Skim Perlindungan Nasional B40 Mulai 1 Januari 2019


PUTRAJAYA: Skim Perlindungan Nasional B40 yang menawarkan perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan akan dilaksanakan bermula 1 Januari ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata dengan dana permulaan sebanyak RM2 bilion, ia sebagai bantuan kepada golongan berkenaan menghadapi cabaran yang timbul daripada masalah menghidap penyakit kritikal dan menjalani rawatan hospital yang boleh menjejaskan aliran pendapatan isi rumah mereka.
Beliau berkata, skim itu akan menyediakan perlindungan kesihatan secara percuma kepada penerima yang layak untuk 36 jenis penyakit kritikal dan mereka akan mendapat bayaran sehingga had RM8,000 yang diagihkan dalam tempoh yang akan diumumkan.
“Skim ini juga memberi bayaran harian sebagai pendapatan gantian semasa rawatan hospital untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun pada kadar RM50 sehari atau bersamaan dengan RM700 setahun.
“Dengan saiz dana sebanyak RM2 bilion sebagai permulaan, skim ini dijangka akan menawarkan perlindungan perubatan selama lima tahun untuk kumpulan sasaran.
“Kerajaan menjangkakan sebanyak 4.1 juta isi rumah B40 yang terdiri daripada individu berusia antara 18 hingga 55 tahun akan mendapat manfaat di bawah skim ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, perlindungan di bawah skim itu akan bermula pada 1 Januari depan manakala pendaftaran dan perkhidmatan sokongan pelanggan akan beroperasi mulai 1 Mac tahun depan.
“Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian dan tiada pemeriksaan perubatan diperlukan untuk pengesahan kelayakan. Semua penerima yang layak di bawah skim ini akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
“Maklumat lanjut mengenai mekanisme dan pelaksanaan skim ini akan dihuraikan apabila ia dilancarkan secara rasmi pada awal tahun depan,” katanya.
Guan Eng berkata, skim berkenaan satu langkah penting diambil kerajaan untuk menubuhkan jaringan keselamatan sosial dalam aspek perlindungan insurans dan takaful kesihatan untuk golongan berpendapatan rendah secara percuma.
“Skim ini, yang dilaksanakan buat kali pertama dalam sejarah Malaysia, berpandukan janji Manifesto Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) untuk memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Senarai 36 Penyakit Kritikal yang Dilindungi di bawah Skim Perlindungan Nasional B40:
1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
3. Meningitis Bakteria
4. Tumor Otak Benigna
5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
6. Pembedahan Otak
7. Kanser
8. Kardiomiopati Teruk
9. Anemia Aplasia Kronik
10. Koma
11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
13. Ensefalitis/encephalitis
14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
15. Penyakit Paru-Paru
16. AIDS Peringkat Teruk
17. Hepatitis Virus Fulminan
18. Serangan Jantung
19. Pembedahan Injap Jantung
20. HIV Akibat Transfusi Darah
21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
23. Hilang Pertuturan
24. Trauma Kepala Utama
25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
26. Penyakit Neuron Motor
27. Sklerosis Berbilang
28. Distrofi Otot
29. Kelumpuhan / Paraplegia
30. Penyakit Parkinson
31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
33. Strok
34. Pembedahan Aorta
35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
36. Pelecuran Tahap Ketiga
The post Skim Perlindungan Nasional B40 Mulai 1 Januari 2019 appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/skim-perlindungan-nasional-b40-mulai-1-januari-2019/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Umum Turunkan Harga Minyak Mulai 1 Januari 2019

Kerajaan Umum Turunkan Harga Minyak Mulai 1 Januari 2019

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 429 hits
KERAJAAN akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk RON95 kepada harga lebih rendah mulai 1 Januari ini berikutan penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara bulanan dan sejajar dengan trend penurunan harga pasaran ...
Januari 2019 Timses Prabowo Mulai Dirikan Posko Pemenangan Di Solo

Januari 2019 Timses Prabowo Mulai Dirikan Posko Pemenangan Di Solo

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 457 hits
Anggota Dewan Pengarah Badan Pemenangan Nasional Prabowo Subianto Sandiaga Uno Fadli Zon memastikan pihaknya akan membuka posko pemenangan di Solo Januari 2019 Namun dia belum bisa memastikan lokasi posko tersebut
Larangan Merokok Di Restoran Dan Premis Makanan Mulai 1 Januari 2019

Larangan Merokok Di Restoran Dan Premis Makanan Mulai 1 Januari 2019

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 1338 hits
Larangan Merokok di Restoran dan Premis Makanan Mulai 1 Januari 2019 Setuju atau tidak itu terpulang kepada mereka Tetapi apa pula pendapat umi terhadap isu ini Larangan merokok di Restoran dan premis makanan ni memang patut diwujudkan dari...
Mulai 1 Januari 2019 Bea Cukai Terapkan Pertukaran Data Elektronik

Mulai 1 Januari 2019 Bea Cukai Terapkan Pertukaran Data Elektronik

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 368 hits
Program Pertukaran Data Elektronik via Internet akan diimplementasikan secara penuh di seluruh Kantor Pelayanan dan Pengawasan Bea dan Cukai pada 1 Januari 2019 Ini merupakan salah satu langkah Kementerian Keuangan untuk dapat meningkatan k...
Harga Minyak Akan Diselaraskan Setiap Minggu Mulai Januari 2019

Harga Minyak Akan Diselaraskan Setiap Minggu Mulai Januari 2019

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 552 hits
Harga Minyak Akan Diselaraskan Setiap Minggu Mulai Januari 2019 Kerajaan dalam satu kenyataan media hari ini memutuskan untuk menyeleraskan harga runcit petrol RON95 dan diesel setiap minggu susulan penurunan harga minyak mentah global Menu...
Senarai 9 Jenis Tempat Makan Dilarang Merokok Mulai 1 Januari 2019

Senarai 9 Jenis Tempat Makan Dilarang Merokok Mulai 1 Januari 2019

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 574 hits
KERAJAAN telah menguatkuasakan undang undang baru larangan merokok di tempat tempat makan seluruh negara mulai 1 Januari 2019 Dalam erti kata lain mulai tengah malam ini tempat tempat makan di seluruh negara adalah zon larangan merokok Beri...
Harga Acuan Batubara Turun Di Januari 2019

Harga Acuan Batubara Turun Di Januari 2019

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 363 hits
Kepala Biro Komunikasi Layanan Informasi Publik dan Kerja Sama Kementerian Energi Sumber Daya Mineral Agung Pribadi mengatakan harga batubara turun dari USD 92 51 per ton pada Desember menjadi USD 92 41 per ton pada Januari 2019
Analisis Bitcoin Untuk 03 Januari 2019

Analisis Bitcoin Untuk 03 Januari 2019

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 478 hits
Cadangan Perdagangan Tiada apa apa perubahan berbanding ramalan semalam dan BTC kini diniagakan dalam aliran mendatar dengan tempo perlahan Menurut carta 1H saya mendapati bahawa terdapat penembusan harga pada saluran yang semakin meningkat...
Ini Harga Samsung A8 Januari 2019 Terbaru

Ini Harga Samsung A8 Januari 2019 Terbaru

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 485 hits
Samsung A8 merupakan smartphone Android terbaru dari Samsung Berkat banyaknya fitur anyar dibanding versi terdahulu banyak pecinta Samsung yang penasaran ingin membelinya Anda juga kan Dijual dengan harga yang sepadan dengan spesifikasi yan...
Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya

Stronger Measures Being Taken To Deal With Digital Misconduct Among Students Fadhlina Tells Parliament

Ideas Beef Recipes Pioneer Woman

Benarkah Rakyat Malaysia Semakin Susah Nak Hidup

Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul

Masak Mihun Goreng Letak Baby Kailan

The World Must Unite And Beat Trump At His Own Game

Ibu Hamil Bersalin Tepi Jalan Orang Awam Datang Bantu Buat Ramai Terharu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Temuduga Spp Untuk Bakal Guru

Resepi Ayam Sambal Tempoyak Petai

Singgah Sebentar Di Pantai Purnama

Spageti Goreng Cili Padi Yang Pedas Padu Pasti Nak Lagi

Ayat Al Quran Pertama Yang Diturunka

Saleem Elusan Cinta Chord