Sky Mirror Tour Must Try Tour Dengan Pemandangan Menakjubkan Dan Pengalaman Berada Di Tengah Lautan


Anda pernah ke Sky Mirror? Sky Mirror merupakan satu fenomena alam di Malaysia yang seakan-akan di Salar de Uyuni, Bolivia. Bezanya tiada garam di sini. Sky Mirror ini terletak 30 minit perjalanan dengan menaiki bot dari Jeti Sungai Buluh di Jeram, Kuala Selangor, ke tengah Selat Melaka.

Fenomena Air Laut Surut
Fenomena ini terjadi apabila air di kawasan tersebut (di tengah laut-) surut. Sebenarnya kita akan berdiri dasar laut yang airnya menyusut dengan keluasan menjangkau 50 padang bolasepak. Memang sangat luas dan kita semua tahu, di dasar laut ada bukit, gunung, pertembungan air tawar dan masin serta pelbagai lagi. 
Apabila air menipis, akan memberikan refleksi kepada objek yang berada di atasnya seperti cermin yang memantulkan imej. 

Berapa Lama Ianya BerlakuKejadian ini berlaku hanya kira-kira 10 hari dalam sebulan di waktu yang berlainan. Tempahan pakej adalah wajib. No walk-in okay.



Kami bertolak selesai solat subuh menuju ke destinasi dengan perjalanan lebih kurang 1 jam kerana kami harus berada di sana mengikut masa unuk bertolak seperti yang ditetapkan



Kami sampai awal dan sambil menunggu wakil pihak penganjur, kami sempatlah layan ambil gambar dan tengok karenah monyet-monyet liar kat sini. 
Ada seekor monyet tu dah lama duduk kat tiang lampu yang sangat tinggi sambil menggoyangkan tiang. Memang risau pulak tengok kot-kot tiang ni terbalik jatuh atas bumbung kereta yang diparkirkan


Sebelum menaiki bot, kami diberi penerangan dan setiap peserta diberikan life jacket. Bot-bot yang membawa peserta dan pengunjung ini menelusuri laut dan mengambil masa dalam 30 minit untuk sampai ke kawasan yang mana air akan surut.
Bot ini melalui kawasan paya bakau, perjalanan ke tengah laut dihias dengan pemandangan camar yang sangat banyak sedang mencari rezeki.


Kami dah sampai dan para team Sky Mirror mengambil tempat untuk sesi fotografi. Masa ni air masih belum surut sepenuhnya yang akan memberi refleksi cantik bila di ambil gambar




Mengagumkan bila ternampak ada  ada sea creatures yang biasa kita jumpa sudah mati di darat, sedang bergerak perlahan di dasar lautan yang terbuka tu. MasyaAllah! Siput, ketam, ni memang cukup membuat kita teruja

Pantai Sasaran @ Sky Mirror bukanlah pantai tapi nampak macam pantai. Ia terjadi apabila air di kawasan tersebut surut sehingga mendedahkan dasar lautan. 



Memang indah dan DH yang pakai baju berwarna oren cukup terang dan menyerlah



Kami berada di sini lebih kurang 1 jam 30 minit untuk bergambar dan menikmati keindahan serta melihat pelbagai spesis kerangan yang hidup. Anda boleh sentuh dan pegang tapi jangan dibawa pulang



Memang puashati dan seronok dengan pengalaman yang kami dapat, bukan selalu boleh ke sini kerana kita perlu buat tempahan

Bila Ianya Berlaku?

"Kejadian fenomena air pasang-surut merupakan lumrah alam ciptaan Allah s.w.t. Kejadian pasang-surut juga dikenali sebagai naik turun paras air laut yang berpunca dari tarikan graviti bulan, matahari serta putaran bumi. Faktor kedudukan bulan dan matahari dengan bumi serta putaran bumi mempengaruhi naik turun paras air laut setiap hari. Mana-mana bahagian bumi yang berhadapan dengan bulan akan mengalami air pasang. Ini menyebabkan graviti yang menarik air laut ke atas. Graviti matahari turut mempengaruhi air pasang, tetapi disebabkan jarak bumi dan matahari lebih jauh, kesannya lebih kecil."- Cancelori Universiti Malaysia Terengganu.


Tip untuk ke Sky Mirror @ Sasaran1. Anda disarankan memakai pakaian berwarna warni,  berwarna terang serta ringan dan memakai selipar kerana di tengah laut nanti, kita kena berkaki ayam (barefoot) saja. 


2) Pastikan anda buang air besar atau air kecil terlebih dahulu sebelum menyertai trip ini kerana kat tengah laut memang tak ada tandas.


3) Sapukan sun burn lotion.


4) Pihak SMTT juga ada sediakan props berserta jurugambar yang akan mengambil gambar. Kalau nak bawa payung, topi pun boleh.


5) Anda boleh bergambar mengikut kreativiti atau mengambil video.


Tip Mengambil GambarBagi mendapatkan gambar yang cantik dan jelas, pastikan anda tidak mengocak air yang nipis yang akan memberi refleksi yang menarik dengan langit terang.



Berapa lama pakej Sky Mirror?Pakej ke Sky Mirror hanya setengah hari sahaja kerana air akan mula pasang dan pantai akan kembali menjadi lautan. Trip ke sky Mirror ini hanya sekali sehari.


Untuk mengetahui jadual perjalanan silalah berhubung dengan SMTT untuk mendapatkan maklumat yang lengkap


Harga pakejSila rujuk dan hubungi pihak Sky Mirror Travel and Tours


PeringatanPesan Tour Guide, jangan ambil apa-apa seperti kerang, cengkerang tapi ambillah seberapa banyak gambar yang cantik.




Sky Mirror Tour & Travel Sdn Bhd
15, Jalan Yu 1, 45800 Pekan Sasaran, Kuala Selangor,
Selangor, Malaysia.
Tel: +6019 266 6665 (YM Lim)
Email: [email protected]
https://skymirrormalaysia.org/
Web: https://www.facebook.com/skymirrortour/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2024/01/sky-mirror-tour-must-try-tour-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menonton Teater Psychosynthesis On Tour Di Permaisuri Zarith Sofea Opera House

Pengalaman Menonton Teater Psychosynthesis On Tour Di Permaisuri Zarith Sofea Opera House

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 306 hits
Pengalaman Menonton Teater Psychosynthesis On Tour di Permaisuri Zarith Sofea Opera House Menonton teater merupakan salah satu aktiviti menarik bagi Nona kerana terdapat penceritaan di dalamnya Kita sebagai penonton sememangnya didedahkan d...
Idme Kpm Pantau Setiap Jam Pastikan Berada Dalam Keadaan Baik

Idme Kpm Pantau Setiap Jam Pastikan Berada Dalam Keadaan Baik

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 268 hits
Fadhlina berucap memberi amanat pada majlis amanat Menteri Pendidikan Tahun Baharu 2024 di Auditorium Kompleks E PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan memantau Sistem Pengurusan Identiti setiap jam untuk memastikan sistem itu berada dalam keadaa...
Sarapan Di Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah Yang Tengah Viral

Sarapan Di Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah Yang Tengah Viral

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 170 hits
Hari Ahad hari tu balik Kuala Pilah kejap alang alang tu jomlah kita sarapan dulu di Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah yang tengah viral sekarang ni Sarapan ala ala berada di Cameron Highland katanya sebab cafe ni terletak di atas bukit Dul...
Penjelasan Istana Soal Jokowi Intensif Kunjungan Kerja Di Jawa Tengah

Penjelasan Istana Soal Jokowi Intensif Kunjungan Kerja Di Jawa Tengah

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 157 hits
Hal itu disampaikan Ari menjawab pertanyaan wartawan tentang alasan Presiden Joko Widodo intensif melakukan kunjungan kerja di Jawa Tengah
Foto Geliat Penjualan Rokok Elektrik Di Tengah Kenaikan Cukai Dan Desakan Who Larang Vape Aneka Rasa

Foto Geliat Penjualan Rokok Elektrik Di Tengah Kenaikan Cukai Dan Desakan Who Larang Vape Aneka Rasa

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 162 hits
WHO baru baru ini mendesak negara negara di dunia untuk menerbitkan aturan yang melarang rokok elektronik atau vape aneka rasa
Tun Daim Sah Didakwa Di Mahkamah Tapi Ditangguh Sebab Berada Di Hospital

Tun Daim Sah Didakwa Di Mahkamah Tapi Ditangguh Sebab Berada Di Hospital

papar berkaitan - pada 24/1/2024 - jumlah : 230 hits
SPRM telah mendapat keizinan daripada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa bekas menteri kewangan Daim Zainuddin di mahkamah di bawah Akta SPRM sejak minggu lalu menurut Azam Baki Bagaimanapun ketua pesuruhjaya SPRM berkata mereka masih bel...
519 Desa Di Jawa Tengah Belum Ada Jaringan Internet

519 Desa Di Jawa Tengah Belum Ada Jaringan Internet

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 140 hits
Untuk itu Pemprov Jateng akan memasang jaringan internet demi meningkatkan kesejahteraan warga ernet
Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2024 Kini Berada Di Dua Lokasi

Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2024 Kini Berada Di Dua Lokasi

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 449 hits
ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2024 TAHUN KE 3 KINI BERADA DI DUA LOKASI Assalammualaikum semua Setelah kejayaan dua tahun menganjurkan Bazaar Raya bermula dengan dan Kini pada tahun 2024 Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya kembali den...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket