Skodeng Sama Diaa
Assalammualaikum..
Hi korang..
Petang Sabtu lepas beria Pak Zain ajak skodeng cucu dia tengah kerja..dari hari tu lagi Pak Zain ajak pi skodeng..SA malas la nak kacau dia kat tempat kerja kan...Dania cepat betul dapat adapt kerja sebagai cashier. Dia dah boleh handle machine cashier tu sorang tanpa pantauan..apa yang SA nampak la..takde yang standby sebelah dia dan takde yang tolong pun...lately ni pun dia rajin overtime sebab takde orang..ramai berhenti..laaa...patut la Zemart tu cari pekerja baru..
So petang Sabtu tu saje la pergi zemart setelah hampir 3 minggu SA x pi. Bukan x nak pergi cuma takde keperluan nak pergi..kebetulan Dania balik kerja pukul 7pm. Overtime lagi...then sambil tunggu dia selesai SA pun shopping la kejap beli apa yang patut..tapi takde la pi bayar kat kaunter dia..kaunter dia panjang betul orang beratur..
Sempat SA snap gambar dia dari kejauhan...pecah skit gambar sebab zoom in kan..
SA perasan dia rajin betul kerja...bagus la macam tu..sementara nak tunggu result dan sementara nak sambung belajar...dia risau tu takut x dapat sambung belajar...risau result dia...banyak lagi solution lain SA cakap kat dia..sementara tu kerja la dulu...at least boleh simpan- simpan duit untuk keperluan masa depan...Nanti SA nak bawak dia pi buka akaun ASB...belajar simpan duit...bila lagi nak belajar kan..asyik memenuhkan tabung je...itupun x kira lagi duit dalam tabung tu....at least boleh simpan duit nanti..
Hari ni dia off day..apa la yang dibuat kat rumah tu...bila fikirkan balik kan...sejak dia kerja ni kami x dapat nak buat apa- apa aktiviti...dia kata pergi jer la jalan...x yah la tunggu dia...erm...susah la kalau dia takde..x sampai hati plak nak tinggalkan...ye tak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2022/05/skodeng-sama-diaa.html