Sncc Nafi Sekeras Kerasnya Dakwaan Misi Gsf Tidak Bawa Bantuan Kemanusiaan


SNCC Nafi Sekeras-Kerasnya Dakwaan Misi GSF Tidak Bawa Bantuan Kemanusiaan
SEPANG, 3 Okt (Bernama) — Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Israel misi Global Sumud Flotilla (GSF) tidak membawa bantuan kemanusiaan.
Ketua Pengarah SNCC Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata sejak awal lagi, semua perkembangan berkaitan penghantaran bantuan telah dikongsi secara terbuka di media sosial rasmi GSF dan Sumud Nusantara, termasuk sumbangan terakhir daripada Agensi Bulan Sabit Merah Turkiye (Kizilay).
“Kami sudah menjangkakan naratif ini akan dimainkan bagi menunjukkan perjalanan GSF hanyalah untuk membangkitkan gelombang dunia. Saya kira ini adalah satu petunjuk yang sangat besar bahawa rejim Israel kini berada dalam tekanan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sani Araby berkata pada peringkat akhir, bantuan tambahan turut dihantar oleh Kizilay menggunakan kapal tentera laut Turkiye. Beliau turut memaklumkan kapal terakhir Johnny M tidak dapat meneruskan pelayaran selepas dimasuki air sehingga separuh karam.
Menurut Sani Araby, GSF sejak berlepas dari Barcelona, Itali, Tunisia, Greece dan Malta, flotila itu membawa pelbagai bentuk bantuan dengan bukti bergambar yang telah dikongsikan.
Beliau bagaimanapun menegaskan fokus utama ketika ini adalah memastikan keselamatan 495 peserta yang kini dalam tahanan Israel.
BACA: 23 Sukarelawan Malaysia GSF Dijangka Diterbangkan Dalam Tempoh 48 Jam – SNCC
“Misi ini ditahan tanpa sebab munasabah. Kita tidak membawa senjata dan delegasi kita memberikan kerjasama penuh. Malah, kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh dilihat secara langsung menunjukkan tiada sebarang pergerakan mencurigakan yang boleh menggambarkan kita membawa ancaman,” katanya.
Oleh itu, beliau berharap seluruh rakyat Malaysia memberi fokus kepada Israel yang mencabul hak kemanusiaan.
“Jika kita terlalu fokus kepada persoalan ‘bantuan pergi ke mana’, kita sudah bawa naratif pesong bahawa siapa yang mencabuli misi,” katanya.
Ditanya gelombang kedua misi kemanusiaan ke Gaza, Sani Araby berkata selagi Gaza tidak dibebaskan, hak rakyatnya terus dinafikan dan kebuluran meruncing, dunia akan terus bangkit menyuarakan solidariti.
BACA JUGA: “Saya Bersedia,” Video Persediaan Farah Lee Sebelum Ditahan Buat Ramai Sebak Beliau berkata daripada perspektif antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), landskap kini semakin panas apabila negara seperti Colombia terus konsisten melaksanakan tindakan yang perlu termasuk mengambil pendirian memutuskan hubungan serta mengusir wakil Israel sebagai tekanan diplomatik.
“Jadi, masing-masing sedang melaksanakan peranan yang saya kira cukup mengejutkan kita dalam sejarah moden ini. Selepas 75 tahun, termasuklah United Kingdom (mengiktiraf Palestin),” katanya.
GSF disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara belayar menuju ke Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel, sambil menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.
Sumber: Bernama
The post SNCC Nafi Sekeras-Kerasnya Dakwaan Misi GSF Tidak Bawa Bantuan Kemanusiaan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/04/sncc-nafi-sekeras-kerasnya-dakwaan-misi-gsf-tidak-bawa-bantuan-kemanusiaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kapal Misi Gsf Berjaya Masuki Zon Merah R3 Sncc

Kapal Misi Gsf Berjaya Masuki Zon Merah R3 Sncc

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 149 hits
Kapal Misi GSF Berjaya Masuki Zon Merah R3 SNCC SEPANG 1 Okt Kapal misi Global Sumud Flotilla yang membawa bekalan kemanusiaan dan aktivis antarabangsa untuk membantu penduduk Gaza berjaya memasuki Zon Merah R3 menandakan jarak mereka ke pe...
Malaysia Mohon Bantuan Turki Bawa 23 Aktivis Gsf Keluar Dari Israel

Malaysia Mohon Bantuan Turki Bawa 23 Aktivis Gsf Keluar Dari Israel

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 182 hits
Faiz ZainudinPerdana Menteri Anwar Ibrahim berkata proses membawa pulang dijangka ambil masa dua atau tiga hari jika semua rundingan berjalan lancar Seramai 23 aktivis Global Sumud Flotilla dari Malaysia ditahan tentera Israel KUALA LUMPUR ...
Tuduhan Biadab Pm Anwar Pertahan Aktivis Kemanusiaan Gsf Mereka Bawa Makanan Ubat

Tuduhan Biadab Pm Anwar Pertahan Aktivis Kemanusiaan Gsf Mereka Bawa Makanan Ubat

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 142 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan Israel melabelkan aktivis misi Global Sumud Flotilla sebagai pengganas adalah kenyataan biadab Tegas beliau pelayaran GSF ke Gaza merupakan misi kemanusiaan untuk membantu pendudu...
Misi Kemanusiaan Gaza Dana Rm7 Juta Dibuka Oleh Persatuan Cinta Gaza Malaysia

Misi Kemanusiaan Gaza Dana Rm7 Juta Dibuka Oleh Persatuan Cinta Gaza Malaysia

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 164 hits
Assalamualaikum dan hai semua Tengahari tadi sambil scroll Facebook ternampak perkongsian di wall Nadhir Al Nuri Isu yang tengah hangat diperkatakan sekarang tak lain tak bukan tentang misi Gaza Hari Jumaat yang penuh keberkatan ini jom kit...
Gsf Contoh Misi Kemanusian Tanpa Batas Agong

Gsf Contoh Misi Kemanusian Tanpa Batas Agong

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 128 hits
KUALA LUMPUR 3 Okt Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyifatkan Global Sumud Flotilla adalah misi kemanusiaan murni yang menzahirkan semangat persaudaraan tanpa batas dalam membantu mereka yang kelaparan di Gaza khususnya warga emas wan...
Misi Gsf Kejam Wajah Ardell Ditumbuk Rambut Ditarik Amp Tangan Haikal Dipijak Tentera Isewel

Misi Gsf Kejam Wajah Ardell Ditumbuk Rambut Ditarik Amp Tangan Haikal Dipijak Tentera Isewel

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 249 hits
Terbaru melalui laporan Berita TV3 sebentar tadi dua aktivis kemanusiaan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla iaitu Ardell dan Haikal dilaporkan telah dikasari oleh tentera Israel hingga perlu mendapatkan rawatan di hospita...
Tanda Sokongan Alha Alfa Sumbang Rm46 000 Nekad Gegarkan Gelombang Kedua Misi Gsf

Tanda Sokongan Alha Alfa Sumbang Rm46 000 Nekad Gegarkan Gelombang Kedua Misi Gsf

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 134 hits
Usahawan dan jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa tampil menghulurkan sumbangan bagi menyokong misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla selepas menerima panggilan daripada aktivis kemanusiaan Nadir Al Nuri Menurut Alha dana tersebut diperlukan ...
Hiburan Misi Gsf Hospital Istanbul Maklum Keadaan Ardell Lemah Muntah Beberapa Kali Amp Tisu Bahu Koyak

Hiburan Misi Gsf Hospital Istanbul Maklum Keadaan Ardell Lemah Muntah Beberapa Kali Amp Tisu Bahu Koyak

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 236 hits
Terbaru melalui live pelakon Nadzmi Adhwa dia memaklumkan bahawa isteri Ardell bukan sahaja mengalami tekanan darah rendah malah lebih teruk dari itu Advertisement Menurut Adhwa dia menerima panggilan daripada pihak hospital Istanbul y
Hiburan Misi Gsf Kisah Sebenar Ialah Penderitaan Rakyat G Bukan Kami Yang Ditahan Greta Thunberg

Hiburan Misi Gsf Kisah Sebenar Ialah Penderitaan Rakyat G Bukan Kami Yang Ditahan Greta Thunberg

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 132 hits
Melalui laporan RTM seorang aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla Greta Thunberg yang baru saja dilepaskan daripada tahanan tentera Israel semalam mengecam pemimpin antarabangsa kerana gagal pertahankan hak asasi manusia dan undang unda...
Free Entry For Nyonya Kebaya Clad Visitors A Masterstroke

Alcohol In School Halls Cabinet Decides To Keep Existing Rules Practice

Report Malaysians Demonstrate Cautious Optimism Amid Economic Uncertainty

Embarrassing Fam Scandal Reflect Deep Rooted Accountability Crisis In Malaysia S Major Institutions

Pengiktirafan Amerika Syarikat Terhadap Kepimpinan Kuat Malaysia Dalam Menangani Cabaran Global

30 Petua Kesihatan Tradisional Melayu Dengan Bidara

Printing Kotak Packaging Lipmatte Custom Tambah Nilai Premium Pada Produk Anda

Waterhouse Residence O Y A M A Julia Mana As Architecte Canada


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Faizal Tahir Mimpi Bila Sampai Waktu Chord

The Electric Porsche Cayenne Enjoy 600 Km Of Exciting Journeys

Doa Jiran Menembusi Langit Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik Pppk Raih Simpati Ramai

Hiburan Kenapa Ramai Wanita Mengadu Bau Bawah Tu Jawapannya Bukan Apa Yang Korang Fikirkan

Kerajaan Lemah Jika Persepsi Fitnah Berterusan

Takiyuddin Keluar Malam