Sarapan Di Hillside Cafe Jemapoh Kuala Pilah Yang Tengah Viral
Hari Ahad hari tu balik Kuala Pilah kejap, alang-alang tu jomlah kita sarapan dulu di Hillside Cafe Jemapoh, Kuala Pilah yang tengah viral sekarang ni. Sarapan ala-ala berada di Cameron Highland katanya sebab cafe ni terletak di atas bukit.
Dulu tempat ni hanya sekadar bukit berdekatan dengan Hentian Rehat dan Rawat Jemapoh (RnR) yang dah terbiar lama. Kini, kembali hidup dengan adanya Hillside Cafe ni.
Cafe yang sangat aesthetic dan lokasinya di atas bukit jadi satu daya tarikan untuk pengunjung datang menjamu selera di sini. Sejak tular/ viral asyik naik di FYP TikTok, saya dah bookmark siap-siap dah
Baru minggu lepas lah dapat singgah di Hillside Cafe Jemapoh ni. Jauh sikitlah dari rumah Mak mentua.
Dari jauh dah nampak signboard Cafe. Dari jauh pun dah nampak betapa aesthetic nya cafe ni di atas bukit.
Kami parkir kereta di tepi jalan bawah bukit tu memandangkan tak banyak kereta. Ada satu lagi parkir kereta di atas, tapi kami tak tahulah jalan masuk dia. Tempat parkir tu untuk mereka yang tak larat nak mendaki tangga ke Cafe.
Kalau datang dari depan, kenalah mendaki tangga ni. Suka dengan konsep corak Morocco ni. Nice kan.
Kali pertama singgah sini, terpinga-pinga juga kami di mana nak pesan makanan sebab naik tangga ni ada meja, kerusi dan kedai kopi
Kami jalan ke sebelah kiri dan terus ke tempat makanan diletakkan. Ada macam-macam jenis makanan. Jadi pening pula tak tahu nak ambil apa. Di sini kena layan diri, ambil sendiri dan kemudian bayar di kaunter
Oleh kerana terlalu ramai orang, sempat ambil gambar beberapa je. Taknak kacau orang lalu lalang kan.
Malas fikir panjang, saya ambil nasi lemak dan bihun goreng sikit. Encik suami ambil pulut kuning dan kari.
Nasi lemak boleh tahan sedap. Tapi pulutnya kurang rasa kata encik suami. Takpelah, kita saja nak rasa-rasa makan di sini
Dah ambil dan bayar makanan, kami ke bawah semula cari meja. Dapatlah meja bahagian dalam sikit. Kononnya nak feeling sarapan di Cameron Highland duduk meja di tepi dekat dengan jalan besar tapi dah penuh pula.
Dah dapat meja, encik suami pesan kopi di kedai kopi sebelah kanan tu. Laluan kiri tu lah jalan menuju ke cafe tempat ambil makanan.
Atau boleh ikut tangga ni juga.
Selesai makan, kami tak tunggu lama dan terus balik kampung encik suami. Sebelum tu ambil gambar signboard Hillside Cafe yang menarik ni
Tak lupa juga untuk bergambar tanda hadir. Tapi dah kenapa bergambar macam tiang bendera je tu? Nampak kembang pun ye. Haishh..perempuan mana nak kalah kalau dalam gambar nampak gemuk, kan
Hillside Cafe ni memang menarik. Best kalau tak ramai orang, dapat lepak lama sikit. Kalau dapat duduk di gazebo ada pokok buluh tu lagilah menarik. Tapi dah ada orang masa kami cari meja tu. Kalau tidak memang syoklah kami lepak lama
Makanan banyak pilihan dan harga berpatutan. Tengah hype dan viral ni memang ramailah orang datang singgah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2024/01/sarapan-di-hillside-cafe-jemapoh-kuala.html