Soal Duit Walid Usahakan Biarlah Susah Ainul Masih Tunggu Untuk Pembedahan Jantung
Pelawak Ali Puteh telah berkongsi luahan hatinya pada foto anakanda tercinta, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang dimuat naik di laman sosial.
Menerusi posting tersebut Ali seperti meninggalkan pesanan kepada Sharifah Ainul Mardiah atau lebih mesra dipanggil Ainul supaya terus kuat menempuhi hari mendatang.
View this post on Instagram
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul…untuk anak walid dan ibu sharifah nur ainul mardhiah..walid tau kamu kuat…soal duit walid usahakan..biar lah susah dan perit..ibu dan walid akan sentiasa bersama kamu..yg penting kamu kuat dan walid nak kamu terus kuat untuk ibu dan walid..
A post shared by @syedaliputeh 163K ACC HACKED (@aliputeh89) on Oct 23, 2019 at 4:04pm PDT
Lebih menyentuh perasaan apabila Ali memberitahu kepada Ainul supaya tidak perlu bimbang tentang wanga ringgit kerana dia akan usahakan, walaupun susah dan perit.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul…Untuk anak walid dan ibu Sharifah Nur Ainul Mardhiah.
View this post on Instagram
Allahu…terima nurse nicu hospital ampang…adik dah dpt katil baru…siap mainan untuk adik ainul…terima kasih auntie semua…doakan anak dan jage anak saya mcm anak sendiri….aminn sharifah nur ainul mardhiah
A post shared by @syedaliputeh 163K ACC HACKED (@aliputeh89) on Oct 20, 2019 at 6:01am PDT
“Walid tahu kamu kuat…Soal duit walid usahakan…biar lah susah dan perit..ibu dan walid akan sentiasa bersama kamu..yang penting kamu kuat dan walid nak kamu terus kuat untuk ibu dan walid,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Ali turut mendoakan kesihatan Ainul dan meminta supaya Ali dan isteri terus berdoa dan kuat untuk puterinya itu.
View this post on Instagram
Morning semua…umur kite dah 2 bulan lebih…rambut dh panjang..tp masih belom operation lagi..sikit lagi nnti baru boleh operation…
A post shared by @syedaliputeh 163K ACC HACKED (@aliputeh89) on Oct 16, 2019 at 6:16pm PDT
Ainul yang kini dah berusia 2 bulan lebih berdepan masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang dan bergantung kepada bantuan oksigen untuk bernafas.
Sekarang Ainul sedang menunggu giliran untuk menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) dan buat sementara waktu ditempatkan di tempatkan di Hospital Ampang untuk menjalani rawatan.
Sumber: ig Ali Puteh
The post “Soal Duit Walid Usahakan, Biarlah Susah”. Ainul Masih Tunggu Untuk Pembedahan Jantung appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/soal-duit-walid-usahakan-biarlah-susah-ainul-masih-tunggu-untuk-pembedahan-jantung/