Sinopsis Kdrama Itaewon Class Dendam Dan Impian Seorang Bekas Banduan
Drama: Itaewon Class
Director: Kim Sung-Yoon
Writer: Jo Gwang-Jin (webcomic & screenplay)
Network: JTBC
Episodes: 16
Release Date: January 31 - March 21, 2020
Runtime: Friday & Saturday 23:00
Language: Korean
Country: South Korea
Star: Park Seo Joon, Kim Da Mi, Kwon Na Ra, Yoo Jae Myung, Ahn Bo Hyun
Rating: 8/10
Ingatkan Kdrama ni drama budak sekolah cinta2 yang biasa kita tengok. Rupanya lain..lain sangat.. Park Se Joon dalam drama ni nampak cool je. dia tak panas baran, tak buat keputusan terburu-buru, dia senyap je tapi dalam diam dia bertindak.
Park Seo Joon memegang watak Park Sae Yo ri. Dia anak yang baik dan anak kebanggaan ayahnya walaupun dia bukan pelajar yang cemerlang dan pandai. Dia biasa-biasa saja. Dia diajar ayahnya supaya berpendirian tetap walau apa pun berlaku. Sebab tu ayah nya percaya kan dia dan bangga dengan nya.
Park Se Yo Ri baru masuk ke sekolah yang sama dengan anak majikan ayahnya. Dah tentu lah majikan nya orang kaya dan ternama. Satu sekolah tu tak berani nak buat apa-apa pun pada anak majikan ayahnya tu termasuk la cikgu2 pun tak berani. Nama budak tu Jang Geun Won
Hari pertama Park Sae Ro Yi di sekolah tu, tak sampai satu jam pun, dia dah tumbuk muka si Jang Geum Won sebab dia nampak Geum Won buli kawan sekelas dia. Dia tak boleh nampak benda macam tu dan mula bertindak untuk bagi pengajaran pada Jang Geun Won
Dia bukan tak kenal budak jahat tu adalah majikan ayahnya tapi dia rasa perlu buat sesuatu bila cikgu pun macam tak kisah dengan benda jahat yang Geum Won buat
Memang puas hati la masa dia bagi penumbuk kat muka Geum Won. Muka Geum Won tu memang annoying sangat tau. Perangai nya lagi la...macam iblis. Hahhaah.
Lepas kes kena tumbuk tu ayah kepada Geum Won iaitu Presiden Jang datang ke sekolah dan suruh Park Sae Ro Yi di paksa untuk melutut meminta maaf pada anak dia. tapi Park Sae Ro Yi tak mau. Dia kan budak yang tetap pendirian. So dia menolak untuk minta maaf
Ayah Park Sae Ro Yi pun setuju dengan pendirian anak dia. dan dia rasa bangga anak dia tak melutut minta maaf. Si ayah nya kena pecat dan Park Sae Ro Yi di buang sekolah
Benda tak selesai kat situ je. Lepas di pecat ayah Park Sae ro Yi buka kedai makan. Dah lama dia ada impian nak berniaga. Satu hari masa ayahnya naik motorsikal lepas, beli barang, ada satu kereta datang dari belakang dan langgar ayah Park Sae Ro Yi. Ayah dia mati kat tempat kejadian
Korang tau siapa yang bunuh ayah Park Sae Ro Yi???? Yes!! Jang Geum Won. Polis datang kat tempat pengkebumian ayah Park Seo Ro Yi dan tunjuk kereta yang mungkin melanggar ayah dia. Masa tu Park Seo Ro Yi tau itu kereta Jang Geum Won
Terus dia pergi cari Geum Won kat hospital dan dia hampir2 bunuh Geum Won. Dia belasah Geum Won sampai setengah mati la budak tu. Disebab kan kes tu Park Sae Ro Yi di tahan dan dijatuhkan hukuman penjara. Geum Won yang langgar ayah dia bebas , sebab polis malas nak siasat benda2 melibatkan keluarga Presiden Jang ni. Diaorang kan kebal..
Ini ialah Ohh Soo A. Dia rakan sekelas Park Sae Ro Yi dan juga perempuan yang Park Sae Ro Yi suka. Dia anak yatim dan membesar di rumah anak yatim. Tapi ayah Park Sae Ro Yi lah yang banyak membantu dia dari segi pembiayaan pelajaran. Geum Won juga suka kat Soo A ni. Tapi Soo A tak suka pun
Masa Park Sae Ro Yi dalam penjara Soo A ni datang dan bagi tau Presiden Jang datang jumpa dia dan nak tanggung pelajaran dia. Sebenarnya Presiden Jang tu buat gitu supaya Soo A terhutang budi dan tak kan jadi saksi untuk kes kemalangan Ayah Park Sae Ro Yi. Jahat ..kan?
Lepas beberapa tahun, Park Sae Ro Yi pun keluar dari penjara dan Soo A pun dah habis belajar dan bekerja di Jagga. Jagga ni syarikat Presiden Jang la. Diaorang buat bisnes makanan, macam restoran yang ada banyak cawangan nya
Park Sae Ro Yi pun dah mula buka restoran kecil je. Memang tak de orang pun yang datang restoran dia. Tapi yang peliknya Soo A ni macam takut2 je yang restoran Park Sae Ro Yi ni terkenal dan orang ramai suka. Sebab dia tahu Park Sae Ro Yi ni kalau buat apa2 memang dia nekad dan bersungguh-sungguh,
Dia kan dah kerja kat Jagga. Mesti lah dia nak jaga juga restoran yang dia kerja. Tapi dia macam berbelah bahagi. Macam nak Ikut park Sae Ro Yi atau terus memihak Presiden Jang
Part ni korang pun akan rasa geram juga dengan Soo A. dan saya sendiri dah macam meluat dengan Soo A ni. Dia macam mengikut je cakap presiden Jang demi nak jaga periuk nasi dia
Diaorang berdua ni, Choi Seung-Kwon dan Ma Hyun-Yi . Mereka ni orang kuat Park Sae Ro Yi yang menguruskan restoran Danbam. masing2 ni ada kisah mereka sendiri. Choi Seung Kwon ni rakan satu penjara dengan Park Sae Ro Yi dulu.Masa dalam penjara diaorang suka bergaduh.Tapi last2 jadi kawan baik. Dia ada masalah baran sikit.
Ma Hyun Yi pulak , macam tomboy. Dia tukang masak tapi masakan nya tak sedap. Tapi dia usaha untuk masak lebih baik dari masa ke semasa lepas nampak Park Sae Ro Yi tak pecat dia bila masakan dia tak sedap. malah Park Sae Ro Yi ganda kan gaji dia. Bila ganda kan gaji dia , dia tau la yang dia kena masak setanding dengan gaji yang park Sae Ro Yi bayar
Bila restoran tak dapat sambutan dan tiba-tiba restoran kena tutup 3 bulan sebab langgar peraturan, Park Sae Ro Yi di datangi seorang instafamous dan blogger ni. Jo Yi Seo berusia 21 tahun. Dia menolak untuk masuk Universiti sebab nak tolong Park Sae Ro Yi uruskan restoran. Dengan kelebihan dia sebagai instafamous, dia berjaya buiat restoran Danbam dikenali ramai
Siapa yang paling risau bila tengok Danbam makin dipenuhi pengunjung?? Dah tentu la Soo A dan Presiden Jang. Susah nak teka apa benda yang sebenarnya Soo A ni nak. Dia macam tak tetap pendirian. dan dia sendiri mengaku dia tak macam Park Sae Ro Yi yang ada hala tuju dan tetap pendirian
Tapi tula,, Park Sae Ro Yi tetap suka kat dia
Jo Yi Seo ni pun sebenarnya suka kat Park Sae Ro Yi. Tapi dia tak la tunjuk sangat. Dia juga kawan baik dengan anak kedua Presiden Jang. Dan anak kedua presiden Jang. Jang Geun Soo memang tak ngam la dengan keluarga presiden Jang
Dia lebih suka hidup sendiri, dan kerja sendiri. Dia kerja cuci pinggan kat restoran Danbam tanpa pengetahuan presiden Jang. Dia sendiri pun tak tahu Park Sae Ro Yi , bos dia tu ada masalah dengan keluarga dia sejak dulu lagi
Korang mesti tertanya-tanya cemana Park Sae Ro Yi ni baru keluar penjara tapi dah boleh buka restoran, bayar pekerja gaji berganda walaupun restoran kena tutup 2 bulan..kan?? part ni yang best nya.. korang kena tau betapa bijak nya Park Sea Ro Yi ni atur langkah dia untuk berjaya
Saya paling suka dengan kata-kata Presiden Jang tentang Park Sae Ro Yi. "orang yang hidupnya mempunyai hala tuju, akan mencapai banyak perkara."
Cerita ni baru sampai episod 6. masih sempat untuk korang kejar tengok. Ada banyak pengajaran dan moral dalam cerita ni.Sangat bagus dan saya bagi rating 8/10
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/02/sinopsis-kdrama-itaewon-class-dendam.html