Sman Terengganu Kemasukan Tingkatan 6 Stam 2026


Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) telah membuka permohonan kemasukan Tingkatan Enam (Prauniversiti) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Terengganu bagi Tahun 2026 menerusi https://jpint.awfatech.com/daftar.php.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke sekolah ini.
Sejarah Penubunan SMAN Terengganu Sejarah Pendidikan Sekolah Agama di Negeri Terengganu bermula dengan sistem sekolah pondok sebelum perang dunia kedua. Lahir dari kesedaran para cendekiawan dan ilmuwan berpendidikan agama.
Pada Peringkat awal penubuhan sekitar tahun 1930an, madrasah-madrasah ini adalah sumbangan  orang-orang dan juga Kerajaan Negeri. Sekolah-sekolah ini berasal daripada sekolah pondok dan dinamakan madrasah.
Selepas itu, Sekolah Agama tersebut dikenali sebagai Sekolah Arab yang mana pada awal penubuhannya, mata pelajaran yang diajar di sekolah tersebut menfokuskan kepada Agama dan Bahasa Arab.
Selepas tahun 1960an, Sistem pendidikan Sekolah Arab ini telah dikaji dan sistem baru yang lebih sesuai telah diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran dengan Bahasa Arab dan Pelajaran Agama tidak diketepikan.
Sistem Peperiksaan SRP dan PMR mulai diperkenalkan dan pelajar-pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan tersebut.
Bersesuaian dengan sistem pendidikan baru yang berorientasikan Sistem Pendidikan Kebangsaan itu maka, Sekolah-sekolah Arab seterusnya dipanggil Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu (SMAN Terengganu).
Kelebihan Tingkatan 6 (Prauniversiti) Antara kelebihan bagi pelajar Tingkatan 6 atau Prauniversiti adalah seperti berikut:
Biasiswa ditawarkan kepada yang berkelayakan Peluang menyambung pengajian di luar negara Laluan pantas ke peringkat Ijazah Tempoh pengajian yang singkat Persediaan akademik yang mantap Kos pengajian yang rendah Peluang kerjaya yang luas Pengalaman kokurikulum yang berharga Senarai Sekolah Sekolah yang terlibat bagi kemasukan Tingkatan 6 untuk STAM ini adalah seperti berikut:
Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman Sekolah Menengah Agama Al-Falah
Jalan Padang Chukai
24000 Kemaman
Terengganu Darul Iman Syarat Am Syarat am untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:
Berumur Tidak Kurang 17 Tahun & Tidak Lebih 21 Tahun Pada Pengambilan Prauniversiti STAM 2026. Warganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman. LULUS Peperiksaan Percubaan SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Terbuka kepada murid dari:
– Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / Sekolah Menengah Agama Terengganu
– Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI)
– Sekolah Menengah Agama Swasta Telah mengikuti satu daripada pakej KBD pada peringkat menengah atas; atau Telah mengikuti Kurikulum Maahad al-Bu’uth al-Islamiah al-Azhar al-Syarif sekurang-kurangnya dua (2) tahun di sekolah/institusi yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia atau Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN) – (Jabatan/Yayasan/Majlis Agama Islam Negeri). Syarat Khas Selain itu, syarat khas juga mesti dipenuhi iaitu:
Calon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana TIGA mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) iaitu Al-Lughah Al-’Arabiyyah Al-Mu’ asirah, Al-Syariah, Usul Al-Din, Manahij Al-Ulum Al-Islamiyah, Al-Adab wa Al-Balaghah; atau Calon perlu mendapatkan dokumen/penyataan/pengesahan daripada Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN) – (Jabatan/Yayasan/Majlis Agama Islam Negeri) yang membuktikan telah mengikuti dua tahun pengajian; dan Memperoleh sekurang-kurangnya Gred D dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat keputusan terbaik. Cara Memohon Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://jpint.awfatech.com/daftar.php mulai 26 Disember 2025 sehingga 9 Januari 2026.
Tarikh Penting Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:
PerkaraTarikh PentingPermohonan Dibuka26 Disember 2025Permohonan Ditutup9 Januari 2026Semakan Keputusan Tawaran15 Januari 2026 bermula pukul 3.00 petangTempoh Setuju Terima Tawaran15 Januari 2026 hingga 21 Januari 2026Pendaftaran/Lapor Diri25 Januari 2026Keputusan Rayuan29 Januari 2026Pendaftaran/Lapor Diri Calon Rayuan3 Februari 2026 Soalan Lazim Bilakah tarikh permohonan Tingkatan 6 STAM ini dibuka? Permohonan kemasukan dibuka mulai 26 Disember 2025 sehingga 9 Januari 2026.
Apakah nama sekolah bagi kemasukan ke Tingkatan 6 STAM ini? – Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
– STAM Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman
Jika saya tidak mengambil Peperiksaan Percubaan SPM, adakah saya boleh memohon? Tidak. Pemohon mestilah lulus Peperiksaan Percubaan SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 6 STAM di SMAN Terengganu ini? Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://jpint.awfatech.com/daftar.php.
Jika permohonan tidak berjaya, adakah saya boleh membuat rayuan? Ya. Permohonan rayuan boleh dibuat selepas keputusan permohonan diumumkan.
Info Lanjut Info lanjut mengenai kemasukan ke Tingkatan 6 STAM bagi SMAN Terengganu, sila layari laman web https://jpint.terengganu.gov.my/.
Baca juga: SMAN Perak: Permohonan Tingkatan 4 SMA Negeri Perak 2026


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sman-terengganu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sman-terengganu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Khusus Dan Maktab Rendah Sains Mara Tahun 2026

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Khusus Dan Maktab Rendah Sains Mara Tahun 2026

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 141 hits
Semakan Tawaran Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA Tahun 2026 bagi murid Tingkatan 1 Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia akan dibuka mulai 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026 melalui pautan berikut 1 ...
Report Malaysia S Talent Market Shifts To High Value Roles In 2026 Amid Digital Ai Surge

Report Malaysia S Talent Market Shifts To High Value Roles In 2026 Amid Digital Ai Surge

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 149 hits
DRIVEN by competitive operating costs strong infrastructure and a strategic location Malaysia is now the destination of choice for global firms seeking expansion in the region The influx of capital and rapid pace of digitalisation are creat...
Saya Akan Jaga Hingga Hujung Nafas Bekas Isteri Pertama Datuk Red Dah Temui Pengganti Bakal Nikah 2026

Saya Akan Jaga Hingga Hujung Nafas Bekas Isteri Pertama Datuk Red Dah Temui Pengganti Bakal Nikah 2026

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 143 hits
Bekas isteri pertama Datuk Red Syarifah Nor Shafila kembali menjadi perhatian selepas beliau memuat naik foto bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai teman istimewanya Dalam video tersebut Syarifah dilihat tersenyum sambil meninggalkan ...
Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 181 hits
Setiap awal tahun ramai berazam untuk menyimpan wang dengan lebih konsisten Namun tanpa sasaran yang jelas azam simpanan sering tinggal angan angan Target simpanan 2026 membantu kita semua menetapkan matlamat kewangan yang realistik teranca...
Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 204 hits
23 Disember 2025 Selasa Cuti Akhir Persekolahan bagi sesi 2025 2026 telah pun bermula Bagi mengelakkan dak Nuha terpaksa mengambil cuti sakit di penghujung sesi persekolahan inilah sebabnya dia menjalani prosedur minor surgery di Tambahan p...
2026 S Most Precious Christmas Present For Me Bossku Remains Behind Bars In Kajang Prison

2026 S Most Precious Christmas Present For Me Bossku Remains Behind Bars In Kajang Prison

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 139 hits
Letter to editorI M not a Christian but this Christmas I have something wonderful to rejoice in the thought that disgraced former premier Datuk Seri Najib Razak will be in Kajang Prison instead of lazing comfortably at home I don t agree wi...
Sekolah Seni Malaysia Sekolah Sukan Semakan Keputusan Permohonan 2026

Sekolah Seni Malaysia Sekolah Sukan Semakan Keputusan Permohonan 2026

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 155 hits
Semakan keputusan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah Seni Malaysia Program Pendidikan Seni boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang eSSEM bermula 22 Disember 2025 hingga 9 Januari 2026 Berikut dikongsikan syarat ...
Program Khusus Bertugas Ke Luar Negara 2026 Kpm

Program Khusus Bertugas Ke Luar Negara 2026 Kpm

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 147 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah membuka permohonan Program Khusus Bertugas Ke Luar Negara yang boleh dipohon menerusi borang permohonan di pautan Berikut adalah maklumat lanjut mengenai progr...
Kl Residents Group Seeks Clarity On Dbkl S 2026 Budget

Kl Residents Group Seeks Clarity On Dbkl S 2026 Budget

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 107 hits
The group says there is still no public disclosure on whether the proposed budget has been finalised or approved The lack of clarity makes it difficult for residents to understand DBKL s priorities and planned spending for the coming year s...
Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Kenali Silkscreen Printing Untuk Botol Rahsia Cetakan Tahan Lama Elegan

Countdown Hotspots In Klang Valley

Penghargaan Cemerlang Skuad Futsal Harimau Malaya Terima Hadiah Tempat Ketiga

Balik Kampung Cuti Sekolah

What Could Be The Best New Year Message Ever

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Selamat Tahun Baru 2026 Dari Blog Mekyuhhh

Irresistible Italian Beef Recipe Serious Eats

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Cara Kurangkan Bayaran Cukai Pendapatan

Jangan Jahil Murakkab

Bersalah Terima Rasuah Sebanyak Rm2 000 Seorang Penolong Jurutera Majlis Bandaraya Kuantan Di Denda Rm16 000