Skim Cepat Kaya Tanpa Bahaya



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Penjana Elektrik Bebas: Pelaburan cepu emas BANYAK rakyat Malaysia suka kaya cepat. Kerana hendak kaya cepat punya pasal ada yang jadi papa-kedana. Padan muka. Masa saya menunaikan haji tahun 1991 (tahun Perang Teluk), ada seorang rakan jemaah yang gundah-gulana. Dia baru kehilangan duit pencen guru dalam skim cepat kaya Pak Man Telo.
Sejak itu berpuluh-puluh skim ala Pak Man Telo muncul, beratus ribu jadi mangsa dan berbilion ringgit hangus.
Macam kata ungkapan Inggeris “fools never learn”. Dalam bahasa Melayu si bangang tidak pernah belajar.
Jadi kali ini saya nak ajar si bangang dan si tamak macam mana nak buat skim Pak Man Telo yang gerenti tak rugi. Sebaliknya untung besar.
Salah satunya ialah skim ala Jho Low. Tapi itu pun tak berapa bagus sebab akhirnya terbongkar dan penajanya kena tangkap, dihadapkan ke mahkamah dan besar kemungkinan meringkuk dalam penjara untuk satu jangka masa yang panjang.
Ramai lagi yang belum ditangkap, termasuk Jho Low, tetapi menunggu masa untuk digari dan dipakaikan kemeja-T oren Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Cuma saya masih tidak faham pasal apa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Abdul Razak, dan isterinya, Datin Paduka Seri Puan Puti Reno Rosmah Mansor, dikecualikan daripada memakai pakaian lokap itu? Nampaknya dacing keadilan masih berat sebelah.
Skim cepat kaya yang hendak saya cadang ini sesiapa pun boleh cuba. Acuannya saya ambil daripada zaman Barisan Nasional. Pada zaman itu, kalau seseorang itu orang kuat Umno serta baik dengan Najib dan Rosmah mudahlah buat skim ini. Lagi-lagilah kalau orang itu “blue blood”.
Caranya
Mula-mula cari projek apa yang hendak dipakmantelokan. Boleh jadi projek lebuh raya tol, landasan kereta api kembar atau penjana elektrik bebas (IPP).
Pasal kita kawan Najib atau sebab Najib nak guna kita, kita pun dapatlah konsesi. Katakan sebuah IPP dengan kapasiti penjanaan 1,440 megawatt menggunakan gas asli dan tempoh konsesi 31 tahun.
Dengan sehelai kertas yang mengesahkan bahawa kita mendapat konsesi IPP daripada Suruhanjaya Tenaga, kita sudah jadi jutawan. Tak tahu apa-apa tentang IPP pun tak apa. Gerenti ada orang bersedia beli lesen kita itu dan bank pula sedia bagi pinjam.
Untuk nak dapat konsesi, kita tentu dah ada syarikat. Katalah mana syarikat kita Sip Sap Sdn Bhd (SSSB). Nak lagi mudah, kita beli saja dari orang yang kerjanya tubuh dan jual syarikat RM2.
Tak payah besar. Modal saham RM2 dengan dua orang pengarah dan modal berbayar RM100,000 atau RM200,000 dah cukup.
Kalau tak mahu nama kita keluar pasal kita tidak dibenarkan berniaga atau kerana kedudukan kita yang tinggi lagi mulia, kita carilah proksi atau wakil.
Tak kiralah orang itu Ratu, Nyai, Daing atau Megat asalkan boleh dipercayai. Kalau hendak proksi Cina atau India pun boleh. Tapi proksi Cina dan India ni kadang-kadang mereka lebih pandai daripada kita. Silap-silap mereka jual kita.
Tapi untuk laksanakan IPP yang berharga empat atau lima bilion ringgit, kita kenalah tubuh syarikat yang lebih besar. Lagi pun kita tak mahu kongsi syarikat sendirian berhad kita dengan orang luar takut pecah rahsia.
Jadi kita tubuhlah SPV (special purpose vehicle). Kita bagilah nama yang sedap-sedap dan meyakinkan macam Aurora Australis Sdn Bbd (AASB) - mengambil sempena cahaya malam di kutub selatan. Aurora Australis ertinya cahaya selatan atau dalam bahasa orang putih, southern light.
Fenomena Aurora Australis atau Cahaya SelatanNak buat sendiri tak ada duit atau kita jenis kedekut yang memang tidak suka guna duit sendiri. Jadi kita carilah “business partner” (rakan kongsi) yang ada duit atau ada nama yang laku digadai macam TNB, Malakoff atau YTL.
Dalam perusahaan elektrik ni siapa lagi yang lebih berkuasa dan laku daripada TNB. Jadi kita pun tanya TNB atau kita minta kawan kita yang berkuasa arah TNB jadi rakan kongsi kita.
Cantik! Rakan kongsi kita TNB. TNB ada duit dan ada nama. Bila penjana kita siap, TNB jugalah yang akan beli tenaga yang kita hasilkan.
Kita pun kongsilah. Katalah kita simpan 45 peratus saham kita dalam AASB dan jual 55 peratus kepada TNB. Tak susah pun. Carilah budak-budak yang pandai hal perancangan dan pembiayaan korporat untuk buat congak bagi pihak kita.
Gerenti mereka akan cadang macam-macam kaedah pembayaran dan pembiayaan – ordinary shares, class A shares,  RPS, Sukuk konvensional, Sukuk hijau, junior loan, senior loan.
Macam-macam mereka akan cadangkan asalkan kita bagi mereka komisen yanag lumayan. Macam 1MDB bagi kepada Goldman Sachs.
Kita tak payah keluar modal pun. Orang putih kata kita buat cara “debt financing” – pembiayaan melalui hutang. Kita hutang la. Macam Najib buat dengan 1MDB.
Bila semua perjanjian, kontrak dan pinjaman sudah ditandatangani, kita pun kata kepada AASB mereka kenalah bayar yuran pembangunan kepada kita (SSSB). Busuk-busuk pun seratus atau dua ratus juta ringgit.
Hebat. Penjana belum lagi dibina tapi seratus, dua ratus juta dah masuk poket. Kita relaks saja la. Biar TNB buat kerja.  Bukan kah TNB ni kaya dan ada kepakaran?
Kita nak susah hati apa? TNB dah tandatangan PPA untuk beli hasil kilang kita selama 21 tahun. Bulan-bulan berjuta-juta ringgit masuk. Empat puluh lima peratus milik kita. Bila kompeni bayar dividen kita dapat lagi.
Inilah skim cepat kaya Pak Man Telo yang kita mahu. Ada lesen, ada konsesi, ada PPA. Tak payah curi-curi. Kalau curi pun ikut undang-undang. Peduli apa kalau pengguna kena bayar tarif elektrik yang lebih tinggi atau kita ambil peluang orang lain berniaga.
Kita kaya. Kita berkuasa. Kita tongkat langit. Kita peduli apa.
Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2018/10/skim-cepat-kaya-tanpa-bahaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meski Kurang Waras Perilaku Orang Ini Bikin Kita Introspeksi Diri Nggak Perlu Kaya Untuk Berbagi

Meski Kurang Waras Perilaku Orang Ini Bikin Kita Introspeksi Diri Nggak Perlu Kaya Untuk Berbagi

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 263 hits
Beredar sebuah kisah yang menyentuh di media sosial Seseorang dengan berbagai kekurangan saja masih punya nurani dan simpati luar biasa
10 Tips Menjadi Orang Kaya

10 Tips Menjadi Orang Kaya

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 295 hits
Berlegar di whatsapp tentang tips untuk menjadi orang kaya Katanya ianya berasal daripada ceramah Ustaz Azhar Idrus Wallahua lam betul ke tidak Cuma jika ianya bukan dari Ustaz Azhar Idrus sekalipun mesejnya sangat bagus untuk diamalkan Ia ...
Asus Rog Phone Hape Gaming Kaya Aksesoris

Asus Rog Phone Hape Gaming Kaya Aksesoris

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 225 hits
ASUS ROG Phone hape gaming kaya aksesoris Akhirnya ASUS ROG Phone beredar di pasaran Meski belum masuk ke Indonesia jika Anda naksir dengan gadget ini Anda selalu bisa mendapatkannya di e commerce tanpa garansi resmi
Jet Berharga As 1 Billion Milik Jho Low Bakal Dijual Gila Kaya Jho Low Ni

Jet Berharga As 1 Billion Milik Jho Low Bakal Dijual Gila Kaya Jho Low Ni

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 321 hits
Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat memberi lampu hijau kepada perjanjian antara Jabatan Kehakiman negera itu dengan Global One Aviation Ltd untuk menjual jet Bombardier Global 5000 yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho atau ...
Inilah 4 Menteri Jokowi Yang Paling Kaya

Inilah 4 Menteri Jokowi Yang Paling Kaya

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 199 hits
Dari seorang politikus akademisi dan pengusaha Sebelum jadi menteri harta mereka terbilang cukup banyak
5 Bintang Kpop Paling Kaya

5 Bintang Kpop Paling Kaya

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 268 hits
Populariti bintang Kpop dari Korea Selatan menjadikan ramai di antara mereka berpengaruh di seluruh dunia dan ia membolehkan mereka berhelar jutawan Daripada penjualan album tiket konsert duta produk dan jenama mereka sendiri portal Koreabo...
5 Alasan Orang Kaya Raya Ini Tak Mau Berikan Warisan Ke Anak

5 Alasan Orang Kaya Raya Ini Tak Mau Berikan Warisan Ke Anak

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 245 hits
Mereka memilih menyumbangkan harta kekayaannya untuk disumbangkan ke badan awal atau kegiatan untuk menolong orang lain
Anak Bosan Makan Nasi Mi Boleh Cuba Buat Sup Cendawan Kaya Vitamin B Baik Untuk Otak

Anak Bosan Makan Nasi Mi Boleh Cuba Buat Sup Cendawan Kaya Vitamin B Baik Untuk Otak

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 711 hits
Menjinakkan selera anak adalah menjadi tanggungjawab mama papa Bila mereka bosan dengan sesetengah menu boleh cuba untuk tukarkan menunya Kalau nasi dan mi sudah kurang mendapat sambutan apa kata cuba masakkan sup cendawan pula Yang penting...
Mendadak Kaya Disangka Batu Biasa Pria Ini Temukan Bongkahan Emas Murni Terbesar Dalam Sejarah

Mendadak Kaya Disangka Batu Biasa Pria Ini Temukan Bongkahan Emas Murni Terbesar Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 1144 hits
Rezeki memang tak pernah di sangka sangka kapan datangnya Hal itulah yang mungkin dialami oleh seorang pria bernama Henry Dole tak disangka ia menemukan benda berharga dalam pekerjaannya Diketahui Henry sehari hari bekerja sebagai penambang...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game