewon Class” nampaknya sudah berjaya memenangi hati ramai peminat K-Drama. Dengar cerita, semua tak sabar menanti hari Jumaat dan Sabtu bagi menonton episod terbaru daripada naskhah tersebut. Sudah pun menjangkau episod 8, kesemua penonton pastinya gundah gulana menyaksikan kesusahan Park Saeroy dan rakan-rakannya dalam mempertahankan Pub DanBam daripada dimusnahkan oleh presiden Jangga.
Watak utama wanita dalam ‘Itaewon Class’
Bagi yang setia menonton drama anak-anak muda yang berdarah panas ini, pasti anda tahu yang terdapat dua karakter wanita utama di dalamnya. Oh Sooah (Kwon Nara) yang merupakan cinta pertama Park Saeroy pada zaman persekolahan serta Jo Yiseo (Kim Dami) iaitu seorang influencer terkenal yang menyertai pub tersebut sebagai pengurusnya. Dia juga tidak segan untuk mengakui perasaan cintanya terhadap lelaki kacak itu.
Oh Sooah kekasih lama yang jadi musuh
Kesemua penonton tahu bahawa Park Saeroy seperti tidak dapat melupakan Sooah kerana kenangan lama mereka. Meskipun wanita itu kini bekerja di bawah arahan musuh utamanya iaitu Presiden Jangga. Rata-rata penonton menganggap bahawa wanita itu belot dengan Saeroy kerana secara terangan dia mengakui bahawa dia menyaksikan kereta presiden itu yang melanggar ayah lelaki tersebut sehingga mati tetapi kini Sooah dengan tidak bersalah boleh bekerja untuk lelaki jahat tersebut.
Mereka juga tidak mengerti mengapa Saeroy masih boleh melayan Sooah dengan baik dan tanpa risau membincangkan hal restorannya ketika wanita itu berada bersama. Tak takut Sooah lapor pada presiden Jangga ke?
Jo Yiseo, ‘sociopath’ yang menjengkelkan
Jo Yiseo merupakan satu karakter yang sangat asing dalam drama Korea. Dia merupakan seorang gadis yang langsung tak takut untuk meluahkan pendapatnya tanpa memikirkan perasaan orang lain. Kalau ada yang tak tahu. Yiseo adalah seorang ‘sociopath’ di mana dia mempunyai penyakit personaliti anti-sosial (ASPD). Penghidap masalah mental ini tidak mempunyai kebolehan untuk memahami perasaan orang lain. Mereka sering melanggar peraturan dan membuat keputusan spontan tanpa berasa bersalah atas kesusahan yang disebabkan oleh tindakan tersebut.
Penonton nyata jengkel dengan wataknya yang hanya memandang Saeroy dengan rasa cinta tetapi mengkritik apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain. Contohnya apabila dia secara terangan mencaci Hyunyi (Lee Jooyoung) kerana kurang kemahiran memasak selain menyuruh Saeroy membuangnya kerana dia merupakan seorang transgender dan akan merosakkan imej restoran tersebut. Walaubagaimanapun, dia menukar personaliti 180 darjah apabila lelaki itu meminta mereka menerima Hyunyi seadanya. Sama juga apabila Yiseo menyelar Tony (Chris Lyon) dengan mengatakan bahawa dia bukanlah orang Korea kerana kulit gelapnya.
Penonton acap kali meluahkan rasa meluat mereka melihatkan perangai Yiseo yang biadap dan tidak sensitif. Memang benar dia mempunyai masalah ‘sociopath’ tetapi tindakannya yang kasar tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja hanya dengan alasan itu.
Tak pastilah Saeroy akan bersama dengan siapa akhirnya nanti. Pertama kali rasanya, penonton tak sukakan kedua-dua watak wanita utama.
Kalau nak tahu kesudahannya macam mana, sama-sama kita saksikan “Itaewon Class” di saluran JTBC dan Netflix!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kimchidaily.my/sociopath-yiseo-pembelot-sooah-penonton-berbelah-bahagi-dengan-watak-wanita-dalam-itaewon-class/