Skm Kenal Pasti Koperasi Berkemampuan Beli Saham Syarikat Tersenarai


Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sudah mengenal pasti beberapa buah koperasi tempatan yang berkemampuan membeli saham syarikat-syarikat berdaya saing dan maju yang tersenarai di Bursa Malaysia Securities.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata koperasi-koperasi ini dilihat berkebolehan untuk menerajui pembelian saham dalam syarikat penyenaraian awam yang sekali gus dapat meningkatkan pendapatan mereka.
“Cuma, kita hanya perlu mencari bagaimana (kaedah sesuai) untuk membolehkan mereka membeli saham dalam syarikat-syarikat penyenaraian awam di Bursa Malaysia, yang berdaya saing dan maju serta boleh memberi pulangan kepada koperasi,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri sesi interaktif bersama wakil-wakil koperasi dari zon tengah Sarawak di sini.
Beliau berkata penglibatan koperasi dalam pembelian saham syarikat-syarikat awam ini perlu dilaksanakan dengan teliti yang mana SKM akan memainkan peranan mengawal selia koperasi terlibat bagi memastikan aktiviti pembelian ini sejajar dengan objektif penubuhan mereka.
“Tugas SKM adalah menasihati agar koperasi-koperasi ini tidak lari daripada landasan (penubuhan mereka) dan hilang tujuan … takut juga mereka terlibat dalam tempat (syarikat) yang salah dan tidak mendatangkan hasil,” kata beliau.
Menerusi penglibatan dalam syarikat-syarikat awam, koperasi terbabit mampu meningkatkan sumbangan mereka kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 10 tahun akan datang, jelas Wan Junaidi.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata SKM buat masa ini belum merancang untuk mewajibkan semua koperasi melantik hanya pengurus yang memiliki kelulusan akademik dalam bidang koperasi sejajar dengan cadangan menaiktaraf Institut Koperasi Malaysia menjadi sebuah kolej universiti.
Beliau berkata peraturan sedia ada di bawah Akta Koperasi 1993 sudah mewajibkan mana-mana lembaga pengelola koperasi untuk menjalani kursus-kursus tertentu dalam menguruskan koperasi mereka.
Menurut Wan Junaidi, cadangan menaiktaraf institut ini setakat ini adalah hanya untuk menyediakan sumber manusia dengan kelayakan yang bersesuaian untuk menyuntik dinamik dan pemikiran baharu dalam pengurusan koperasi.
“Perundangan (mewajibkan pengurus berkelulusan koperasi) itu mungkin kita akan fikirkan kemudian, (tapi) kalau ada ahli lembaga (koperasi) mempunyai kecenderungan hendak memanjangkan (pendidikan) sampai ke universiti, apa salahnya,” katanya.
Seramai 120 orang ahli mewakili 37 buah koperasi dari sini dan daerah di sekitarnya menghadiri sesi interaktif selama sehari itu yang dianjurkan oleh SKM dengan tujuan mendapatkan maklumbalas koperator bagi meningkatkan dan memantapkan lagi pembangunan koperasi mereka.- BERNAMA
The post SKM kenal pasti koperasi berkemampuan beli saham syarikat tersenarai appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/17/skm-kenal-pasti-koperasi-berkemampuan-beli-saham-syarikat-tersenarai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pernah Beli Syarikat Lotus Secara Tunai Ini Kisah Tragik Kematian Jutawan Tan Sri Yahaya

Pernah Beli Syarikat Lotus Secara Tunai Ini Kisah Tragik Kematian Jutawan Tan Sri Yahaya

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 412 hits
Pernah menggegarkan dunia dengan membeli Lotus secara tunai nama Tan Sri Yahaya Ahmad tidak asing lagi ketika tahun 90 an Beliau yang memegang jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan DRB Hicom itu terkenal dengan sikap rendah dirinya Tan Sri Yah...
Beligas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online

Beligas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 2392 hits
BeliGas Malaysia Tawar Perkhidmatan Beli Gas Masak Murah Secara Online Tengah syok memasak gas pulak habis Apa perasaan korang Mesti kelam kabut dan rasa stress kan Ada ke yang sampai stress Haha Cam aku sendiri kalau kat umah ni memang ber...
Beli Gas Murah Dan Mudah Secara Online Di Beligas My

Beli Gas Murah Dan Mudah Secara Online Di Beligas My

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 692 hits
Pernah tak tengah syok memasak tiba tiba gas padam daa Kena pula ada tetamu nak datang makan mau gelabah sakan punya lah Kalau rumah dekat dengan kedai gas tu masih okay lah lagi tapi kadang kadang tak ada pula pekerja nak hantar ke rumah T...
Baru Muat Naik Foto Bersama Beli Rumah Rm16 Juta Netizen Bingung Hwang Jungeum Mahu Bercerai

Baru Muat Naik Foto Bersama Beli Rumah Rm16 Juta Netizen Bingung Hwang Jungeum Mahu Bercerai

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 414 hits
Tiada angin tiada ribut ramai yang nyata terkejut dengan berita pelakon Bahkan ramai yang tertanya tanya nasib anak lelaki pasangan itu yang sudah menjangkau usia 2 tahun Disebabkan oleh kisah ini semakin ramai yang cuba mengorek rahsia di ...
Beli Buah Mangga Lemak Muda Untuk Balas Dendam

Beli Buah Mangga Lemak Muda Untuk Balas Dendam

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 1017 hits
Oleh kerana sejak akhir akhir selera makan berkurang yang tak tahu entah kenapa Tapi masak untuk husband okay je Diri sendiri je kecelaruan dengan selera sendiri Lepas tu bila beli maknan tak kena dengan tekak nyesal pula tak masak sendiri ...
4 Warga Pekanbaru Tertipu Jual Beli Logam Mulia Via Medsos Kerugian Ratusan Juta

4 Warga Pekanbaru Tertipu Jual Beli Logam Mulia Via Medsos Kerugian Ratusan Juta

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 301 hits
Wira boru Sinaga salah satu korban mengaku memesan logam mulia tersebut lewat akun Facebook bernama Ginceu Iluva Total logam mulia yang dia pesan seberat 200 gram Namun setelah dipesan emas tersebut tak kunjung datang Sebelumnya dia juga pe...
Prabowo Ajukan Utang Luar Negeri Rp296 Triliun Untuk Beli Jet Tempur Dan Kapal

Prabowo Ajukan Utang Luar Negeri Rp296 Triliun Untuk Beli Jet Tempur Dan Kapal

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 358 hits
Menteri Pertahanan Prabowo Subianto dikabarkan mengajukan proposal untuk mendapat utang luar negeri sebesar USD 20 miliar atau sekitar Rp 296 triliun Dikutip dari janes com utang luar negeri sebesar itu dijadwalkan untuk periode lima tahun ...
Aston Villa Beli Cash

Aston Villa Beli Cash

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 320 hits
Aston Villa telah berjaya mendapatkan pemain pertahanan Matty Cash dari kelab Liga Kejuaraan Nottingham Forest dengan harga yang tidak didedahkan selepas tiga bidaan yang dibuat sebelum ini telah ditolak Bagaimanapun media British melaporka...
Rokok 4 5 Kotak Boleh Beli Susu Lampin Anak Bercatu Ingat Balik Lafaz Taklik Masa Nikah

Rokok 4 5 Kotak Boleh Beli Susu Lampin Anak Bercatu Ingat Balik Lafaz Taklik Masa Nikah

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 572 hits
Tak dinafikan dunia hari ini sangat mencabar dengan kos sara hidup yang makin meningkat Walaupun sekarang isteri ramai yang bekerja untuk membantu suami dan isteri yang keluar bekerja menjadi sesuatu yang biasa namun sebagai seorang lelaki ...
Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pm Anwar Dijemput Presiden Mesir Kunjungan Trump Ke Malaysia Amat Penting

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn

Doa 19 Oktober 2025

Ubah Ciptaan Allah Iqbal Zulkefli Serius Mahu Buat Pembedahan Hidung Cari Pakar Terbaik Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Clean Walkways In Sabah Sparks Debate On Civic Culture

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Lima Hari Tak Jumpa Reaksi Anak Lepas Nampak Ayah Di Tepi Jalan Buat Ramai Sebak