Skmm Kenal Pasti Helah Modus Operandi Scammer


Oleh Mohd Iskandar Ibrahim SKMM KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengenal pasti tiga helah dan penipuan dilakukan 'scammer' untuk memperdaya orang ramai supaya menyerahkan dokumen peribadi perbankan internet mereka.
SKMM dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan modus operandi digunakan pihak itu dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi seperti WhatsApp menyerupai pesanan daripada bank kepada pengguna secara rambang.
Menerusi SMS atau aplikasi melalui telefon, pengguna dimaklumkan berlaku transaksi kewangan mencurigakan atau wujud keperluan supaya pengguna mengesahkan, mengemas kini atau mengaktifkan semula akaun perbankan internet.
Pengguna seterusnya diminta melayari pautan laman sesawang palsu, yang mana mereka perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan akaun perbankan internet.
Malah, paparan di laman sesawang palsu itu akan kelihatan menyerupai laman sesawang perbankan internet sebenar, tetapi pautan URL pada laman terbabit mempunyai perbezaan dan variasi dari segi nama, huruf dan ejaan.
Selain itu, pengguna juga diminta menghubungi talian hotline palsu, iaitu pengguna akan berhubung dengan scammer yang menyamar sebagai pegawai bank atau pihak berkuasa.
Melalui interaksi itu, pengguna diminta melayari laman sesawang palsu dengan perlu memasukkan nama dan kata laluan, selain diminta memuat turun dan memasang aplikasi palsu dalam bentuk fail 'APK' yang memerlukan mereka memasukkan nama pengguna dan kata laluan akaun perbankan internet.
Kombinasi dan variasi helah serta modus operandi sama turut digunakan scammer untuk memperdaya dan memperoleh nombor TAC atau One-Time PIN (OTP) daripada pengguna.
Justeru, SKMM mengingatkan semua pengguna supaya sentiasa berwaspada apabila menerima SMS atau mana-mana aplikasi pesanan ringkas yang menyerupai pesanan daripada pihak bank.
"Jangan melayari dan memberikan maklumat perbankan di mana-mana laman sesawang dengan alamat URL yang mempunyai perbezaan dan variasi dari segi nama, huruf serta ejaan, berbanding laman perbankan internet sebenar.
"Selain itu, jangan sesekali menyerahkan nama dan kata laluan perbankan internet, termasuk nombor TAC dan OTP kepada mana-mana pihak melalui SMS atau mana-mana aplikasi pesanan ringkas atau kaedah lain," katanya.
Pengguna juga boleh menyalurkan maklumat dan membuat aduan berhubung perkara itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 dan 03-26101599 atau SKMM melalui pautan https://aduan.skmm.gov.my, selain e-mel kepada [email protected] atau menerusi aplikasi WhatsApp di nombor 016-2206262.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/skmm-kenal-pasti-helah-modus-operandi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pfizer Kenal Pasti Vaksin Covid 19 Palsu Di Mexico Poland

Pfizer Kenal Pasti Vaksin Covid 19 Palsu Di Mexico Poland

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 448 hits
Pfizer kenal pasti vaksin Covid 19 palsu di Mexico Poland Dikemas kini 32 saat yang lalu Diterbitkan pada 22 Apr 2021 7 30PM
71 Port Geng Plastik Hitam Dikenal Pasti Di Kedah

71 Port Geng Plastik Hitam Dikenal Pasti Di Kedah

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 364 hits
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah mempergiatkan pemantauan di 71 restoran dan kedai makan di negeri ini yang dikenal pasti sering dikunjungi kaki ponteng puasa pada bulan Ramadan Pengerusi Jawatankuasa Agama Pendidikan dan Sumber M...
Kongsi Ilmu Simpanan Berkesan Sspn Pa Ma Anjur E Workhop Llmu Simpan Duit A Z Panduan Pasti Berjaya

Kongsi Ilmu Simpanan Berkesan Sspn Pa Ma Anjur E Workhop Llmu Simpan Duit A Z Panduan Pasti Berjaya

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 261 hits
Demi masa depan anak anak kita sebagai ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk menyediakan simpanan untuk kemudahan mereka Selain simpanan kewangan untuk kecemasan kita harus merancang pelan simpanan pendidikan untuk kegunaan anak bagi mel...
Momen 10 Pasangan Artis Perdana Jalani Ramadan Bersama Bahagianya Pasti Beda

Momen 10 Pasangan Artis Perdana Jalani Ramadan Bersama Bahagianya Pasti Beda

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 332 hits
Ada yang kesiangan ada pula yang habiskan waktu sahur di lokasi syuting Puasa hari pertama tetap penuh berkah
Jom Masak Sup Tulang Ala Thai Pasti Sedap

Jom Masak Sup Tulang Ala Thai Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 782 hits
Terdapat pelbagai jenis menu sup tulang Ada yang berempah masam masam pedas dan ada yang tidak terlalu beraroma Jika anda ingin mencuba masak sup tulang ala Thai berikut resipinya dan cara memasak Bahan Bahan 1kilo tulang lembu 2 biji bawan...
Polisi Sudah Tahu Modus Modus Pemudik Yang Ingin Tinggalkan Jakarta

Polisi Sudah Tahu Modus Modus Pemudik Yang Ingin Tinggalkan Jakarta

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 219 hits
Sambodo mengungkap modus lain yang ditemukan pada saat penyekatan pada tahun lalu Sambodo menyebut pemudik bersembunyi di bagasi atau toilet bis Selain itu ada pula pemudik yang memanfaatkan jasa angkutan travel
Macam Macam Taktik Scammer Menipu

Macam Macam Taktik Scammer Menipu

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 798 hits
Hampir kena scam di shopee tapi bukan k fiezz kena scam dengan seller sebab barang tak dapat ke apa Tapi kena scam ada orang konon konon nak beli barang yang k fiezz letak di shopee Macam macam taktik scammer menipu Rupanya ni salah satu ca...
Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Sinopsis Filem Mantera

Rajaram Raj Sulu Tampun Puji Chord

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Anak Tidak Perlukan Ibu Bapa Yang Sempurna

Skim Pembiayaan Perumahan Muda Syarat Kelayakan Jenis Pembiayaan