Soalan Lazim Pelan Data Guru 1bestarinet




SOALAN LAZIM
PELAN DATA GURU 1BESTARINET
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1.  APAKAH PELAN DATA GURU 1BESTARINET?
Pelan Data Guru 1BestariNet ialah pelan 4G LTE yang akan memberikan kuota 2GB rangkaian internet bulanan LTE dan kuota 2GB data jalur lebar kepada semua guru di sekolah-sekolah penerima 1BestariNet 4G Zoom seluruh Malaysia (bagaimanapun perkhidmatan ini tidak terdapat di sekolah-sekolah OCPE, ADSL atau VSAT) bagi tujuan memudah dan mempertingkat pengalaman pengajaran dan pembelajaran. Pelan data ini boleh digunakan pada telefon pintar Yes 4G LTE (untuk rangkaian data LTE) dan semua peranti aktif jalur lebar Yes (untuk rangkaian data jalur lebar)


2. BOLEHKAH SAYA KE KEDAI YES UNTUK MELANGGAN DATA GURU 1BESTARINET?
Pelan Data Guru 1BestariNet Guru hanya disediakan untuk guru-guru sekolah 1BestariNet 4G melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan tidak terdapat di mana-mana kedai YES.

3. APAKAH PERBEZAAN PERKHIDMATAN INI BERBANDING DENGAN APA YANG GURU-GURU TERIMA DI SEKOLAH 1BESTARINET?
Menerusi Pelan Data Guru 1Bestarinet ini, setiap guru (sekolah 4G) akan diberikan pelan data dengan kuota 2GB data LTE dan kuota 2GB data jalur lebar sebulan. Pelan data ini akan menggantikan pelan data 1.5GB data jalur lebar percuma yang diberikan secara gunasama di sekolah di bawa Fasa 1.

4. BAGAIMANA PULA DENGAN GURU-GURU SEKOLAH BUKAN 4G CONTOH: VSAT DAN ADSL?
Guru-guru di sekolah VSAT dan ADSL yang tinggal di kawasan yang ada liputan 4G boleh membuat permohonan untuk dibekalkan dengan pelan data guru 1BestariNet. Permohonan ini boleh dihantar kepada JPN untuk disalurkan kepada BTP. Permohonan ini akan melalui Jawatankuasa Teknikal Perkhidmatan 1BestariNet dan Jawatankuasa Pemandu Perkhidmatan 1BestariNet untuk kelulusan.

5. BAGAIMANA PULA DENGAN GURU-GURU SEKOLAH OCPE?
Pengetua / Guru Besar sekolah OCPE boleh membuat permohonan untuk guru-gurunya dibekalkan dengan pelan data guru 1BestariNet. Permohonan ini boleh dihantar kepada JPN untuk disalurkan kepada BTP. Permohonan ini kemudian akan melalui Jawatankuasa Teknikal Perkhidmatan 1BestariNet dan Jawatankuasa Pemandu Perkhidmatan 1BestariNet untuk kelulusan.

6. BAGAIMANAKAH SAYA DAPAT DISAMBUNGKAN KE RANGKAIAN JALUR LEBAR INI? 
Anda boleh disambungkan ke rangkaian jalur lebar ini melalui semua peranti YES (Dongle, Huddle, Zoom atau sebarang peranti aktif jalur lebar YES) dengan menggunakan ID 1BestariNet YES / kata laluan anda.

7. BAGAIMANAKAH SAYA DAPAT DISAMBUNGKAN KE PADA PERKHIDMATAN RANGKAIAN LTE? 
Anda boleh disambungkan kepada rangkaian LTE melalui telefon YES Altitude, setelah anda mendapat telefon yang diagihkan sebagai satu perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

8. BUAT MASA INI, SAYA BOLEH MENGGUNAKAN INTERNET DENGAN MENGGUNAKAN DONGLE SEKOLAH. APAKAH PERBEZAANNYA?
Anda masih boleh terus menggunakan Dongle sekolah dengan cara log masuk menggunakan ID 1BestariNet dan kata laluan anda. Di bawah Pelan Data Guru 1BestariNet, setiap guru di sekolah 4G diberikan kuota data peribadi sebanyak 2GB untuk mengakses internet, dan akses tanpa had (tanpa menggunakan kuota 2GB / bulanan) ke Frog VLE.

9. ADAKAH SAYA AKAN DIKENAKAN BAYARAN UNTUK PENGGUNAAN 2GB DATA INI? 

Tidak, pelan data dengan kuota 2GB sebulan LTE dan kuota 2GB sebulan jalur lebar disediakan secara percuma oleh KPM sebagai sebahagian daripada perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2.

10. ADAKAH TERDAPAT APA-APA POTONGAN DARIPADA PERUNTUKAN DATA SAYA JIKA SAYA MENGAKSES VLE SAHAJA? 
Tidak. Akses kepada VLE adalah percuma tanpa had. Bagaimanapun akses kepada laman-laman web luar yang dipautkan ke dalam VLE (contohnya YouTube) akan menggunakan kuota pelan data 2GB.

11. APAKAH CARA UNTUK MENYEMAK PELAN DATA GURU 1BESTARINET SAYA?
Anda boleh menyemak baki pelan data anda dengan cara log masuk ke My Account (http://selfcare.yes.my/myselfcare) menggunakan ID 1BestariNet YES anda. Baki yang dipaparkan menunjukkan baki pelan data yang masih boleh digunakan.

12. BOLEHKAN SAYA MEMBAWA KUOTA DATA YANG TIDAK DIGUNAKAN KE BULAN SETERUSNYA?
Tidak, Kuota data yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke bulan berikutnya.

13. SAYA TIDAK BOLEH LOG MASUK KE AKAUN KERANA TERLUPA KATA LALUAN, APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN? 
Hubungi pentadbir VLE sekolah anda untuk mendapatkan atau menetapkan semula kata laluan anda.

14. APAKAH CARA UNTUK MEMBOLEHKAN SAYA MENUKAR KATA LALUAN SAYA? 
Anda boleh menukar kata laluan dengan cara log masuk ke My Account: http://selfcare.yes.my/myselfcare dan kemudian klik pada “Personal Details”.Pada tab “Profile Information” di panel sebelah tepi akan dipaparkan “Change Password”.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://macammacamcite.blogspot.com/2017/03/soalan-lazim-pelan-data-guru-1bestarinet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelepasan Cukai Soalan Lazim Untuk Kita Semua

Pelepasan Cukai Soalan Lazim Untuk Kita Semua

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 91 hits
Setiap tahun mesti pening nak fikirkan macam mana nak kurangkan atau melepaskan diri dari dikenakan cukai yang banyak Kalau dapat full PCB memang best la Tapi selalunya dapat kurang dari half tu yang kena buat betul betul Potongan Zakat set...
Universitas Muhammadiyah Surakarta Kukuhkan 4 Guru Besar Sekaligus

Universitas Muhammadiyah Surakarta Kukuhkan 4 Guru Besar Sekaligus

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 102 hits
Universitas Muhammadiyah Surakarta akan mengukuhkan empat guru besar sekaligus Menurut rencana pengukuhan dilakukan di Edutorium UMS baik secara luring maupun daring Sabtu besok Dengan pengukuhan tersebut total guru besar yang dimiliki UMS ...
Al Fatihah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Al Fatihah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 86 hits
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya jua kita kembali Perginya Seorang Murobbi UmmahAl Fatihah buat Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 12 Februari 2015 bersamaan 22 Rabi ul Akhir 1436Khamis 9 40 malamSemoga berganti ...
Swimming Trunk For Teacher

Swimming Trunk For Teacher

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 200 hits
Taken from google imagesAir yang meresap ke dalam tubuh mampu meningkatkan aliran darah pada jantung dan tubuh manusia Keadaan ini menyebabkan berlakunya peningkatan yang baik pada pembuluh darah manakala fungsi kognitif pada otak akan turu...
Guru Habis Umur Ketika Ajar Quran

Guru Habis Umur Ketika Ajar Quran

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 126 hits
RIYADH Millions of citizens have joined Education Minister Azzam Al Dakheel in offering condolences and prayers for the Holy Qur an teacher who took his last breath while teaching students in the classroom Teaching is not just a job Rather ...
Sambutan Hari Guru 2016 Fridge Magnet

Sambutan Hari Guru 2016 Fridge Magnet

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 113 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera u ollss Now kita dah open order untuk tempahan Fridge Magnet sempena Hari Guru 2016 pada 16 Mei 2016 ni Maka kepada yang berminat untuk menempah fridge magnet sebagai hadiah kenang kenangan kepada para gu...
Forex Guru Dan Murahgurutipupunya

Forex Guru Dan Murahgurutipupunya

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 83 hits
Lama dah aku tak membelek buku rujukan dari SIFU yang aku hormati sorang ni Beliau terkenal dengan gelaran Master Khalid Dan aku antara salah seorang pembeli ebook beliau TFS Apa itu TFS Teknik Forex SebenarSepanjang aku bersama sama dengan...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Utilizing Crowdfunding For Business

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


10 Tempat Sarapan Terbaik Di Selangor

Office Rental Near Kl Sentral Station Advantages For Business Connectivity

Gaji 2005 Yuran Pengalaman 2016

The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Polis Tahan Pemandu Peribadi Kerana Melakukan Khianat Dan Memukul