Snake Plant Daun Lidah Mak Mertua Tanaman Hiasan Indoor Untuk Bilik Boss Di Sekolah
As Salam, Snake Plant Tanaman Hiasan Indoor Untuk Bilik BOSS Di Sekolah-Tatkala saya menaip entri ini, saya sebenarnya terkenang-kenang akan pokok Snake Plant yang saya tinggalkan di sekolah.huwaa. Rancangan dan aturan Allah tentulah lebih baik dari segalanya
Orait, korang yang bukan peminat pokok-pokok hiasan indoor kenal dok pokok snake plant ni? mueheh.Den pon dulu tahu nama pokok ni hanyalah lidah mak mertua.Tapi masih tak faham awat depa bagi nama lagu tu.kiki. Snake plant banyak nama lain seperti Snake Plant Sansiviera, pokok lidah jin, lidah buaya dan beberapa nama lagi
saya pinjam gambar ni dari Google image. Sesuai lah nama pokok ni dengan bentuk daunnya yang panjang macam lidah.kann
Pokok snake plant yang saya beli di salah sebuah nursery pokok di Pekan Lukut, Port Dickson.Terima kasih Abg Hensem tolong pindahkan pokok ni dari pasu kecik ke pasu pilihan.heheh
Kalau ikutkan hari ini kami geng cikgu-cikgu sudah mula kembali menjalankan tugas di sekolah.Tapi dengan arahan PKP akibat wabak Covid-19 yang semakin serius melanda negara kita, maka kita semua kena #stay@home jelah
Tidak lupa saya ingin sampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada semua barisan frontliner dan juga backliner yang terlibat secara langsung dan tidak dalam menanggani wabak ini.kalian telah berkorban dan berjihad dalam memastikan kelancaran, keselamatan dan kesihatan kami semua dalam kondisi terbaik dan maksima.
Semoga Allah beri ganjaran terbaik dan setimpal dengan apa yang kalian usahakan dengan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat untuk kalian sekeluarga.aamiin
Pokok snake plant ni sebenarnya saya plan nak letak kat laluan SPBT di sekolah saya.Melihat pada saiz pokok dan gabungan warna hijau dan kuning yang cantik, saya pilih untuk letakkan snake plant ni di sudut bacaan Bilik BOSS di sekolah
Sempat lagi bergambo dengan pokok yang dah siap dipindahkan ke dalam pasu putih.Asalnya nak beli pasu putih tinggi atau hitam yang lawa sikit, tapi bajet tak cukup.hihi.Total saya beli 4 pokok snake plant ( termasuk yang kecik tu) dengan pasu plastik, tanah hitam bagai dalam RM 80 sahaja.Kalau ikut perasaan nak beli pasu yang lawa sahaja dah cecah RM 68 sebiji, belum lagi kira harga sepokok snake plant tu RM 18-
snake plant yang kecik tu dah tahu siapa punya kan.haha.Budak kemetot ni sibuk mintak nak jaga pokok katanya.Kesian pulak.saya suruh cari pokok yang kecik je dan harganya RM10 bagi pokok snake plant saiz macam tu.Hujung-hujung nanti dah tahu kan siapa yang kena jaga pokok ni.huh
Inilah laluan SPBT di sekolah saya atau saya namakan laluan ni SPBT WALK-
Nampak tak tu tiga "ketul" pokok snake plant yang saya beli saya letakkan di setiap tiang bilik BOSS dan bilik jiran iaitu Bilik Kesihatan sekolah. Tak sempat lagi saya nak ambik pic dari dekat.Apa khabarlah snake plant ni lepas seminggu lebih saya tinggalkan ni.Hari tu ada terfikir jugak nak bawak balik time cuti sekolah panjang-tapi jadual awal cuti dah penuh.Bila nak ambik, dah pulak kena PKP.Bertabahlah ya
Saya suka pokok hiasan indoor jenis macam ni selain money plant sebab ia memang mudah nak dijaga.Kebaikannya pun banyak jugak. Setakat yang saya tahu, ia pemberi oksigen yang bagus, boleh menyerap udara kotor dan berbau seperti asap rokok, asap kilang dan bau-bau tidak menyenangkan yang lain.
Trylah tanam atau beli pokok snake plant ni dan cuba letakkan dalam rumah anda.Pasti lebih menarik sebagai hiasan dan pada masa sama dapat manfaat untuk kesihatan ahli keluarga:)
Sampai jumpa lagi.Thanks reading this entry
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/03/snake-plant-daun-lidah-mak-mertua.html